Powered By Blogger

Wednesday, March 31, 2010

bangun lewat..

owh..aku lewat 1 jam..
sape suh tidur kul 7..
kn da bngun kul 9..
x dapat jwb quiz..
dapat 0..
huhu..
permulaan hari yang 'kurang enak'..
harapnya ada sinar..
lalala..

p/s: "sinar harian ade x? pinjam jap.."

aku mengarut yang melampaw!!

mataku merah, mungkin disebabkan diriku tidak tidur selama berhari-hari (ini imaginasi)..
hendak saja rasanya aku tidur disini. namun keadaan dan tempat yang tidak sesuai mungkin akan melahirkan maki hamun jiran padaku yang sememangnya selalu dijadikan "bahan"..
mungkin mereka menganggap diriku bahan ujikaji, atau "tikus makmal"..(uish, sebut saja 'tikus', teringatku pada abang Din Beramboi yang terkena jangkitan.harapnya beliau kembali pulih..Insyaallah..)
kembali kepada cerita kita..jiran-jiran memang selalu menjadikan diriku "bahan ejekan",mungkin perkara ini disengajakan bagi menguatkan otot-otot telingaku agar aku semakin kuat dan dapat bersabar dengan lebih tabah.
ok, situasi sekarang, aku berada di depan pintu pagar jiran kowt..bukan la!!
aku berada di toilet, dan ini merupakan perkara biasa yang berlaku..tertidur ketika menunggu untuk meng*tuutt..(cari feeling dowh..till lelap)
dan jiran-jiran?owh..kawan-kawan serumah selalunya kan menjerit-jerit dipagi hari ketika menunggu turn..
 ................................................................
hoho..apakah? aku mengarut dowh..dipagi hari, sewaktu dua rakanku menyiapkan asimen..dan yang lain hanyut dibuai mimpi..tidurlah..dan berdoa semoga dapat bangun k.
p/s: tidur kerana kepenatan..mungkin cerita ini sekadar mimpi di pagi hari..

hari ini kau pulang..

    Pagi ini aku kurang sihat, terasa selsema ini seakan meraikan mimi yang akan pulang ke kampungnya. alhamdulillah, ujian fiqh muamalat yang dijalankan pada pagi tadi, aku rasakan agak senang..
juga kelas managerial economic oleh Puan Wan Kemala yang baru sekejap tadi tamatnya..
agak mudah rasanya berbanding tajuk-tajuk sebelumnya..
   Namun, aku berasa agak kosong hari ini.Mimi yang akan pulang ke kampungnya, mungkin kami akan terpisah seketika.Tapi, sedey..waaaaa..
akan ku selalu rindukanmu..

Tuesday, March 30, 2010

final exam dekat dowh!!

hari ini aku dapat tahu mengenai jadual final examination ku..
semuanya pada akhir bulan april dan awal mei..
22/april/2010 - CTU ethnic relation...
23/april/2010 - ISB542 fiqh muamalat...
26/april/2010 - ISB544 islamic economic...
27/april/2010 - ECO556 managerial economic...
4/mei/2010 - FIN548 investment analysis...
8/mei/2010 - ISB543 philosophy of islamic banking...
.
.
.
bermula lah masa untuk menghayati falsafah-falsafah pegangan pelajar lelaki di sini..
"orang yang berjaya ialah orang yang tak tidur malam".."last minutes study to score highest"..

Monday, March 29, 2010

minggu TAG..

haha..uish, minggu nie banyak lak timbul tag-tag nie kan..
dan aku pown salah seorang mangsa dan pemangsa yang mengtag mereka-mereka..haha
owh..tag dari cik ain..
dan aku mula kan sesi jawab soklan exam ini..
1. siapakah diri anda di rumah?

- aku seorang anak kepada mak aku..yang berupaya bertuka jadi Gaban pada bila-bila masa sajer..henshinn
2. siapakah diri anda disamping rakan-rakan?
- owh, aku seorang nerd..penyamaran yang berjaya..bagi mengelakkan musuh mengenalpasti identiti ku..har3..
3. 5 benda yang diidamkan..?
- nk kawen ngan mimi
- duit yang banyak..senang dibazirkan kepada mereka yang xde duit..
- umah untuk mak, mimi dan aku..n untuk mak mimi..hehe
- lesen kete..n kete..huhu
- nk masuk surga..mesti sume nk masuk syurga kn?haha
4. pasangan anda?
- laila syamimi bt zulkipli
5. perkara yang paling suka tentang pasangan?
- mimi manje..baik, suka bila dy hepi..hehe
6. tarikh couple?
- 26/jun/2009
7. kenangan pahit bersama pasangan?
- xcident waktu nk jumpe dy..
8. lagu tema cinta?
- waliband-baik-baik sayang
9. perubahan yang anda nk kt pasangan?
- jangan ponteng klas..huhu
10. tag org lain..
mystic rider
Unai
abg azlan
sya
dlAMER
done..

