Powered By Blogger

Thursday, July 8, 2010

pasar malam dungun

baru sekejap tadi aku pulang dari pasar malam di bandar dungun. pasar malam ini merupakan yang terbesar pernah aku jumpa di negeri terengganu, tidak tahu lah kalau ada pasar malam lain yang belum aku lawati. aku ke pasar malam kerana menemani laila syamimi yang ingin sangat untuk belanja aku makan.hehe..besnye kami bertolak selepas solat maghrib..dalam pukul 8.15 malam..huhu
pasar malam di sini agak meriah kerana dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari UiTM Dungun dan Politeknik kebanyakannya. pendek kata, apa sahaja yang di tawarkan di pasar malam ini agak mengikut arus semasa bagi menarik golongan pelajar ini.
berbalik kepada laila syamimi, beliau kelihata masih agak murung mengenai kehilangan telefon bimbit beliau..jadi sebagai langkah untuk menggembirakan hati yang berduka itu, aku menemani beliau makan dan bersiar-siar..hehe tugas seorang 'pakwe'..ye ke..
masih tidak ku tahu tugas sebenar seorang 'pakwe' sebenarnye..tapi, aku sangat gembira dapat meluangkan masa melihat gadis ini happy..dan apabila melihat senyuman yang terukir di bibir beliau, aku berasa sangat berpuas hati.

Wednesday, July 7, 2010

pencuri..oh pencuri..

di suatu kawasan di atas muka bumi ciptaan yang Maha Esa..aku sekadar pemerhati kawasan kejadian selepas peristiwa kehilangan yang menggusarkan hati si gadis-gadis manis penghuni rumah sewa. ketibaan ku bersama kawan yang seorang itu, si penunggang motosikal yang tegas kerana di jemput untuk memerhati kawasan sekeliling rumah. pagar belakang rumah yang belum siap memberi laluan mudah kepada sesiapa sahaja yang berniat samada baik atau jahat untuk masuk ke kawasan rumah tersebut walaupun pintu pagar di sebelah depan rumah sudah 'gedabak'..hmm, ada-ada sahaja..
ini memberi kegusaran kepada si gadis-gadis mengenai keselamatan mereka untuk tinggal di rumah tersebut. sepatutnya memerlukan lebih keselamatan sekiranya mahu menyewakan rumah atau bilik kepada wanita atau gadis..ingat lah wahai tuan-tuan rumah!!
kehilangan barang yang sekecil itu memberi suatu tanda bahawa tempat itu kurang selamat buat kamu..hmm, kesian gadis ku..xapalah..asalkan dirimu selamat..barang hilang itu boleh ditukar ganti, jangan dirimu bersedih sayang..akan ku sentiasa membantumu..
kepada si pencuri..ingatlah, dunia hanya sementara, sesungguhnya perkara yang ditegah oleh Islam adalah yang akan membawa kemudharatan..ingatlah dalam dirimu..kami tidak akan memaafkanmu!!

Monday, July 5, 2010

elektrik...oh elektrik..

baru ku tahu yang jika elektrik xder means..nyamuk berpesta..
seb bek sehari jer..kalu seminggu..alamatnye demam denggi la kitorang..
itu lah yang terjadi tyme kitorang first datang selepas bercuti sakan nie ke rumah sewa..huho..cuti sakan la katekan..sume nk cuti..blog..facebuk..n semua2 yang laen..
datang2 jer...elektrik lak cuti..aiseyh..
siang nye sangat panas..n malam nye..nyamuk..pergh..macam lebah...
xpe la..da ok skang...huho..
xperience...

Tuesday, June 15, 2010

cuti..nak abes da..haha

cuti semester = cuti men tenet = cuti blog n facebook = saving..
21 ariblan jun nie aku kene masuk da..kene jadi pembantu minggu mesra siswa..huhu means, da abes cuti..
dabn rumus untuk dak abes cuti lak..
abes cuti = sedey.. = x ley tgk tb = kene rajin = kene pegang pen = waaaa..
ok, means aku jadi blogger lagi..haha
ok, tke care..tata

Friday, June 11, 2010

result keluar..aku yang sedey..

walaupun rase cam down gler sebab result terok..(waa..aku xdapat 'A' langsung sem nie)..tapi jauh di sudut hati, aku sesangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku lulus sume subjek..Alhamdulillah..
cuti pun semakin kurang..sikit hari lagi, akan masuk semester baru..bermakna perjuangan baru.. aku akan belajar subjek baru..kembali dengan azam2 manusia yang 'fresh' seperti taik lembu yang baru jatuh..aku akan sibukkan diri dengan kekelas, buat assignment, study untuk subjek baru..tidak tidur malam..itulah perkara yang sering berulang-ulang setiap kali semester baru menjelma..
aku sering memikirkan mengenai 'latihan industri'..dengan resultku yang hampeh nie..dapatkah aku diterima untuk latihan industri di tempat2 yang bes..waaaa..
hmmm...xkire lah..yang penting, aku ingin bercuti sementara aku masih berpeluang untuk tidur malam..juga untuk menggoyangkan kaki di rumah..


p/s: takziah untuk sahabat kami, engku sazwan (wer bu), yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini..semoga rohnya akan tenang di sana..kepada sahabat yang lain, berhati-hati lah ketika dijalan raya..maut tidak datang seperti posmen(iaitu waktu bekerja je)..kita haruslah sentiasa bertaubat k..

kepada sahabatku fariq...http://fariku.blogspot.com/..nice blog dude!!

Followers