Powered By Blogger

Wednesday, October 31, 2012

BR1M 2.0

hari ini telah keluar borang BR1M secara online. juga cara pembahagian mungkin telah dikemaskini untuk terus di masukkan ke dalam akaun bank.
sekiranya anda rasa berkelayakan, sila telitikan syarat syarat berikut :


  •   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

untuk mengisi sila ke link ini : https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

p/s : sekiranya layak, gunakanlah duit tersebut sebaiknya

Tuesday, October 30, 2012

kami budak lama lama..

sewaktu kami kecil dulu, banyak yang kami tempuh..kini semuanya berubah..kadang kadang rindu pula pada zaman dahulu..perkara yang ada dulu dan kini ada yang berubah..itulah nostalgia zaman kanak-kanak kami..

Dahulu dekat perpustakaan budak budak selalu masuk tgk buku..tgk buku yang bergambar sahaja terutama buku gambar binatang cam national geographic tu..kalau baca buku pun, mesti baca buku cerita yang nipis nipis aje..hehe

Tapi bila program nilam, semua sibuk ke perpustakaan, baca sinopsis buku kt belakang tuk salin..perpustakaan bergerak datang sebulan sekali, yang ada kad perpustakaan bergerak aje yang selalu naik, pinjam satu buku..kongsi 10 orang sebab yang lan sibuk nak baca..

bila RMT pagi pagi, ramai yang ada nama datang lambat..yang takde nama sibuk nak makan jugak..selalunya budak gemuk dan kaya sibuk nak makan, yang ada nama kurang pulak nak makan..

kat kelas, pakai pensel box yang ada sharpener..pensel bok pulak yang boleh bukak depan belakang..pensel nak yang ada pemadam kat belakang, yang berbunga bunga HB tu, pensel 2B tak nak pakai sebab selalu patah dan takde pemadam..

Dahulu kat skola ade orang datang jual buku cerita. hari ni bagi list, esok minta duit beli walaupun cerita dalam buku tu dah tau.
sama juga tuk yang jual vitagen.. cikgu bagi list hari ni, esok bawak duit..
dulu juga van Milo dan Nescafe selalu datang ke sekolah dan ramai budak yang beratur tuk dapatkan air free termasuk cikgu..


Main lawan pemadam, pemadam pulak nak yang leper dan lebar so senang menang, masa nak padam, pinjam pemadam rakan sebab sayang nak guna pemadam sendiri untuk main lawan pemadam..
ada yang pakai pembaris bergerigi yang ada air dan benda kelip kelip kat dalam..

Cikgu guna pembaris kuning yang ada pemegang kt tengah, biasanya cikgu guna pembaris tuk tunjuk papan hitam dan rotan budak nakal..
bulu ayam pun jadi rotan gak..

kalau yang duk kt kampung, main laga buah getah..buah getah tu korek keluarkan isi kemudian titikkan lilin kat dalam..yang lagi 'Hardcore' titikkan timah terus..

lagi main ikan laga, pagi jumaat semua keluar awal nak ke bendang tak pun ke kolam tuk menangguk ikan laga..di terengganu ikan laga dipanggil 'Sekilau' dan kalau nasib tak baik, nak menangguk sekilau tapi dapat ikan 'Karin'..haha mengail pula pakai batang salak..tali pendek je, batang salak yang panjang..mengail ramai ramai kt tali air..umpan pulak cari cacing..bila cacing habis..pergi tangkap belalang sebab senang nak tangkap jadikan umpan 'bidang terjun'..

kalau abang abang pulak main lastik yang buat dengan kayu..beli getah lastik kat kedai harga 20 sen..lepas siap, sangkut kat leher tak pun sangkut kat kepala..yang adik adik ikut jer abang sebab adik mak marah main, takut terlastik mata..bila dapat burung, bangga tak terhingga lah..

masa kita kecil, tak kenal apa itu batasan..kotor ke..jauh ke..sakit ke..
budak budak sekarang, takde itu semua..mereka tak kenal selut dan duri..haha
bila di tanya.."err..kotor lah..bahaya lah.."
hehe..kamilah eksperimen untuk dalam mencari experience..zaman sekarang, berudu dengan ikan pun budak budak tak dapat bezakan..huhu..berat 66..