Sunday, March 28, 2010

tag..lagi..dan lagi..haha

aku di tag..
kali ini, "beautiful blogger"..
aku dapat dari seorang gadis..iaitu zati..
dan blognya "ceritazati"..satu blog yang aku ikuti..

terima kasih zati..sebab award nie..

pilih 15 blogger..
wow..
aku rase korang sume kne amik kowt..(silakan)
haha..susah nk pilih..kalu suh 'budak baru belajar' macam aku nie pilih..
7 perkara tentang aku..
  • baru menginjak kaki ke umur 22..(beberapa minggu)
  • sukakan komik
  • suka melukis..
  • kadangkala sangat pelik..mungkin aku selalu mengikut kepalaku yang 'pelik' nie..
  • sangat sayangkan ibuku..
  • aku seorang yang talkative.."sukar untuk diam"..
  • tidur..aku boleh terlelap dimana-mana sahaja tempat yang pelik..tangga,bilik air..jamban(sangat terbiasa),atas moto..hoh?
ok,done..
p/s: zati..wan da jwb tag yang nie seblum nie..haha so, malas nk tag orang..ramai sangat..

pabila meraban si manusia mengantuk..

ok, hari ini 29/march/2010..aku ada test pada pukul 2.05 petang nanti..
so malam td kitorang wat study group..
hope sume dapat diingati dengan baik..
................................................
pagi, bangun tidur..aku solat subuh..
berjaga, dengan harapan untuk ke kelas..
tiba-tiba ku sedari..
'ada air-air yang turun dari langit'..adakah shower 'besar' di 'switch on' kn?
lalu pagi ku menjadi sangat sejuk..sejuk sehingga mataku hampir tertutup..fuhh..
kawan serumahku bangun..
hendak solatkah?fikirku..
atau mungkin..
beliau mencari 'suis' bagi menutup 'aircond besar' yang menyejukkan pagi kami..haha
xpayah cari..
bukan dalam kuasa kita..
...........................................
uwh..lapar perut dan mata mengantuk..
pabila perut lapar..kenapa mulut yang harus makan?
pabila mata mengantuk...
kenapa aku yang kena tidur?
hohoho..
adakah kena mengena dengan aku?iya lah..
aku bercerita tentang perutku dan mataku..
manusia bertindak mengikut aturan..
fikirkan lah..
Allahuakbar..
....................................

ini bukan perut yang aku idamkan..harapnya diriku bukan 'ditakdirkan' untuk perut yang sebegini..haha

five..?lowh..

owh..hari ini..dapat award 'kapal' pulak dah..
'kapalkawan' di beri oleh si kawan bernama Lyne..



syaratnye tertulis :-
  • copy award ni macam dapat grammy award.
  • bagitaw sape dan link orang yang bagi award.
  • tajuk post mesti ada perkataan 'five'..huh?
  • jawab soalan dibawah...
1. five name that people called u
- Where
- Ganu
- Ustaz Aziz
- Wan
- B (huhu..awek jer panggil nih)

2. five important dates in your life
- 7/3
- 19/12
- 19/9 (hehe..)
- 26/6 (wohh..tarikh keramat tu!!)
- huhu..alamak..28/3..hari nie..

3. five things that you done yesterday
- bangun tidur.
- berak.
- duk depan leptop.
- tengok movie.
- naek kete

4. five way to be happy
- makan sedap.
- jumpe awek.
- jumpe mak.
- kua ngan kawan2..mane2 aje..
- bace komik yang aku suka..

5. five favorites movies
- avatar.
- ninja assasin
- adnan pemikiran sempit
- kakiku dikepalamu.
- dan lain-lain movie yang xkusangke akan jadi fevret..huho

6. five favorites hobbies.
- baca komik/manga
- main poker.
- temankan awek..hehe
- tidur dalam kelas..wakaka
- tenet..surfing

7. five favorite people
- mak.
- kak sara..(my only older sis)
- mimi..(of course la awek kn)
- abang le..(abang)
- kawan-kawan sume..

8. five favorites places for vacation
- aku nk g madinah..
- aku nk tengok negara israel..
- kat dalam mesia..
- depan umah aku..
- kat bilik aku la..bes woo!!

9. five reasons u answer this question
- orang tanye..jawab jer la..
- ak kne tag..
- sebab aku suka jawab soalan..
- dan aku suka tanya orang soalan..
- aku nk hilangkan ngantuk..sambil wat new post..(xder idea kowt!!)

