Powered By Blogger

Wednesday, April 11, 2012

Birokrasi yang Menyusahkan

Alkisah pengemis bertemu dengan seorang pegawai kerajaan di sebuah bandar kecil.
"tuan tolonglah. sudah dua hari saya kelaparan. hulurkan sedikit bantuan untuk saya."
"ya, saya faham masalah kamu. tapi sebagai seorang pegawai saya tidak boleh mengeluarkan wang kerajaan begitu sahaja, kamu perlu mengisi borang terlebih dahulu."
"saya hanya memerlukan wang sekadar untuk membeli makanan untuk hari ini cukuplah."
"ya, saya faham.tapi kamu perlu mengisi borang juga."
"baiklah. berikan saya borang itu."
"oh, disini tidak ada borang itu, pergi ke unit bantuan."
"di mana?"
"di tingkat atas."
pengemis itu pergi ke pejabat yang dimaksudkan.

setelah mengisi borang, dia pun menyerahkannya.
"bila saya boleh mendapatkan bantuan?",tanyanya.
"kami tidak pasti bila,borang ini perlu diserahkan kepada pegawai atasan untuk diluluskan."
"selepas itu barulah saya mendapat bantuan ya?"
"kamu perlu menunggu sehingga kami menghantar pegawai penyelidik untuk menyelidik latar belakang kamu."
pengemis kebingungan.
begitu sukar untuk beliau mendapatkan bantuan untuk membeli makanan dihari itu.
"bilakah pegawai penyelidik akan datang menemui saya?"
"itu bergantung kepada proses dan kelulusan pegawai bahagian penyelidikan. setelah laporan selesai,satu surat pengesahan akan dihantar kepada unit kewangan dan disana, satu surat kelulusan akan ditandatangani oleh pihak bendahari yang akan membolehkan pegawai kewangan mengeluarkan wang tersebut.
dan kamu hanya boleh datang mengambil wang bantuan selepas dikeluarkan surat panggilan bercop pentadbiran."
"apa yang boleh saya buat sekarang?"
"tunggu pegawai penyelidik datang, sekarang beliau sedang menyelidik latar belakang pemohon lain, sekiranya sampai giliran kamu, barulah mereka akan melawat kamu."
"tetapi saya lapar,saya perlukan makanan untuk hari ini."
"maaf, kami perlu mengikut prosedur.kamiingin pastikan tiada penyelewengan berlaku dalam pengeluaran wang."
"tuan sendiri tidak boleh membantu saya?"
"maaf, saya pegawai kebajikan, bukan badan kebajikan"



p/s: realiti hari ini..walaupun mungkin tidak sekejam ini..
tetapi..birokrasi memang menyusahkan..
tiada salah berbudi bicara..tangan yang menghulurkan itu berjuta kali lebih baik dari yang meminta..itu pun kalau ikhlas...
credit to : majalah SOLUSI =)

Monday, April 9, 2012

where..namaku hazwan...

haha..kat BCR slalu dorang tanye asal nama 'where'..oke macam nie ceritanya,
nama diberi sewaktu kecil oleh parent ku ialah mohd hazwan bin kamarudin..kemudian bila meningkat umur..banyak lah pula nama panggilan yang melekat kat aku..
salah satunya ialah 'where'..

nama nie aku dapat masa aku first time masuk belajar di UiTM Dungun dahulu..
sewaktu mengambil jurusan perbankan di UiTM Dungun, rata-rata clasmate ku berasal dari Besut, Kuala Terengganu dan Kelantan..kebanyakannya berasal dari Besut..so, apabila dorang bercakap.."slanga" Besut dan Kelantan dorang itu menukarkan perkataan 'wan' kepada 'werrr' @ where..

oke, sekarang aku bekerja di kuala terengganu..ramai sahabat ialah orang pure terengganu..
bila berkawan dengan orang terengganu pula, kebanyakan dorang akan panggil aku 'wangg'..biasalah tu..

teringat pula ketika aku bersekolah di Bangi..
dek kerana aku seorang sahaja yang berasal dari terengganu..maka dengan serta merta namaku ditukar kepada 'ganu'..(=,=") haishhh..xder lah marah pun kan..terasa macam mengumpul koleksi nama pula..
sampaikan junior-junior pun panggil aku 'abang ganu'..(T,T") haishh...