p/s: ada yang aku copy paste jer dari blog orang..sebab bila aku baca..nostalgia tu mengingatkan aku..perkara sama yang berlaku keatas kami..hepi jer jd budak2..haha

Tuesday, October 23, 2012

Surat dan Makan

khamis baru nie, sampai satu surat ke rumah..
daripada pejabat setiausaha kerajaan terengganu..
surat untuk Asessement lah tu..
padahal dah tengok kat web dia..
cuma, kali nie ada lengkap semua borang, tak perlulah download dan print..
hmm..tarikh nie juga ada kursus kat langkawi..
hehe.. dan aku terpaksa tolak untuk ke langkawi..
tak apa lah, asalkan urusan yang penting kita dahulukan..
nasib baik tak perlu hantar surat 'tunjuk sebab'..hehe
hmm..
aku terfikir..apa aktiviti sewaktu asessement tu yer? agak merungsingkan neh..
tak pe, yang penting aku hadir..insyaallah..
.........................................................................

jumaat baru ni, yaakob ajak kitorang keluar dinner sesame..
aku, abang lan, safwan dan yaakob..
hee..
kitorang dinner kat RFC kuala terengganu..
makanan boleh tahan lah, berbanding sewaktu mula2 bukak dulu..
tapi agak lengang..tak der orang..
mashed potatoes dia ter'baek'..lagi bes dari KFC kot..hehe
banyak yang kitorang bualkan..

daripada perkembangan masing masing..
sehinggalah kes syiah, wahabi..dan lain lain lagi..
memang banyak giler lah, sampai lupe2 pulak..
tengok2 dah pukul 11.15 malam..dan RFC sepatutnya tutup untuk customer pada pukul 11.oo malam..hee
terlebih suda..
anyway..thanx tuk yang blanje dan hantar serta angkut sy dari rumah..
 thanx juga tuk yang ambilkan gambar..
thanx juga tuk yang makan..hee

Sudin..?

heee...tak pasti pulak kenapa aku buat post pasal ni..

Jumpa Sudin sewaktu mau keluar makan dengan Zul dan Mayoe pagi tadi..
Sudin : Wan, mari sini jap..
Aku : Menape? (apa dia?)
Sudin : wan, wak ri 5 riyal..(wan, bg 5 ringgit..)
Aku : ... (=,.=")huh?
apa lagi..
zapp...start moto terus berdesup aku lari..haha..

gambar aku buat mereng..

** untuk makluman, Sudin nie salah seorang peminta zakat yang tegar..tiap tiap hari beliau datang ke MAIDAM..dan dia kenal aku sejak aku ditugaskan untuk menguruskan bantuan zakat kategori sara hidup tahun lepas..hehe
masalahnya, beliau ni ada sedikit masalah 'dalam kepala'..paling beliau takut bila aku acah, "din, tadi nampak ade polis mari kat belakang, dia cari din kot, jap wan panggil.." mesti terus dia cuak dan nak belah..masalahnya..esok dia datang lagi..dan hari seterusnya..(T,T")

.........................................................................................

Hepi Merempit!!

siang tadi cerah betul cuaca..
Alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku untuk keluar siasat..hishh..fail ada 11 bijik lg untuk bulan nie yang belum di siasat..semoga esok juga tidak hujan seperti hari ini..
Ahad dan Isnin baru nie, lebat betul..huu


hepinya bila hari tak hujan..yippeee..Y(^_^)Y

hehe..tapi, balik siasat je tengah hari..pergelangan tangan dan muka dah berbelang..hehe
sunburn..alahai..
cool lah...nama pun mat rempit!!