10. five person to tag.
- cik aidacomei
- hans
- fyza
- dex
- cik linn

Saturday, March 27, 2010

aku yang berlagak kambeng..

aku yang panas..
sebab hari ini mang panas..
baik aku mandi..
sebelom di cop kambeng..
awekku yang sedang marah lagi..
sebab aku lom mandi even da masuk tengah hari..
lalala..
inilah hidup orang bujang..
bila klas start kul 2 petang..
hohoho..ini bukan aku..!!
nie dari Fyza..wow..top blogger 2010...layakkah aku..huhu
anyway thanx..
dan selebihnye..
jawab soalannye..
- terima kasih kt fyza dan aku kasi link dak pemurah tahap gaban..iaitu fyza..
dan yg second..hmm, sangat sukar..
kne cari 12 blogger..dan aku pilih mereka2 untuk diketengahkn..:-
1. al-basri
2. lyne nur
3. ~terataibungaindah~
4. noneyloveswhite
5. ~Layla Yuki~
6. Ain cepet
7. zaty
8. ayie
9. sarra azzam
10. Pija
11. AKU CENDERAWASIH
12. lurvematoo2

-  done..dah gtaw mereka..

lukis..owh!!

nie gambar yang aku lukis menggunakan perisian 'paint'..
memang bosan..
hmmm..aku pun x tahu kenapa aku paparkan..
mungkin bagiku agak seronok bila dapat melukis..

dua hari di kampung halaman..

aku yang baru pulang dari kampung..
haha..rase hepi bila ketemu ibu yang sudah sebulan tidak ku tatap wajahnya..
aku menghabiskn masa meneman ibu dan kakak dirumah..
adik2ku semua di sekolah..
kampungku begitu nyaman dan tenteram, maklumlah..
kampungku kurang menerima pembangunan..
bagiku ini bagus untuk membesarkan anak2..
kurang pencemaran, dan kurang terdedah..
bermakna, 2 hari juga aku tidak melayan internet..
........................................................................
hmm, tadi gadis yang xcident denganku dahulu telah mesej hp ku..
katanya jumlah harga selepas dibaiki mtosikal beliau : RM330.00..
wow..(terkejut)..
tapi, aku hanya mengiyakan..
aku membalas, ok, akan ku bayar esok..jumpa di UiTM..
memang perbelanjaan yang besar bagiku yang sedang sengkek..
tetapi dah memang menjadi tanggungjawabku..kerana aku yang menyebabkan beliau kemalangan..
sekali sekala, harus mengalah..
.......................................................................
'kawan perempuanku' kurang bersuara kebelakangan ini..
hmm, mungkinkah dirinya datang bulan dan kurang bercakap..?
hmm,fikirku..
aku harap dirinya bersuara semula..dan pulih seperti biasa..
sangat diriku rindu padanya..
.......................................................................
pulang ke kampung, bermakna 2 hari tidak ku sentuh buku2..
test-test yang banyak pada minggu ini..
aku akan ulangkaji pada malam ini..
insyaallah..
.......................................................................

Wednesday, March 24, 2010

presentation 1..

mataku terasa berat, bagai ada jari yang menahannya dari terbukak..
pabila terjaga..hmm..7.40pg..
aku kena bersiap segera, pagi ini aku dan kumpulan ku akan membentangkan isu RIBA..
mandi sekadar untuk menampakkan diriku sama seperti yang lain..juga aku bersiap dengan bertie..dan memberus gigi..
breakfast langsung tidak terlintas di benakku..
yang aku fikirkan sekarang, memberi perbentangan yang setaraf dengan kawan-kawanku yang lain..
maklumlah..aku bukannya pelajar yang pandai berkata-kata..sekadar bercakap ditepi dan belakang untuk memberi sokongan moral pada rakan-rakan..bolehlah..haha..
tetapi, hari ini..aku yang akan berdiri dihadapan mereka..
seharusnya aku mengimbas ayat-ayat yang aku hafal semalam agar aku boleh berbicara lancar..
tetapi, suara tersekat di kerongkong..
aku yang tidak pandai berbicara..
sekadar membuang waktu yang semakin hiang untukku..
juga markahnya sekali..
cari nahas...fikirku..


Tuesday, March 23, 2010

Ah- Long..in islam?

aku nk jawab tag dari dilla..
tetapi rase cam kurang idea lak..
haha.
(sebnarnye malas nk tag orang yang seterusnya..nk pilih sape..waaT,T)
hmm..kitorang kne wat video drama untuk projek philosophy..
berkenaan "new product..of islamic banking.."..any idea?
kitorang hajat nk wt insurance for travel..or..AH-LONG in islamic way..
hehe..
AH-LONG in islamic way..
i think that is the most suitable idea for us..ye la..kitorang nk wat yang funny sket..n at da same tyme..simple..
hehe



Earth Hour Malaysia 2010

Powered by BannerFans.com

uish..
jom pakat tutup lampu k..
nie kempen yang aku baca kt Blogjog..
bagus tol kempen nie...
tyme nie..kite pakat duk bergelap k..
n tutup punca elektrik seluruh kampung..haha
jangan pedajal orang..
kite tutup umah sdiri sudah la k..
kempen nie ntuk jimat elektrik korang..
hmmm..xelok membazir..
kurang-kurang karbon dioksida yang terbebas selame sejam 2..
dari pernafasan kite je la..
sejuk sikit dunia kan..haha..
pat join..
aku letak link

Monday, March 22, 2010

ini name nye kne TAG..lagi..

hari nie..aku di'TAG'..oley cik Fyza..
walau dalam keadaan panas membara..
kerana dungun yang memang panas..fuh...pok cik rumah sewa..pasang la 'eirkond'..
tanpa segan silu..
aku jawab k...
.
.