oke, ketika aku bersekolah di SMAASZA, Kuala Terengganu..
aku masuk ke sini masa form 1..masa itu beringus lagi lah..cakap pun tunduk ajer..keh3
oke, nak dijadikan cherita..ada lah seorang ustaz tu..agak garang..semua pelajar takut kat dia sebab dia selalu bawak rotan panjang sambil habit dia kejar orang yang tidak turun study..
oke, senior aku cakap muka aku macam muka ustaz tu..(O,o")?? hoh?
so, diorang panggil aku 'ustaz aziz' sampai lah sekarang..wahhhh..
sampai sekarang kot senior ngan schoolmate aku dari SMAASZA panggil aku ngan nama tu..
cheittt..sampaikan ustaz aziz tu pon kenal ngan aku..(T,T")..
oke..tamat cerita sal nama-nama panggilan pada aku..

p/s: apa pun nama panggilan daripada orang kepada kita..jadikan ianya suatu yang positive (+ve), berkelakuanlah yang baik-baik moga yang diingati mereka terhadap kita adalah suatu yang baik.

Sunday, April 1, 2012

bossy?..bagaimana anda tangani golongan sebegini!

arghh..hari ini aku tension betul dengan sikap BOSS aku yang memang bersikap 'bossy'..
perkataan 'bossy' diambil dari perkataan 'boss' atau ketua..iaitu contoh sikap yang suka mengarah, menyuruh, memberi arahan dan yang sewaktu dengannya. sikap ini selalunya hadir bersama dengan sifat 'selfish' iaitu pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan mereka yang lain di sekelilingnya.

oke, setelah aku blog walk..banyak entry sal sikap bossy yang aku jumpa..terutamanya pasal 'member' a.k.a. 'rakan sekerja' yang bersikap sedemikian..actually, masalah aku nie bukan rakan sekerja yang bossy, tetapi..BOSS yang bersikap bossy..dah name nye dia tu BOSS..comfirm2 la memang sikap dy bossy kan..
kawan aku selalu jadi mangsa dy tau..suruh buat tu la..buat nie la..hantar report tu la..nie la..
banyak ko punye songeh..ingat haku nie xde kerja lain ker? eiiii...
oke..ini tips dari aku kalau BOSS anda yang bersikap bossy..

1. Buat muka ketat aje memanjang..

- bila BOSS datang atau lalu, buat kerja dengan muka ketat..mesti beliau cuak tengok anda bekerja..dalam hatinya berdetik "wah, tekunnya..kalau aku tego..mesti lebam bijik mateku"..lalu xmenyempat-nyempat lah beliau tuk bossy-bossy lagi..

2.  pakai earphone, eventhough korang memang xpernah dengar lagu..

- kalau nak lagi gempak, pakai lah headphone..ataupun pasang radio sampai bergegar pejabat..
aku dah pernah try..memang bos tak cakap dengan aku seminggu..
haha..pasal beliau outstation..
pakai earphone..bile beliau panggil..wat derk jer..cam tengah layan lagu, sambil hentak kaki dan lenggokkan kepala..

3. megumpat..

- yang nie biase dilakukan oleh golongan makcik-makcik..untuk menghindar sifat bossy, mengumpat secara berdepan, atau tepi sket boleh dilaksanakan..har3..BOSS akan terdengar suara-suara sumbang mengumpat beliau..
biasanya, dorang nie orang 'super lama' atau 'super hebat'..so selambe aje dorang mengumpat BOSS sampai BOSS tersedar akan sikap bossy beliau..

4. buat buat sibuk..

-yang nie aku selalu buat, bila BOSS ajak keluar bagi taklimat atau turun padang..bukan buat-buat actually,
sebenarnya..aku memang SUPER BUSY!!! sebab tu BOSS selalu suruh kawan-kawan ku buat itu dan ini..kah3


p/s: oke..entry nie entry lama yang aku simpan dalam draft..actually hari nie, isu nie timbul di pejabat..so dengan senang hatinya aku korek balik draft..dan tengok mana yang sesuai tuk di publish kan..=) selamat mencuba..

Followers