Saturday, October 20, 2012

Kelantan lwn ATM

malam ni aku dan mak same same duk depan TV dengan harapan wakil pantai timur iaitu kelantan menjuarai piala liga malaysia..

dan mak yang 1st time aku tgk duk depan tv layan bola..hahaha proud of u Mak!!(^^,)

tak sia sia sokong kelantan..=)
proud of the red warrior..
kelantan menang 3 berbalas 2 daripada ATM..
- permainan kedua dua pasukan bagus..
 video nie memang fun sangat.."penuhkan stadium..penuhkan stadium.."
"sek kito jange pecoh"..nasihat yang berguna..=)

ATM juga tidak kurang hebatnya, sangat berdebar debar bila bola di kaki Zaquan Adha..sebab beliau pantas dan sering dapat cross ke depan gol..

Sangat sangat teruja tengok Nursyahrul Idlan Talaha.. patut dapat kasut emas..walaupun kecik..nampak pengalaman dan kesungguhan mengkucar kacirkan pertahanan ATM..

p/s: alamatnye ade orang tu bermasam muka lah dengan kite sbb dy sokong ATM..jgn marah 'si gadis'..

Friday, October 19, 2012

Hari ini Jumaat..

Salam Jumaat..
esok sabtu dan esok juga akan ade ujian, iaitu MTeST untuk ambilan Jan 2013..
hari ini aku bangun awal..hujan lebat sedari subuh sehingga tengah hari belum jua berhenti..
harapannya.."bangun awal untuk study!!"erghh..bangun..pegang buku..tido..bukak mata..pegang buku..erghh..menguap..tido..seterusnya..demm..
so selain 'study'..(study ke?), aku perlulah siapkan barang barang yang perlu digunakan untuk ujian tersebut misalnya pensel, pemadam, pen, pembaris, liquid paper, gam..err..perlu ke?
haha..aku pun tak pasti apa yang perlu..jadi aku fikir, hanya perlu beli barang yang basic aje..
1. pensel..
2. pemadam..
3. cukup..heee..

jadi tadi selepas solat jumaat, terus lah aku bergegas ke pasaraya Nirwana Maju di Wakaf Mempelam tu..matlamatnya..pensel..pemadam..ok, roti gardenia tuk Salwa..
sampai aje..trus ke ruangan stationery..tengok pensel jenama tah pape..balun aje..pemadam pulak, mak aii..mahal kot..ade 2 je lak tu..bantai ajer lah..oke..tetibe rasa nk pusing pusing dalam Nirwana pule..hehe

hurm, dah lame rase tak makan spegeti..sejak Dik Ar balik ke UM..ape lagi, aku pon amik la spegeti dengan sos PREGO. teringat kata kata dalam iklan, semudah 1,2,3..sos spegeti tersedia..ngan barang nak taruk dalm skali..oke..macam mane aku nak jawab kat mak nanti?

sampai ajer kt rumah, "wang beli spegeti, mane tahu kot mok nak makan..kekgi tulong la masok.."kih3, dengan slamber aku letakkan barang makanan kt dapur..terus blah masuk bilik..hehe dengan harapan esok balik aje dari ujian, dapat makan spegeti..kih3


ntah kenape aku tak rasa bersemangat untuk ujian esok hari..hmm nie ke cara aku buang masa sebab taknak study..bijak betul otak aku nie nak larang aku study..chesss!!!APTB

Wednesday, October 17, 2012

Semakan MTeST Ambilan Januari 2013


Semakan Keputusan Panggilan MTeST KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2013 boleh dibuat melalui saluran berikut:

1. http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/dpli-jqaf2012/semakan_mtest/login.cfm

hee..lagi 2 hari nak peperiksaan..

Tujuan Khusus  ujian ini adalah untuk menilai taraf pencapaian dan kelayakan lepasan ijazah dalam penggunaan bahasa melayu dan inggeris, analitikal dan kuantitatif, serta darjah kecedasan emosi dan sahsiah untuk memastikan kesesuaian graduan mengikuti program perguruan.



2.
KOMPONEN DAN TEMPOH MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST. Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam lima buku seperti berikut:

Buku
Komponen
Jumlah Soalan
Masa (minit)
A
INSAK
135
30
B
Kuantitatif
30
30
C
Bahasa Inggeris
25
30
D
Analitikal
20
30
E
Verbal
25
30
Tempoh Keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.
 