1- siapakah diri anda dirumah?

- aku anak mak. sbb rapat dgn mak. aku suka tidur siang dan di malam hari aku x tidur sangat..(biasalah, superhero..mesti berjaga malam)

2- siapakah diri anda dsamping rakan?

-aku seorang yang selalu menghadapi masalah.lalu selalu dinasihati kawan-kawan. juga aku selalu dibuli.(haha..superhero x kasi dunia tahu diri dy superhero, so layan jer walaupon dibuli..hampeh)

3- 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai

a) nk settlekn hutang..PTPTpuuu..

b) nk lesen..sume..bia senang skit idop..hak3..

c) nk beli umah 3 bijik..1 ntuk mak..1 ntuk aku..n lagi 1 reserve ntuk 'bakal' pak mertua..nyahaha

d) nk kawen ngan mimi(awek aku..hehe)

e) nk beli meja ping pong..haha

4- Siapakah nama pasangan anda?

Laila Syamimi bt Zulkipli..(awek jer..lom kawen lagi)=P

5- Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda?

a) awek saya comey..bila dy senyum..sy jadi hepi..=) suke tgk dy..sbb t dy blushing n then gelak-gelak manje n angkat penumbuk kt sy=P

b) dy suka majuk..tapi senang pulak nk sejuk..lam 10 minit..ok la dy..hehe, pandai lak pujuk kalu org majuk..ish..susah btul nk majuk lame-lame ngan dy..haha

c) caring kt aku..(sbb aku slalu wat masalah..n dy slalu nasihatkn..)

d) dy garang..tapi aku suka..sbb dalam garang, dy sangat lembut..dan bile dy wat manje..(aku cair dowh..)

e) family dy baik..dan garang..haha

6- Bila tarikh anda couple?

-tahun lepas..yang tarikh kapel sy kurang pasti..tapi 1st tyme kitorang bercakap(bergado)..n also 1st tyme dy cal org..27 june 2009..hehe

7- Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

dalam pahit..ada manisnya..x pahit kowt..blom jumpe..=P

8-Lagu tema cinta anda?

Waliband:- Baik-baik sayang

9- Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?

nk mimi jadi rajin sket..hehe, slalu sangat ponteng klas..ish..xbek taw!!

10- Tag 10 rakan anda yang lain.

lagu untuk beliau...

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

black..aku rindu sayang kamu

aku yang berdosa..

aku suka melukis..
dan subjek2 lukisanku selalunya manusia la kn..
tetapi, semalam..
aku terbaca dalam sebuah buku di library..
ditulis disitu..
tajuknya.."dosa-dosa besar"..
dan salah satu antaranya..
"melukis makhluk-makhluk hidup.."
hmm..
ampunkan aku..

Sunday, March 21, 2010

aktiviti si robot..nyahaha

"tensen la kawe..", huh, kami berjaye mengharungi..walaupun blom tamat lagi..
minggu penuh dramatik nih..
hmm..kalau difikirkan, minggu nih memang sibuk giler3..giler300x..
huho..
imbau kembali k..
jumaat..
modul part 2..malam..(aku 'melanggar'..dgn x sengaje moto si beliau itu..)
sabtu..modul part 3..
ahad..test BEL..
isnin..presentation Fiqh Muamalat..
selasa..test CTU..ethnic relation..
rabu..assignment Managerial Economic..
khamis..presentation Philosophy of IB, test Investment, report dan Video Philosophy..
.
.
.
hmm..nie baru minggu ie..
minggu dpan lagi banyak test..wahaha..
bangun lambat lagi la kiter yerk..
gud luck sumer..

leka terlena..

setiap hariku terasa lewat bermula..
tetapi kadang-kadang seperti cepat berlalu..
mungkinkah diriku hanyut bersama-sama arus masa yang tidak pernah berhenti mengalir..
lalu tersedar pabila terlihat diketika itu..
rambutku mempunyai warna 'sekunder'..
dan ketika 'putih' itu yang muncul..
membawa diri tersedar bahawa 'aku terlewat'..
mengapa aku terlena..
dan leka..
dibuai dunia..
*masih belumku terjaga..

hari ini aku..

badanku beransur pulih..
hari ini ad test untuk subjek BEL..
tapi senang jer..
alhamdulillah..insyaallah aku akan lulus..
video berkenaan inheritence yang kami buat baru-baru nie telah mendapat markah yang tertinggi dalam kelas..
syukur alhamdulillah..
(walaupun aku bukan watak baik dalam video tersebut)
masih mencari peluang untuk mempamerkannya di blog ini..
aku akan cuba dapatkannya..
hmm, hari ini aku belum berjaya untuk menghubungi pelajar OM tersebut..
aku harap beliau ok..
dan aku harap kami dapat settlekan semua dalam masa uang singkat..
insyaallah..

