Powered By Blogger

Sunday, July 31, 2011

gaji 1st...dan puasa pertama aku di alam pekerjaan..

semalam dapat gaji 1st...Alhamdulillah..
hehe..dan hari nie puasa yang pertama aku selepas bergelar pekerja a.k.a kuli nih..
maybe agak penat, sebab aku selalunye tido..
dan hari nie aku xdapat tido..
aku selalunye sarapan..
dan hari nie aku bersaho..
aku selalunye mandi..
dan ari nie..hehe agak awal pulak aku mandi..
so, boleh lah teruskan ngan mengaji lepas solat subuh..gudd..permulaan yang baik di bulan romadon..
petang karang nk singgah bazar ar..gaji masuk..hehehe..
credit tu gugel for gamba..

Saturday, July 30, 2011

kenduri arwah untuk nenek dan ayah

minggu lepas, jumaat..telah berlangsung kenduri arwah untuk arwah nenek dan ayah..al-fatihah..
semoga mereka tergolong dikalangan para syuhada...insya-Allah...
sedikit gambar di majlis berkenaan..
gotong royong masyarakat kampung yang aku kira agak erat dilihat di situ..
ditumbangkan seekor lembu a.k.a cow..

dalam rumah selepas di alih kerusi meja...


dalam dapur yang berselerak dan tidak dicat rapi..


tempat letak kete yang jadi tempat letak orang makan..


jejaka yang belum berpunya..tetapi ringan tulang membantu ibunya..


kayu api yang belum diapikan..serta pembasuh pinggan yang digunakan sehingga habes..


beras yang akan dimasak..


kawah nasi..


siang daging lembu..oyeah..


jejaka tampan selalu di snap oleh peminat..


daging lagi..


mereka lepak selepas penat bekerja..


gambar dapur yang agak kurang berselerak dah selepas kerja...
sehari..ramai yang datang..
aku teruja..

buta mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti

agihan zakat raya MAIDAM 2011

sepanjang minggu lepas, berlangsung agihan zakat raya untuk rakyat fakir dan miskin daerah kuala terengganu oleh kakitangan MAIDAM..berlangsung di dun-dun seluruh kuala terengganu, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan aku terpilih sebagai salah seorang di kumpulan 1st iaitu dibawah seliaan ust. Wan Mohd Helmi..
selingan gambar-gambar yang aku snap..





dun batu buruk...




dun ladang..






dun wakaf mempelam..




dun seberang takir..





dun bandar...



dun batu rakit...

dengan itu berakhirlah pembahagian zakat sempena aidilfitri oleh kumpulan 1..selain daripada kami, kumpulan 2 membahagikan zakat di dun-dun selebihnya..

gambar gambar kursus jati diri di la hot spring episode 2

lepas semayang jumaat..dan melantak..kami diberi masa berkemas sebelum bertolak ke lata berangin..bekas dan peralatan...semua barang seperti sabun, syampu, deodorant, ubat gigi,berus gigi, henfon dan ape-ape yang perkakasan bersolek, kecuali sikat..semua dirampas..termasuk makanan..
dibekalkan..
megi..
beras..
ikan kering..
bekas tuk memasak..
adelah perkakasan sket..cam teh uncang, gula, n barang masakan..
ade sardin skali..
kenyang je...

selepas solat jumaat dan bersiap..kami beratur ntuk bertolak ke lata berangin..semua bersiap sedia memakai stokin dan berkasut..pacat agak banyak kerana waktu itu adalah selepas hujan..


selepas bangun dari tido..haha, muka semua pun belum mandi kerana cuaca sangat sejuk..kami tertipu oleh persekitaran di hutan kerana pukul 1 pagi adalah cerah seperti pukul 6.30 pg..percaya? dan kami bangun..ingatkan dah pagi..upenye digelakkan..wakaka malunye..


mandi di air terjun..sejuk..sangat segar..


masuk ke hutan untuk belajar ikhtiar hidup di hutan, cara buat tempat tido..kena tinggi lebih satu kaki untuk mengelakkan binatang cam ular, babi..dan semut..oke..pacat skali..


belajar cara buat perangkap kancil..err..kijang kot..pastu cara nak tentukan kiblat..cara elak binatang buas..n elak bahaya di hutan kalau sesat..


kami mandi di kolam puteri..agak gayat disitu sebab kolam nie tinggi..dam agak dalam..certain tempat lah..so bahaya sket..hehe..kami jadi puteri la aritu..sebab mandi situ...


nie kolam puteri yg bawah sket.. ade pokok bunga kt tepi..dak pompuan lepak sini xnek atas sebab agak bahaya disitu..(kami mandi..kat atas..kekeke)


balik dari kolam puteri..masa untuk masak makanan tengah hari..kami kene marah sebab api agak lambat untuk dihidupkan..almaklum ler..."kayu api basah..kayu api basah.." agak ajaib disitu apabila masakan kami yang 1st siap..sedap..dan agak oke la..


lagi aku men ca-pub..haha..biase lah..team aku menang..


juadah tengah hari kami..nampak oke aje kan..sedap..


lauk istimewa, juadah utama..singgang batu..amacam?nak try? ..hahaha..
keras dowh..jangan gigit..telan pon xley..amik kuah aje..


dalam perjalanan pulang..sungai hilang xsempat diambil gambar..yang nie gua bahtera..batu besar nie cam bahtera betul..bapak besa dowh..n agak gayat berjalan dikawasan ini..
abang tu cakap..tempat nie agak 'keras'..amik ko, batu punye lah besa...mane xkeras...
haha gurau je, memang agak 'keras' yang betul betul oke..jgn men-men..
maka tamatlah sudah kem kami..
sebenarnya kami diharamkan bawak gadget..so susah nak rakam n shoot pic kt sepanjang di lata berangin tu..
credit to mr safwan sebab tlg tangkap gambar...

gambar- gambar sekitar kem jati diri di la hot spring..episode 1

mula-mula, aku ingatkan kem jati diri ini hanyalah seperti kem motivasi biasa yang kita semua selalu tempuhi, ada LDK, ada kawan-kawan bersukaria..memotivasi sesama sendiri..nah ko, kem jati diri nie agak hebat berbanding itu..walaupun kami sekadar tempuhi Level 1..yang ciput aje ekstrem nye..ku uploadkan gambar-gambar untuk tatapan semua..
kami dibahagikan kepada 3 kumpulan..



selingan manja daripada petugas-petugas di sana, hari lahir salah seorang peserta..beliau dikehendaki menyuap kek ke mulut semua peserta kem..


sesi LDK, "Pokok: tersurat dan tersirat", dikecualikan pokok kelapa, kami diberi pilihan semua pokok untuk dipilih, menceritakan tentang kegunaan, kelebihan, tersurat dan tersirat..hasil penyampaian yang baik..ada pemenang disitu..
sesi kedua bermula pagi jumaat dimana bertemakan Masakan ala zaman dahulu..dihadiahkan 2 ekor ayam bagi setiap kumpulan..untuk disembelih..dimasak..dan di adili..










kumpulan kami dapat tempat ke 2 dalam sesi masakan, sedap..tetapi kumpulan pertama dapat kelebihan 1 mata berbanding kami..
aku sambung dalam post seterusnya..episode 2..

Followers