 
3.
HURAIAN KOMPONEN MTeST


3.1
Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
 
Komponen ujian ini bertujuan
*
memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;
*
mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.
 
3.2
Kuantitatif
  
Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh:
*
mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi;
*
membuat perbandingan antara dua kuantiti;
*
membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
*
menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;
*
membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;
*
membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.
 
3.3
Bahasa Inggeris
   Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:
*
mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi;
*
menggunakan Bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
   
3.4
Analitikal
  
Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.
 
3.5
Verbal

Komponen ini bertujuan
*
mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
*
mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;
*
membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.  




selepas MTeST..seterusnya interview pula..bagi yang berminat menjadi guru, ini merupakan peluang yang baik untuk korang mulakan langkah awal..


selamat study kawan-kawan..semoga berjaya (^^,)

SPNT N41: Program Terengganu Assessment Centre (TAC)

      Semalam telah keluar result untuk Semakan bagi calon-calon yang berjaya untuk Program Terengganu Asessment Centre (TAC) bagi pengambilan skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri N41.

      Program akan diadakan bertempat di Sumai Hotel Apartment, Lot 4479, Jalan Persinggahan, 20400 Kuala Terengganu.

      Bermula  29 Oktober 2012 hingga 10 November 2012 iaitu diadakan sebanyak 3 sesi.

Bagi yang berjaya ke Program Asessment ini bermakna korang telah berjaya di dalam ujian yang diadakan kira kira bulan mei 2012 dahulu. Tahniah untuk yang berjaya dan cuba lagi untuk yang belum berjaya.

Bagi yang berjaya, bermakna korang telah maju selangkah untuk berkhidmat sebagai pegawai di negeri Terengganu.huhu..

Untuk menyemak samada korang berjaya atau tidak,boleh terus ke link ini :

SEMAK

p/s: semoga berjaya untuk semua.

perkara paling sukar..

Apakah perkara yang paling sukar tapi perlu korang lakukan?
hmm, bila aku telitikan dalam diri..banyak perkara sukar yang sepatutnya aku sudah selesaikan tetapi sehingga kini, perasaan berbelah bagi itu masih timbul untuk perjelaskannya.

salah satu perkara paling sukar dalam hidupku ialah membuang sikap tak elok yang rasanya sudah sebati dalam diri. Misalnya, suka buat kerja "last minute". Memang sukar kan nak buang sifat nie..aku dah try dah, banyak kali..alhamdulillah, sebahagiannya berjaya tetapi tanpa aku sedari, ianya kembali dan kerap kembali..hee
   p/s: sekarang musim nak menyiapkan kerja..arghh..sukarnya nak tumpukan kat kerja pada masa yang ditetapkan.

Lagi..aku sukar untuk membuang perasaan marah seterusnya memaafkan orang. bila ada seseorang misalnya yang sengaja carik pasal dan buat aku marah. Oh TUHAN, memang lepas marah tu, ada rasa kesembuhannya oleh jangka waktu atau melalui peristiwa peristiwa lain..tapi bila terserempak dengan orang tadi..Hah AMEKAW!! dendam kembali membara..
     p/s: teringat zaman sekolah aku pernah kena seterika kat pipi oleh seorang senior. sampai sekarang, aku teringat nak langgar jer dy dengan moto kalau aku terserempak..hish..(astaghfirullahal azim)

Yang nie.."si gadis" selalu marah..erk, aku selalu buat kesalahan..and then..mintak maaf..and then tanpa aku sedari..buat lagi silap..(pardon me)..dan mintak maaf lagi..and ade kalanya..ia still berulang lagi dan lagi sampaikan maaf dariku itu dah basi..=( erk, tapi aku nak sangat berubah dan betulkan diri dengan niat tak mo buat dah..tapi "maaf lah" kalo masih belum berubah..=(
    p/s: aku senang mengucap kata maaf..tetapi selalu melupai maaf tersebut..