Friday, March 19, 2010

eksident..

hurm, maybe nie la hari malang buat aku..
lepas maghrib td aku telah eksident..bertembung dengan sebuah motosikal..waktu tu banyak sangat yang aku fikir..macam mana nk settle tanpa ke balai polis, macam mana nk bayar kerosakan moto perempuan tu, n moto kaawan aku yang aku tunggang nie..
cerita nya macam nie..
aku baru pulang dari isi minyak di petronas..
dalam perjalanan, aku lalu kt satu jalan gelap nie..aku da nampak moto perempuan tu kt depan..tiba-tiba terlanggar lubang pulak, n moto aku(dan moto dy) da eksident pown..
hmm, aku bingung lagi..
dan sakit..pedihnye luka2 nie..
hmm, xpayah tunjuk la gambar k..t ada yang takut lak..
mungkin satu hikmah untuk aku..
untuk kawan aku yang selalu bawak moto laju-laju..
aku bawak perlahan jer, 60 km/j jer time tu..
kne eksident..

kalu aku bawak moto lagi laju..
maybe aku da mati dah kot..
atau digelar pembunuh sebab langgar anak org..
hmm..hikmah untuk aku..dan korg..
alamak..
hmm, sok pagi ada modul..
aku kne pontengkah?

Wednesday, March 17, 2010

nk bagi kt sape?

haa..nie di hadiahkan oleh si 'AinCepet'...thanx to her..hik3..
walaupon begitu..
(waa..aku ne beautiful..beautiful ke?)
hak3..majok kang..waaa..
waaaa..
waaaaaa..
pown begitu..
aku ase patut bagi kt mereka-mereka yang patut dapat..
list mereka ialah:
1. Zaty
2. mohd azlan bin kahlid
3. Si Aizuddin
4. sugar2 kapas strawberry
5. TiTin

dan ini perihal diriku..:
  • aku suka makan, tapi x gemuk-gemuk..dari dolu sampai loni..
  • aku suka baca komik, suka sangat..manga, majalah n komik tempatan pown aku layan.
  • favourite comic artist, Takehiko inoue yang lukis komik slamdunk, real, dan vagabond..
  • adik beradikku ada 7 orang, aku anak ke 3..mak aku ibu tunggal..
  • aku sangat zalim..terutama kepada orang-orang yang aku x suke..(har3..)acah jer, aku tataw la nk cakap cane..dorang cakap aku lembut hati sangat..sbb tu slalu kne buli..=P
  • aku penakot..kadang-kadang..sebab kadang-kadang adaa citer hantu..(tb3, ari kamis)
  • aku pemalas tahap gaban..tapi adakala jadi rajin sekejap-sekejap..hmm..budak pelik..
ok, giliran korang lak..

sengal ubi namenye..

uish..baju batik uitm warne unggu..
da ilang la..
camne nk adakan balik baju tersebut..hmm..
aku nie pown satu..
esok nk seminar..
hari nie baru mencari..
ish..(suke wat kerja last minit..)
aku just ada baju batik yang berwana hijau jer..yang baru..
yang warna unggu da xdikeluarkn lagi la..
hmm..
seminar esok..
terpaksa 'cacatkn' juga la nmpaknya..
aku sorang jer kowt yang mencacatkn nya..
*hope madam x potong markah sy nanti..=P

petangku yang tertidur..

diriku pernah merasakan seperti kata perumpamaan itu "dunia ibarat roda", maksudku sewaktu aku bangun dari tidur (sekejap tadi)..kepalaku mamai..dan rasa nak meletup..aku merasa dunia ibarat terbalik..berpusing-pusing..dan akulah 'cicakman'..
ketika itu..
ku sangat pening sehinggakn aku tidak berupaya untuk bangun pun..
aku terdiam seketika..
lantas menyambar panadol actifast yang memang sudah tersedia di sebelah ku..
tekakku terasa sangat sakit..
'terlekat'..panadol terlalu besar..dan aku tidak meminum air..hmm..cari nahas..kataku dalam hati..
selepas beberapa detik..
duniaku kembali normal..
lantas, dengan bergaya ku pasang lagu bunkface "Through My window"..
hmm..
dan..
aku pun terus terjaga* sekali lagi..
owh..dalam hatiku..(aku belum solat asar)..
alamak..
da lewat..
babai..

kt uma pngantin ari tu..

sume wat muka cam pelik..hmm..sbb dak kecit yang amik gamba nie bergaye je lebey, siap meniarap ag..disebabkn perasan yg beliau akan dipamer kn..
so..dy wat hal..
xmo jd famous..

Tuesday, March 16, 2010

di juasseh..

aku yang sedang semangat santap..
dan gadis itu sedang posing..

