Powered By Blogger

Monday, January 9, 2012

untuk 'si dia' yang menghadapi peperiksaan..

ini sebuah post "khas" buat orang yang sedang hadapi final exam..kalau tak silap aku, sekarang nie musim budak degree exam kn?so aku dengan senang hatinya meng'google' lah beberapa doa untuk merek-mereka yang sedang menghadapi peperiksaan..hehehe..
Amnya kepada semua, 'khas'nya pula adalah kepada 'sorang' tu yang sering mengantuk ketika study..hehehe..(BANGUN! BANGUN! BANGUN!)..selalu sangat study last minit..ieyhh..aku pulak yang terlebih takut dibuatnya!
DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATAPELAJARAN


(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)


Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
...................................................................


DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
...................................................................


DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali


Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
....................................................................

DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')


Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Pastikan korang ulangkaji pelajaran tuu.. Tiap kali lepas solat, jangan lupe berdoa kepada Allah SWT mintak supaya diberi kejayaan dan kesihatan.. okey!!Y(*o*)Y
 
 
p/s: teima kasih kepada tuan punya sumber doa nie..aku cilok sumber dari SINI yang memang sangat baik untuk mereka yang menghadapi peperiksaan!! thanx oll..  

Worth waiting..Worth watching..

Yang aku maksudkan ialah Movie "Real Steel". Katalah apa yang korang nak kata, aku bawa cerita lapuk ke...aku ketinggalan zaman ke..yang penting, malam ini aku telah menonton movie yang bagi aku bes.."worth waiting & worth watching"..dan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Faizool dari ofis yang telah senang hatinya mendownload dan memberi movie ini padaku..

Worth waiting..kerana aku tunggu lame dowh..orang len sudah ceritakan pasal movie ini lama dulu, dan aku sekadar dengar saja..sebab belum pun tonton sendiri..nasib baiklah sudah keluar "FREE download" dekat internet..wahaha, so boleh lah En. Faizool download dan beri kat aku..wahaha..penantian sungguh menyeksakan biarpun aku tak perasan pun yang aku belum tonton movie nie haritu..

Worth watching..bilamana cerita berkisar mengenai seorang veteran peninju bernama CHARLIE yang tersangat obses dengan "robot battle", walaupun sering kalah..(even pada seekor 'LEMBU')..beliau kemudiannya menyedari yang dirinya punyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun iaitu MAX, mereka melalui suatu pertandingan, lalu kalah dan secara tidak disengajakan Max telah terjumpa sebuah robot generasi ke-2 sewaktu terjatuh dari gaung..(hmm..tempat buangan sampah)..

Robot yang diberi nama ATOM, ialah sebuah robot "sparring"..a.k.a bahan belasahan tetapi mempunyai kemampuan meniru perbuatan (macam budak kecik, jangan tunjuk kejahatan pada mereka!)..mereka meniti era kemenangan demi kemenangan..

lalu akhirnya bertanding dengan ZEUS (robot)..yang tidak pernah mengalami kekalahan..cerita ini diselitkan dengan ego seorang bapa yang dilakonkan dengan baik oleh HUGH JACKMAN dan kelincahan serta kecomelan DAKOTA GOYO..hubungan yang terjalin semakin erat melalui kerjasama mereka untuk membawa ATOM ke pentas tertinggi..wahh..teruja sangatt...


p/s: kalau cerita melayu boleh bawak feeling macam nie..comfirm aku sendiri akan download..kah3

