Powered By Blogger

Friday, May 28, 2010

oops, sory slalu x on9..

sekarang aku di mod bercuti sakan..huho..iye la, ku takot nanti akan dipanggil untuk menjadi facilitator untuk program di  politeknik itu..(x ingat name pe)
dan juga aku telah dipanggil untuk menjadi pembantu minggu mesra siswa untuk sesi baru di uitm..even aku serba salah untuk join oc lagi(da penat boh!!)
'aktiviti cuti terancam' di rumah, just lepak..cat rumah.,.huho, sebab abangku akan berkahwin..
oops..
xjemput..kakaka..
aku pon xtaw tarikh dy..n maybe aku pon xdapat hadir..so sad='(

Thursday, May 20, 2010

promote...promote...download and more...

nie blog izzuddin zulkefli yang kembali beroperasi..
bes jugak la sebab dy bagi link untuk kiter download free..
try la tengok..k..
 aku pown download cite kt sini gak..
kadang2..kakaka

owh..ye ke?

hari ini aku begitu bosan sehinggakan sanggup untuk mengecat rumah..
dan hari ini aku kembali mengadap leptop untuk mengetahui perkembangan alam facebuk dan bloggers..
lazimnya aku akan mendapat sedikit pengetahuan tentang kawan-kawanku yang juga busan kerana sedang bercuti..
nanti aku akan letakkan gambar PDSZA 10..besh taw!!

laila syamimi sudah kembali ke raub untuk bercuti, katanya mungkin akan join kami untuk menjadi facilitator di politeknik di awal bulan jun nanti..tewtapi beliau bersedih dan tertanya-tanya kerana ibunya menyuruh beliau bekerja di kedai kek..huhh..aku pon x taw gak nk jawab ape..
dan juga bosan kerana televisyen di rumahku rosak..langsung rosak..
dan kakakku seawal pagi lagi telah pergi bekerja..bukan aku rindukan dirinya atau meluang masa bersama nya, tetapi, beliau telah mencilok leptop ku..kureng aja..
dan juga hari yang panas tidak sampai ke petang..kerana hujan di tengah hari..jadi baju yang ku jemur..terpakse angkat alek...kakaka..
erm.pe lagi ek...owh..
dan naruto and bleach yang akahn ku baca di onemanga.com...memang besh..
dan aku mengarot setiap hari..
setiap waktu membazir tenaga..
setiap masa membazir duit..
aku memang kene cari kerja..hahaha
jom cari kerja...

p/s: izzuddin zulkefli kembali..aku pn tataw kenape aku tulis ini sebagai pesanan..?

Saturday, May 15, 2010

Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin ke-10

assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan sekalian, maaf kuucapkan kerana sudah agak lama diriku tidak 'on9'. ini berlaku dek kerana diriku yang menyertai PDSZA - 10..

 Piala Idaman...
aku ditugaskan sebagai ketua bagi pegawai delegasi. pegawai delegasi akan membantu mengiringi setiap pasukan IPT yang bertanding juga bertugas sebagai speaker dan time keeper untuk setiap sidang yang berlangsug. jadi agak berat jugalah tugasku sebagai pembimbing mereka untuk menjadi seorang pegawai delegasi yang berjaya di setiap sidang debat.
oleh kerana terlalu sibuk mem'bz' kan diriku, aku langsung terlupa untuk meng'hupdate' dan meng'comment' post kawan-kawan juga meng'balas' apa yang kawan-kawan telah post di blog ku..
xapalah..rasanya aku akan berjaya merehatkan diri selepas 18 mei 2010, hope so..
k..
semoga kawan-kawan selamat bercuti dan selamat berehat k..
selamat hari guru untuk semua..

Friday, May 7, 2010

jumaat yang menyedarkan.

hari ini hari jumaat, dan aku sebagai lelaki muslim diwajib ke masjid untuk solat jumaat.
sewaktu di masjid, ketika aku sampai, waktu agak awal, dan azan belum berkumandang..ku lihat ramai antara orang-orang 'berumur' didepan ku sibuk berbicara..
ketika itu timbul perasaan dan pertanyaan di fikiran ku, "mereka ini patut menjadi contoh"..fikirku.
dan sekarang..aku menjadikan mereka sebagai contoh supaya jangan kita ikuti perbuatan mereka itu..
sewaktu azan berkumandang, mereka masih lagi rancak berborak walaupun perbuatan mereka diperhati oleh kebanyakan manusia yang berada di saf-saf berdekatan..
tiba-tiba, muazzin ter'sebut' ayat untuk azan subuh iaitu "Assolatu Khairun mina.."..lalu berderailah tawa mereka-mereka ini..
sebenarnya, disini aku ingin menceritakan yang aku agak malu dengan perbuatan meraka ini, sebagai pelajar beragama islam, kita patut menghormati muazzin, sesungguhnya menjaid muazzin itu sangat tinggi pahalanya disisi Allah, betul lah, beliau sebagai manusia yang ditugaskan menyeru umat islam mengerjakan solat..
lalu, aku malu dengan perbuatan masyarakat sekelilingku yang turut sama bergelak ketawa ketika itu, bagiku kesalahan itu perkara biasa dan tidak patut bagi kita sebagai muslim mempersendakannya..