Monday, March 15, 2010

aku yang kembali..

hoho..aku balik pada kehidupan asal..sebuah bilik bersepah, leptop, dan diri yang x terurus..
kelas..serta baju kemeja dan seluar slack..
maksudku aku kembali ke dungun lah..
tempat belajar 'jejaka-jejaka' terpilih..hmm, 'ter'pilih..
iaitu UiTM Dungun..yang ku sayang, bersama pelajar2 bermuka masam (kerana cuaca panas terik)
aku sampai ke dungun pada pukul 3.54 pg td..
baru nie aku ke kuala pilah, di negeri 9..duk di juasseh kt sana..
bes gak..
(sbb ad awek..haha)
aku knal ngan dak kecik..nama ecad..
hmm, GP..
tp aku rindu ecad..maybe sbb dy slalu nk duk kt atas riba aku kowt..
aku ke kuala pilah kerana diajak oleh 'gurfren ku'..hehe bersama dua kawan beliau..
kami sangat 'pendiam'..huhu..
sebab slalu tataw nk cakap ape..
soalnye, dialek mereka langsung berlaenan dari bahasa yang ku pernah tuturkn..
hebatnye malaysia..
setiap negeri ada dialek yang tersendiri..haha..
haha..dan aku teringat hp aku yang belum dapat dicharge..
waaa..di juasseh ari tu aku x guna sangat hp..sbb awek da ad kt seblah..
n selaen dari awekku, hanya kakakku yang akan hubungiku..
k lah..
aku kne wat asiment jap..tata..

Friday, March 12, 2010

nk g pilah..(pi..lah...xder sape nk halang nye..haha)

nk kne kmas barang la..
mlm t da brtolak ke kola pilah..
huhu..
tata..
ari senin br alek..
agak lame la x ley hupdate mende alah nih..
doakn pejalanan camat k..
mimi..
ko kne jage b..

yay..
suke sbb dpt ikot mimi..
haha

Thursday, March 11, 2010

aish..ko lebey nie..hak3

semalam result SPM kua..aku turut isaw kowt sbb adikku pown amik SPM n sama ngan sepupuku..
tengahhari, lebey kurang kul 12, ada mesej smpai kt hp dari kakak, mengatakn yg adikku, Ro dapat 6A..fuiyooo..
aku gelak sendirian bila tringatkn waktu dy dapat result PMR dulu..
dy ada beritahu pada mak..
"mak, ro dapat 7A, Ro lg pandai la dr Wan opp",haha..(aku just dpt 5A jer PMR)
n semalam, sekali lagi aku tewas..
(waa..aku dapat 4A je dolu..)..
terus aku call dy selepas penat mengelamun..
aku: "ro, result ok jer, dulu cakap x ley jwb xm?"
ro: "hmm.."=P
aku:"da tu, Ro nk smbung ktner?"
Ro: "nk skola lg, smbung Thanawi 3 n then pegi Mesir"
aku: ok la 2..=)

Ro: "tp Wan, MB kite xmo hantar da dak Ganu ke Mesir..dy cakap aritu.."
aku:"hmm,g la Jordan.."
Ro:"hak3..mang pk cam2 pown.."

merepek kowt..

baru nie, ada sorang kawan aku 2 suh aku melukis btul2..
dy cakap, spupu dy nga cari org yg pandai lukis..
dy cakap aku lukis lawa..
hmm, kembang la kejap..
tp aku tataw la..
soalnye, aku mane ade penah blaja melukis yang btul2..kecuali masa skola rendah dolu..
skola menengah lak kt skola agama..mang x der subjek 2 pown..
yang aku blaja lukis ialah dari komik2 yang aku baca..
aku minat mangaka takehiko inoue yang lukis 'slamdunk' tu.
hak3..
tapi mampu ke sorang bankers nk jadi pelukis?
ish..
korang xpaham kowt aku merepek nih..

Tuesday, March 9, 2010

kami terbang=)

disana menanti syurga idaman..bila kau bawa hatimu kepada tuhan..

thanx tuk awekku..hehe
nk taw x?
beliau hadiahkn 'bantal' petak ntuk org..
(foe bdae baru nih)
just 'bantal' petak itu bukan ntuk tidur..
sbb actually ianya sebuah buku..

keagamaan lagi tuu..sayang kamuuu..
tajuknya "Bawa hatimu kepada tuhan", karangan ustaz Amal..
waktu baca bwat pertama kali, tringat zaman sekolah dulu..
waktu kami bacakan kisah2 serta hadis2 sewaktu sebelah petang selepas solat asar..
nukilan ini sangat memberi bimbingan kepadaku..
terima kasih bwat sume..hehe
tapi, hatiku mang keras..

maybe sbb aku slalu bwat jaat kowt..
adoi..
bile la nk jadi rajin..
usaha..huhhh!!!>:-)

Monday, March 8, 2010

aku bwat hal lagi..

waaa..
aku da rosakkn leptop kawan ku..
x sengaje..
aku terlanggar plug, n tyme 2 direct power xguna bateri..so leptop mati n bila da idopkn alek..
leptop 2 da osak..
waaa..
tyme 2 kitorg nga wat asimen..
sedey..
t mesti dy marah..
huu..
(T,T)

pemalas btol dak nih..

