Apakah perkara yang paling sukar tapi perlu korang lakukan?
hmm, bila aku telitikan dalam diri..banyak perkara sukar yang sepatutnya aku sudah selesaikan tetapi sehingga kini, perasaan berbelah bagi itu masih timbul untuk perjelaskannya.
salah satu perkara paling sukar dalam hidupku ialah membuang sikap tak elok yang rasanya sudah sebati dalam diri. Misalnya, suka buat kerja "last minute". Memang sukar kan nak buang sifat nie..aku dah try dah, banyak kali..alhamdulillah, sebahagiannya berjaya tetapi tanpa aku sedari, ianya kembali dan kerap kembali..hee
p/s: sekarang musim nak menyiapkan kerja..arghh..sukarnya nak tumpukan kat kerja pada masa yang ditetapkan.
Lagi..aku sukar untuk membuang perasaan marah seterusnya memaafkan orang. bila ada seseorang misalnya yang sengaja carik pasal dan buat aku marah. Oh TUHAN, memang lepas marah tu, ada rasa kesembuhannya oleh jangka waktu atau melalui peristiwa peristiwa lain..tapi bila terserempak dengan orang tadi..Hah AMEKAW!! dendam kembali membara..
p/s: teringat zaman sekolah aku pernah kena seterika kat pipi oleh seorang senior. sampai sekarang, aku teringat nak langgar jer dy dengan moto kalau aku terserempak..hish..(astaghfirullahal azim)
Yang nie.."si gadis" selalu marah..erk, aku selalu buat kesalahan..and then..mintak maaf..and then tanpa aku sedari..buat lagi silap..(pardon me)..dan mintak maaf lagi..and ade kalanya..ia still berulang lagi dan lagi sampaikan maaf dariku itu dah basi..=( erk, tapi aku nak sangat berubah dan betulkan diri dengan niat tak mo buat dah..tapi "maaf lah" kalo masih belum berubah..=(
p/s: aku senang mengucap kata maaf..tetapi selalu melupai maaf tersebut..
Oke, yang nie agak besar dan menyebabkan "segelintir" orang maybe terasa..
aku memang sangat tidak berkira pasal duit..bukan aku orang kaya, tetapi entahlah bagiku agak sukar untuk aku menolak sekiranya kawan kawan ingin meminjam duit..masalahnya, kawan yang meminjam ini sukar membayar..dan ini merupakan perkara yang sukar untuk aku lakukan.."KUTIP Hutang dari KAWAN"..
p/s: kata Che Lah( senior kt pejabat), "baik jangan bagi pinjam sekurangnya hilang satu (kawan)..kalau bagi pinjam hilang dua (duit dan kawan)"
Haa..yang ini pun sukar, Menahan MENganTUK apabila STUDY... hmm memang sukar..bila start je bukak buku, mulut segera menguap, mata segera layu..tapi apabila bukak leptop untuk On9..HAAA!!!
amekaw..takde dah mengantuknye..
No comments:
Post a Comment