Thursday, January 5, 2012

aktiviti hujung minggu

arghh..sangat 'tertekan' apabila manga naruto, one piece, bleach, fairy tail tidak dihupdate minggu nih kan? biasalah, ini 'normal' pada setiap akhir dan awal tahun..
lalu, tibalah masa kami meng'explore' manga apakah yang menjadi 'simpanan' saat kebusanan begini..
aku biasanya akan usha mangareader.net..dan banyak pilihan manga-manga menarik yang aku 'save' dalam memori untuk "komik hujung minggu" tak kiralah aku sudah baca atau belum sebelum ini..
minggu nie, aku isikan dengan manga "BAKUMAN" iaitu kisah anak muda mengejar impian untuk menjadi pelukis dan penulis komik yang berjaya dengan berbekalkan bakat dan kerja keras..berbaur dengan persaingan, cinta, dan perjuangan..tiada banyak yang aku mampu ceritakan kerana aku belum berjaya habiskan membacanya.. 
sebenarnya aku agak tertarik dengan komik dari pencipta "Death Note" ini kerana aku suka melukis..yahaha..
kalau minggu-minggu sebelumnya aku habiskan dengan membaca manga-manga, salah satunya adalah "SLAMDUNK"..iaitu kisah menarik seorang pelajar nakal yang ingin memikat hati gadis tetapi telah ter'pikat' dengan sukan bola keranjang, kisah ini dserikan dengan humor dan ilmu bola keranjang yang disampaikan dengan sangat menarik sehinggakan pembaca (termasuk aku) tertarik untuk mendekati sukan ini..
 takehiko inoue sememangnya mangaka 'faveret' aku..

"20th Century Boy" kisah menarik sekumpulan kanak-kanak mencipta teori-teori angan-angan masa kecil, tetapi sewaktu mereka dewasa, 'ciptaan' mereka itu telah di'realisasikan' oleh 'seseorang'..kisah ini sangat kompleks dan mencabar,jauh lebih menarik berbanding "Detective Conan" bagi diriku..20th Century Boy mengangkat watak seorang lelaki normal menjadi 'hero'..kisah ini diserikan dengan pembunuhan, ajaran sesat dan pelbagai kandungan yang sarat dengan penceritaan..sangat menarik..

p/s: ada lagi yang lain..tetapi lain kalilah aku hupdate, hmm..mungkin aku patut bertukar pada anime selepas ini..hmm..nantilah aku fikirkan..okbai..

Monday, January 2, 2012

konteks pemakaian menutup aurat..

Bekerja di institusi berkaitan perkhidmatan sosial memerlukan kita untuk selalu berdepan dengan masyarakat dan umum. Dalam masa yang sama, institusi tersebut berteraskan Islam sebagai tunjang utama. Lalu adalah menjadi keutamaan kami untuk menasihati masyarakat secara tidak langsung mengenai prospek pemakaian yang menutup aurat.
Ditambah dengan perkembangan fesyen masyarakat kini yang terlalu maju dan amat pesat perkembangannya umpama 'virus' dalam kehidupan masakini. Apakah pakaian yang menutup aurat? Adakah sekadar 'bertudung' itu sudah memadai? Adakah masyarakat umum faham 'konteks menutup aurat' dari pandangan Islam?


Di MAIDAM, kami terpanggil untuk sedikit sebanyak memberi nasihat terhadap para pemohon bantuan zakat amnya golongan wanita yang lebih cenderung menghadapi masalah pemakaian menutup aurat. Sedikit sebanyak kami berharap masyarakat kita akan lebih 'alert' terhadap masalah pemakaian yang mungkin akan membawa kepada masalah yang lebih besar dimasa kelak.



P/S: kami memohon pamphlet daripada pejabat mufti di sebelah berkenaan menutup aurat..harap ini berkesan..InsyaAllah..

2nd day 2012 - Pembaharuan di tempat kerja..

bercerita tentang pembaharuan di tempat kerja, ada yang bertambah baik dan juga wujud pembaharuan yang menambah kerumitan tugasan..haish...mengeluh pun tiada guna..

1)   Pembaharuan pertama ialah mulai tahun 2012, MAIDAM tidak lagi akan menghantar 'kad biru' kepada pemohon iaitu sebagai pemberitahuan tentang borang permohonan pemohon sedang diproses, sebaliknya akan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai ganti 'kad biru' tersebut.

      Pembaharuan ini sedikit sebanyak mengikuti arus perkembangan teknologi semasa dan menjimatkan kos. Ini berikutan penghantaran 'kad biru' melalui pos memakan masa, juga memerlukan kos yang agak banyak berbanding SMS. Tambahan pula, ada antara pemohon yang tidak mempunyai nombor rumah lalu meyukarkan proses pengeposan.

      Keburukannya pula, kadangkala pemohon bantuan zakat tidak memberikan nombor teefon bimbit..hmm, ini agak menjadi kerumitan.

2)   Pembaharuan kedua melalui proses penyediaan voucher dan cheque untuk permohonan yang berjaya..auhh..yang ini sama sama kita explore..wahaha



oke..jom explore..babai!!

Followers