"mentelaah malam ini sebab esok petang aku akan ada ujian..", cara biasa budak2 malas..
chies..
bila la nk berubah..
k..
tata..
kene tumpukn perhatian..
jauhkan 'gadget2' nih dari aku..
k..
done..bye=P

Sunday, March 7, 2010

adakah kita patut?

hmm..
sume kawanku 'lelaki macho' dan 'gadis cute' lah..
aku pown x taw kenape..
slalu aku tanye kt diri sendiri..
ade ke orang yang lg rendah martabatnye berbanding orang laen ek?
slalu kite nk membeza-bezakaan mereka..
mungkin sebab apa yang kita lihat pada seseorang individu itu x sama, ada yang pandang luaran diri sahaja..yang cantik ditinggikan..yang buruk di sisihkan..
ada pula meninggikan yang terpelajar sampai lupa kawan-kawan yang kurang berkemampuan hanya menjaga lembu di kampung..
ada yang suka pada yang berharta..sampai sanggup berbunuhan dan bergaduh sesama sendiri merebut 'makhluk yang x seberapa' itu..
aku kagum pada yang bergelar guru..
selalunya mereka lebih bagus dari segi menilai manusia..
mereka boleh 'mengubah' individu itu dari segi luaran serta dalamannya..
supaya sikap sesetengah individu yang melihat pada yang mereka suka sahaja itu akan luntur..
sikap itu akan luntur..
akan luntur..
benarkah?
manusia tidak dapat tidak..
akan menyukai yang 'terbaik'..
itu lah lumrah manusia..
selalunya manusia 'membuat perbandingan' antara sesuatu perkara..
perbandingan itu ada yang patut dibuat dan ada antaranya adalah tidak patut sama sekali..
hakikatnya..
manusia itu melawan nafsu..perlu..
untuk mencapai 'kejayaan' terbesar dalam hidup..

Saturday, March 6, 2010

aku nk cuti ari nii..

hepi besday..
huhu..
nk cutii..
waaa..
.
.
.
.
.
.
waaa..xchat..

uish..?x rase bersalah ke?

menyirap jer..
seb bek ley saba ag..
hmm..
harapnye dorang sedar..
"dah, jangan cakap ape2 sal td lagi, t makin panas lak ase.."
tp..
sekurang-kurangnye ad yang ase bersalah..
yang langsung wat derk 2?
n tak tegur pun..cam xde pe2 salah..
lagi PANAS kn..hmm...
.
.
.
.
.
.
.
nie situasi yang aku rase sebagai tetamu..
di undang tapi ditinggalkan dalam masalah..
.
.
.
.
penganjur?
x rase bersalah kah?

Friday, March 5, 2010

hari ke dua: bas..please..jangan wat hal lagi..adoii

hari ini..kami ke security commission(suruhanjaya sekuriti)..ingat, ini bukan sekuriti guard k..haha nie security yang cam bond, shares n others k..pastu kami ke sogo kL..xwat pape pown..men game jer..pas2 malam nye lak, g kt i-city ag..
hmm, banyak kejadian2 yang baik, yang x berape bek pown banyak..
contoh kejadian baik, kami berjaya sampai ke setiap destinasi dengan selamat..alhamdulillah..
n kejadian yang x berapa baik ialah..
cam biasa..bas wat hal lagi..ari nie ley dikatakan lebey 20 kali kowt bas mati kt tengah jalan..
siap rosak teruk ag..
huu..camne la kitorang nk alek dungun sok nie..waaaa..i mish 'her' so much..
& i mish 'her' too..and 'her', and 'her' and 'her' and 'him, and 'him..
'she'..?of course lah..'she' is my gurl..mang la sayang and rindu sesangat..waaa
mimi..mish u..
tadi tyme g ke i-city, aku lihat ramai 'syaitan'..bertanduk merah..tapi menyerupai manusia..
yang aku peliknya..
tanduk itu dijual dengan sewenang-wenangnya..hmm..
xcukup kah dengan 'nikmat' kita sebagai manusia?
nak sangatkah kamu jadi 'makhluk tuhan yang tercela ' itu?
fikirkan lah sahabat..
aku cuma menadah doa dan membaca ayat kursi dengan sedikit kuat ketika mereka berjalan dihadapanku, agar 'tanduk' mereka tercabut..harapnya..haha
dan ada antara 'tanduk' yang tercabut..
dan ada antara tuan2 'tanduk' yang marah..huu sori..
ae..dah..uish..penat..jom idooo..
harapnye bas chat la sok..hehe
same2 kite doakan k..

p/s: 'her'..1st..my mom..
and other 'her' and 'him'..of course lah sibling kn..
'she'?...cik Laila Syamimi anak Cikgu Zul la..ark3..(^^,)

Thursday, March 4, 2010

hari pertama: lawatan kelas..