Oke, yang nie agak besar dan menyebabkan "segelintir" orang maybe terasa..
aku memang sangat tidak berkira pasal duit..bukan aku orang kaya, tetapi entahlah bagiku agak sukar untuk aku menolak sekiranya kawan kawan ingin meminjam duit..masalahnya, kawan yang meminjam ini sukar membayar..dan ini merupakan perkara yang sukar untuk aku lakukan.."KUTIP Hutang dari KAWAN"..
    p/s: kata Che Lah( senior kt pejabat), "baik jangan bagi pinjam sekurangnya hilang satu (kawan)..kalau bagi pinjam hilang dua (duit dan kawan)"




Haa..yang ini pun sukar, Menahan MENganTUK apabila STUDY... hmm memang sukar..bila start je bukak buku, mulut segera menguap, mata segera layu..tapi apabila bukak leptop untuk On9..HAAA!!!
amekaw..takde dah mengantuknye..


Monday, October 15, 2012

terasa maw cuti esok hari..

hadoii..kepala sakit..
kata si dia, ini gara gara aku makan megi..
alamak! terkantoi sudah..
ape pun..
jagan selalu makan megi ye adik adik..
dan aku terasa maw menggunakan cuti untuk berehat sehari di rumah..
oke x?

Mata Pencarian yang Halal..

hari ini aku ke kawasan Tok Jembal dan Gong Badak. Tugas kami sebagai penyiasat MAIDAM adalah untuk menilai dan meneliti cara hidup dan latar belakang pemohon bantuan zakat di Kuala Terengganu.
Rata rata pemohon bantuan zakat adalah mereka yang tergolong golongan miskin dan sederhana.

 Namun ada juga diantara mereka yang langsung tidak boleh dikategorikan sebagai asnaf, juga memohon bantuan zakat.penilaian untuk mereka tentulah tidak layak. manakan mungkin, kami yang bekerja mengerah keringat diberi gaji bulanan RM 1000+ ini pun tidak memohon zakat. mereka pula, ada yang mempunyai pulangan RM 500 untuk satu hari! satu hari? "2 hari pulangan pendapatannya bersamaan gajiku sebulan..='("..bagiku, situasi ini sangat sangat di luar dugaan..

ZAKAT..adakah anda faham apa itu zakat?

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Hikmah Disyariatkan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
zakat hanyalah diagihkan kepada Asnaf2 yang LAYAK Sahaja..ini berpandukan surah At-taubah -60 yang berbunyi:

 maksudnya: "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".

  • Asnaf Fakir

    Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
  • Asnaf Miskin

    Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
  • Asnaf Amil

    Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
  • Asnaf Muallaf

    Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
  • Asnaf Riqab

    Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
  • Asnaf Gharimin

    Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
    • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
    • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
    • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
  • Asnaf Fisabilillah

    Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
  • Asnaf Ibnu Sabil

    Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
    • Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
    • Pengembaraan diharuskan oleh syarak.


    Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Sunday, October 14, 2012

gadis..

dirimu bukanlah yang paling sempurna, namun..hadirmu cukup membahagiakan..terima kasih..

selamat kembali blog bersawang..

hari ini mulakan post baru pada blog yang sudah bersawang. tak apalah, asalkan aku fikir aku masih punya ingatan untuk kembali ke sini..

kini aku bukan lagi seorang pelajar. semalam terlihat gambar sahabat lama sewaktu bersekolah dahulu..alhamdulillah, beliau sihat..kini sudah graduasi dan mendapat 'Master'! tersangat jeles diri ini yang hanya mampu berangan angan buat masa kini kerana masih belum berkesempatan untuk menyambung pelajaran ke tahap itu..( proud of u, geng!)..

hari ini juga bermula hari bekerja baru dalam minggu ini..
di terengganu, ahad merupakan hari yang 'tragis' kerana hari ini kami mula bekerja..hahaha
takde lah tragis sangat..cuma agak malas untuk bangun pagi pagi dan mandi..uuu
sejuknye...
kesimpulannye, herr.."tak perlu kata apa apa..senyumm.."
p/s: selamat petang ahad..=)

Followers