Powered By Blogger

Tuesday, March 1, 2016

Stress

Hari ni stress sgt bila keluar kerja awal..tapi di jalan ada geng 40! Aduh, aku bukan nak kutuk orang sabah taw, tapi kat sabah je aku jumpa orang macam ni, kereta ok, bawak dgn kelajuan 40 km/h! Tiap2 pagi bila semangat nak kerja langsung putus mood!
Lagi satu perkara, bila masuk simpang atau nak berhenti kat tepi langsung dorang tak bagi signal! Ape kereta yang masuk ke sini mmg xde signal ke? Bila orang hon dan tegur baru nk mengaku salah..lepas tu buat lagi..
Kesimpulan yang aku nampak dekat sini, orang sini selfish! Selfish! Selfish! Bila di jalan raya..

P/s : semua ni kau biasa nampak di siang hari..malam hari kau akan jumpa geng zoo!

Friday, February 26, 2016

Multaqa gpi kudat 2016

Esok akan diadakn multaqa bg daerah kudat. Beberapa isu mungkin akan menjadi perbincangan dan perbahasan. Namun, bagi aku ianya tidaklah begitu terkesan walaupun saban tahun di angkat..layan saja..

Tuesday, February 23, 2016

Ubikayu

Sedap..dan free..tq kak sairi..

Sunday, February 21, 2016

MSS Zon Sikuati Kudat

Jumaat telah berlangsung sukan zon..
Banyak acara berlangsung seperti balapan dan acara padang..
Namun aku xberapa puas hati..bagi aku pengurusan agak kelam kabut dan mendukacitakn..ini menjadi pengajaran untuk sekolah lain dimasa akan datang..insyaallah

Saturday, February 20, 2016

Hakim hafazan

Walaupun belum cukup rasanya ilmu didada untuk menilai bacaan dalam pertandingan sebegini..tunjuk ajar dan dorongan daripada guru senior dan sahabat sangat baik dalam meningkatkan keyakinan dan usaha kita..

MTQ Zon Sikuati

Majlis tilawah Al Quran telah berlangsung pada hari khamis..ianya untuk zon sikuati..mungkin ramai ingin tahu zon sikuati ini letaknya di tengah daerah kudat..ianya melibatkn 14 buah sekolah..walaupun kami tidak mendapat dana seperti tahun sebelum2 ini daripada Kementerian..kami guru2 mengumpul duit bersama sama untuk menjayaknnya..
Tahun ini venue kami di kampung minyak. Sk kampung minyak ini kecil sahaja, tetapi kesungguhan gurunya sangat tinggi..syabas skkm..

Tuesday, February 16, 2016

Dialog Prestasi dan Pencapaian Program j-QAF Kudat 2016

Belum start lg..nnti aku tulis..

Thursday, February 11, 2016

Balik kg

Sempena Chinese new year..sekolah bercuti selama seminggu..akubtidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman..
Walaupun tidak banyak yang dapat ku lakukan di kampung kerana waktu yg sedikit..aku cuba memenuhi waktu dengan rehabilitation..dan berehat..

Sambil layan budak ni..

Wednesday, February 3, 2016

Spbt

Mesyuarat spbt kali pertama tahun ini..
Aku betul2 dungu mengenai ini..
Aku akan belajar lagi mengenai spbt..
Diserah jawatan tanpa rela..
Kerja ni bila tiada minat dan keinginan..ianya jadi tidak menarik..aku akan cuba jadikan ianya menarik..supaya aku boleh buat yg terbaik..
Oi..
Ngantuk aih duk mesyuarat.. =(

Wednesday, January 27, 2016

Gentleman box..

Menang..hadiah drpd gentlemans box
http://share.brickellmensproducts.com/giveaways/win-a-years-subscription-to-gentlemans-box-brickell-mens-products-2/?lucky=24570

Sunday, January 24, 2016

Murid tahun 1

Bagus murid ini..rajin..tapi culas..
Dia tidak tahu jawi..langsung tidak tahu..membaca tidak tahu..
Guru sewaktu pra sekolah memberitahu, murid ini agak nakal..dan perlu sentiasa diperhatikan..namun, dapat ku perhatikan, murid ini kental semangatnya..sudahlah seorang diri datang ke kelasku..perlu berkomunikasi dgn guru yg xdikenal..

Saturday, January 23, 2016

Rekod pengajaran..

Seharian hari ni aku selang selikan diantara menonton anime dan membuat rekod mengajar..hihihi..
Maklumlah..pemalas mcm aku ni memang susah hendak menumpu pada suatu kerja penulisan dlm jangka masa yg lama..
Tahun ini juga adalah tahun pertama aku menggunakn rekod dalam fail..sebelum ini buku rekod diberi kepada setiap guru..
Tahun ini kerajaan tiada bajet..
P/s: sudah aku beritahu..tahun ini mencabar =P

Friday, January 22, 2016

Tahun yang mencabar..

Berjimatlah kamu..
Semua dah naik harga..

Doa

Doalah..
Allah itu maha mendengar..
Syg.. =)

MTQ Zon Sikuati

Penyerahan tugas..huhu..
Kami nak hantar wakil kategori ape ye..
Kami peserta je..dan photographer sambilan..hihi

Solat zohor..harian!

Walaupun agak sukar pada permulaannya..kami berjaya memupuk minat mereka untuk bersolat..
Susah! Mmg susah! Macam macam alasan..
Mula2 kami sogokkan dengan upah..lama kelamaan..kami tazkirah mengenai 'upah' daripada allah taal yang di beri nama pahala..mereka faham..
Mereka sangat ingin tahu..sangat ingin belajar..allah kuatkan kami untuk terus tabah..amin

Tuesday, January 19, 2016

Guru sukan?

Mulai awal minggu ini, aku dilantik sebagai salah seorang guru yang akan melatih murid bersukan. Ini adalah untuk menghadapi sukan peringkat zon sikuati..
Hmm..
Bersukan? Boleh ke? :-)
Tugasan aku adalah melatih murid yang akan mewakili sukan lompat tinggi..hee aku sendiri pun xleh lompat! How can I train them!!!..
Ok, itulah gunanya internet..youtube..dan lain2..walaupun kurang sempurna (aku pasti) tapi kami tidak akan mengalah! Hihi..goodluck!!

2016

tahun  ini bermula di kudat..
aku bertugas sebagai guru spbt menggantikan cg masnih yang melepaskan jawatan tersebut kepadaku..
tugasku ialah menguruskan buku teks sekolah yang akan di berikan kepada murid murid untuk tahun ini dan seterusnya..
tahun ini bakal menjadi tahun yang bermakna buatku
insyaAllah

Followers