hari nie perjalanan kami sedikit terbantut di permulaan program, mana x nye, bas yang kami naiki yang pada asalnya ada 2 buah, kini tinggal 1 sahaja kerana kerosakan..
kami terpaksa penuhkn bas yang lg satu..
ibaratkn berada dalam tin sardin..dengan cuaca panasnye,dengan pakaian korporat 'bertie' lg, aircond pon perlahan..nie merupakan perjalanan yang paling memberikan 'cabaran' kepada kami..
sesat lagi tuhh..
hampeh tol..
hak3..
tapi, aku boleh nmpak, ketua program, iaitu saudara Ikhwan samgat bersemangat..dy penuh dedikasi dowh..langsung berbeza dari aku..haha..dalam bas, ley kate aku penuh kan aktiviti ngan tidur jer sbnarnye..hehe nk wat cane..smalam sampai kolej Jati lambat sangat sbb naek bas 'kure2'..
malam nie kami dibenarkan beraktiviti bebas..ini memberikan peluang kepada aku n Duan Palapes ntuk jumpa ngan kawan lame kami yang dulu satu course sewaktu kt dungun..
mereka bawa kami makan n kemudiannye mereka bawa kami ke 'i-city'..alaa yang lampu banyak2 tuh..
ish, tempat lepak kowt cnie..
dorang cakap.."nie Korea".."pasnie da xyah g Korea lg da,cnie da ade"..
kitorang lak cakap, "besnye korang belaja kt UiTM Korea, kitorang just blaja di UiTM SURAbaya.."..haha,nk wat cane, UiTM dungun kt Sura Hujung, Surabaya dekat la kowt kn..
k la.. nantok da, sok aku cite alek..chow(^^,)

Wednesday, March 3, 2010

Slamat datang ke Shah Alam..

semalam, pukul 3 lebey, kami bertolak..ke UiTM Shah Alam ntuk lawatan klas ke IIBF, n others..haha aku pun da lupe nk g tempat ane..blenk=P
kami menginap d kolej Jati UiTM Malaysia..chewah..mang patot pon bas dorang lagi banyak dri kitorgnye cawangan kn..ark3..
smalam naek bas kure2..lumbe sape lg lambat ngan lori besar kt lebuhraye 2..
mang fed up sgt sbb sampai lewat tgh malam kt Shah Alam..
n dapat bilek lam kul 1 lebey..
waaa..
nantok..
bangun ari nie kul 6 pg..
siap ntuk ke destinasi pertama..
hoho..

Tuesday, March 2, 2010

nasihati aku..diriku..

"setiap amalan bermula dengan niat.. sesungguhnya bagi setiap orang mengenai apa yang diniatkan..
barangsiapa yangberhijrah ke jalan Allah dan RasulNya, maka berhijrah lah dirinya kepada Allah dan RasulNya..
dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, maka itu lah sahaja yang akan beliau terima..".

ini petikan dari hadis Rasulullah S.A.W. yang kembali teringat dalam fikiranku sekarang..
aku terfikir..
banyak perkara yang kita buat seharian (dalam konteks seorang Muslim) seperti belajar, bekerja atau buat sesuatu aktiviti la senang kata..
niat kita adalah kepada keduniaan..
jgn bertuhankn duit..
atau nafsu semata-mata..
sama2 kita renungkn yer..

p/s: nasihat ini terhadap diriku sendiri..
yang selalu hanyut dalam kesenangan duniawi..

Monday, March 1, 2010

aku..bodooo

malasnye nk study bile kite taw yg subjek susa nie akan failkn kite gak sok..
waaa..
cane nie..
nk study pown xpaham..
nk study pe..sume pown xpaham..

xde air..

hari nie panas..
aku bangun tidur awal..dlm kul 6.47pg..ok la tu kn bg org yang tidur pada pukul 5.20 pg..
tengok kawan2 bergelimpangan di dlm bilikku @ library rumah..
rase kepale sangat berat..
bile aku pergi ke tandas untuk 'qadha'..
'qadha' hajat yang lepas..aku terkilan bile ku sedari dungun tidak ber'air' pagi nie..
serta merta terbantut..
aku segera pergi ke bilik..
terus ambil bantal..dan..
hmm,..
terbangun lagi..7.50pg..
alamak..aku terlepas subuh..
n sumer kawan2ku pun mengalami nasib yg sama..
aku memegang satu rahsia hari nie..
satu rahsia yang sangat sukar untuk ku ceritakan pada semua..
.............................................
hari nie dungun tidak ber'air'..
aku x mandi la pg td..
tp asenye bukan kitorg jer kowt..
ad sbnarnye dak len yg x mandi..
haha..
waaa..terseksa giler rase..
da la ngantuk yang amat..x mandi lak..
pendek kate, aku g klas ari nie macam x siap la..haha
pas alek klas lam kul 12 tgh hari, baru la ley mandi..
huu..
panas tol ari nie..
panas yang amat..mang itam la kowt kalu duk berjermur shari kt cnie..
huhu..
nk study la lak malam nie til pagi lagi..

Followers