Powered By Blogger
Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

BR1M 2.0

hari ini telah keluar borang BR1M secara online. juga cara pembahagian mungkin telah dikemaskini untuk terus di masukkan ke dalam akaun bank.
sekiranya anda rasa berkelayakan, sila telitikan syarat syarat berikut :


  •   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

untuk mengisi sila ke link ini : https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

p/s : sekiranya layak, gunakanlah duit tersebut sebaiknya

Wednesday, October 17, 2012

Semakan MTeST Ambilan Januari 2013


Semakan Keputusan Panggilan MTeST KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2013 boleh dibuat melalui saluran berikut:

1. http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/dpli-jqaf2012/semakan_mtest/login.cfm

hee..lagi 2 hari nak peperiksaan..

Tujuan Khusus  ujian ini adalah untuk menilai taraf pencapaian dan kelayakan lepasan ijazah dalam penggunaan bahasa melayu dan inggeris, analitikal dan kuantitatif, serta darjah kecedasan emosi dan sahsiah untuk memastikan kesesuaian graduan mengikuti program perguruan.



2.
KOMPONEN DAN TEMPOH MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST. Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam lima buku seperti berikut:

Buku
Komponen
Jumlah Soalan
Masa (minit)
A
INSAK
135
30
B
Kuantitatif
30
30
C
Bahasa Inggeris
25
30
D
Analitikal
20
30
E
Verbal
25
30
Tempoh Keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.
 



 
3.
HURAIAN KOMPONEN MTeST


3.1
Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
 
Komponen ujian ini bertujuan
*
memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;
*
mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.
 
3.2
Kuantitatif
  
Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh:
*
mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi;
*
membuat perbandingan antara dua kuantiti;
*
membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
*
menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;
*
membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;
*
membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.
 
3.3
Bahasa Inggeris
   Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:
*
mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi;
*
menggunakan Bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
   
3.4
Analitikal
  
Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.
 
3.5
Verbal

Komponen ini bertujuan
*
mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
*
mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;
*
membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.  




selepas MTeST..seterusnya interview pula..bagi yang berminat menjadi guru, ini merupakan peluang yang baik untuk korang mulakan langkah awal..


selamat study kawan-kawan..semoga berjaya (^^,)

SPNT N41: Program Terengganu Assessment Centre (TAC)

      Semalam telah keluar result untuk Semakan bagi calon-calon yang berjaya untuk Program Terengganu Asessment Centre (TAC) bagi pengambilan skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri N41.

      Program akan diadakan bertempat di Sumai Hotel Apartment, Lot 4479, Jalan Persinggahan, 20400 Kuala Terengganu.

      Bermula  29 Oktober 2012 hingga 10 November 2012 iaitu diadakan sebanyak 3 sesi.

Bagi yang berjaya ke Program Asessment ini bermakna korang telah berjaya di dalam ujian yang diadakan kira kira bulan mei 2012 dahulu. Tahniah untuk yang berjaya dan cuba lagi untuk yang belum berjaya.

Bagi yang berjaya, bermakna korang telah maju selangkah untuk berkhidmat sebagai pegawai di negeri Terengganu.huhu..

Untuk menyemak samada korang berjaya atau tidak,boleh terus ke link ini :

SEMAK

p/s: semoga berjaya untuk semua.

Followers