aku juga malu terhadap diriku yang selalu menggunakan suara untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, contohnya, pergi karok, mengumpat, mengeluarkan perkataan kesat, berborak perkara yang buang masa..sebagai seorang muslim, sudah jauh muazzin itu meninggalkan ku di belakang dalam mengutip pahala..

aku yang lagha..
kutulis ini sebagai ingatan kepada diriku..juga sahabat seislam sekelilingku, "gelak, gelak juga, belajar jangan lupa, lalala"..

p/s: huho, 'pengeluaran' yang bermakna bagi diriku..sukar perkara berfaedah untuk keluar dari 'kepala' ini..=P

Wednesday, May 5, 2010

AIDS yang menakotkan..

AIDSAware


Kairyuzai N Samm: AIDS Awareness
wow, aku agak kagum ngan mesej beliau walaupun kakak ini seorang yang garang..huhu..
AIDS mang sangat bahaya, dan aku teringat yang bahaya nie bukan kat mamat-mamat yang isap dadah tu jer taw..
bayangkan kalu sedara-sedara kite yg 'ter' kena AIDS bukan sebab dy isap dadah ataupun sebab dy wat hubungan badan..

aku ada pernah terdengar, walaupun tidak pasti kesahihannya, ada segelintir mamat-mamat yang isap dadah nie dan mang pasti dah kena AIDS, tetiba dorang jadi si mangkuk 'genius' lak ngan nk berkongsi 'jarum' tuh ngan orang len..
haa..nie yang kite takot..
ada kes, dorang ley jer letak jarum isap dadah tuh kt dalam pasir kat pantai, ish..taw2 jer kalu orang men kt pantai x pakai slipar, nanti, tercucuk tang situ, tercucuk tang sini..ish..jauhkan lah..
ada lagi kes, dorang letak lak kat tempat "air gedegang" tu yang kita beli seringgit dua puluh sen dan mang pasti lah susah nk nampak bile kite seluk tangan nk amik air tersebut..ish..'genius' gilo..

dan, agak sedih gak la sebab wujudnya penyakit cam nie kan..ok la, kakak nie harap kita support cause nie..dan aku pon harap gak..walaupon takot mamat-mamat pelik kejar aku t..huho
dan perkataan "saya beg kamu" buatkan aku rasa sangat nk support dy..huho

p/s :bukan beg sekolah ye adik-adik..dy seorang manusia..beg tu maksudnya bukan beg duit gak taw..xder kena mengena pun..

Tuesday, May 4, 2010

aku yang menulis "PEOPLE" itu..

huhu...paper hari nie berjaya gak aku setelkan walaupun agak ter'tido' banyak3 kali kat lam dewan tadi..
ntah pape la aku pikir tyme tido, tibe2 je sedar tengok ade perkataan "people"..huh?
aku yang lam kepelikan sempat agi kowt pikir2 n gelak2 sendirian tyme tuh...chewah..
akhirnya setel gak..
owh..ada lagi 1 paper..mang agak mantok gak paper nih..
semuanya sejarah..hoho..sejarah la..
sejarah perbankan islam..
tapi xpe..ley je kowt sedang-sedang..
owh..aku nak men2 post yang gempak tadi.. punya la banyak idea tme study malam smalam..
pas2..tingat la..leptop aku x available kowt..
hahaha..
len kali ar bro..
be aku study kn?...kn3?
hehe..
macamla aku ley study..=P

Monday, May 3, 2010

gud luck untuk sume..n aku juga

kawan2..sori buat kawan yang baru, n kawan yang lama..
bukan aku sombong sebab x nk reply, or masuk koranbg nyer page..tapi masa agak suntuk..n aku pown ade lagi 2 paper 'killer'..
maybe susah sket nk online lg satu sebab kakak aku da pinjam leptop..harap dy beli leptop sendiri cepat2..
n lagi satu..
harapnye korang doakan aku sekali k...hehe
sok paper..n lagi satu 8 haribulan..
pastu ley wat sibuk sal debat piala Sultan Zainal Abidin lak..
k la..
gud luck sume..

Saturday, May 1, 2010

waaaaa...aku xder leptop..

huhu..sedey kn?
tapi ini lah hakikat yang terpaksa aku tempuhi sekarang..huho..(gaya cam sedey sangat jer)
akceli, leptop aku telah aku berikan kepada kakak aku @ kak sara yang baru ajer datang semalam..huho..
niat kat hati nie nk bagi pedoman kat jiran tetangge..ehh? xpon..akceli nk bagi pedoman kat diri aku sendiri supaya rajen la sket mentelaah pelajaran..ye dak?
huhu..
tapi..menambah tensen lak ase..
pabila di pikir2..adoi..sumber ilham aku ade kt lam leptop..(gambar si 'malam)
xley la tengok hehari..wakaka..
just dapat msg n imagine je la..kikiki..
k la..da lari dari topik..
ok, back to study..



p/s: kepada kawan-kawan ku yang telah habis paper exam..
aku jeles ngan korang!!!

Followers