Powered By Blogger

Wednesday, April 28, 2010

Lelaki terbit dari laut..

pada suatu malam, sedang spongebob dan patrick berkejar-kejaran kerana di bikini bottom x der jam..seorang lelaki sedang berjalan tiba-tiba keluar dari laut dan terus ke pantai..damn..(ini bukan citer makhluk asing)
lelaki itu bertangan 8..sekali imbas, ianya seperti makhluk jaat dari kapal Davy Jones lam citer Pirates of Carribean, tetapi yang pasti wajahnya seperti manusia..
badannya sedikit gelap. berambut pendek tetapi bukan botak. bermata boolat. beliau tinggi tetapi masih tidak dapat menandingi Yao Ming, pemain basketball itu. lelaki ini kurus, mukanya sedikit cengkung.
beliau kelihatannya selalu keluar masuk dari kawasan UiTM.

 ini dilukis oleh seorang budak namanya ALI

alamak, aku dikesan..
perlu segera post kerana takot beliau delete..

sekiranya jumpa makhluk ini, jangan didekati..(beliau sedikit lembut) takut korang janggal..segera laporkan di ruangan komen..k..bye.(alamak!!)

Tuesday, April 27, 2010

ALI

 
ini ALI..beliau sangat busan kerana beliau tak tahu ape yang nk di buat. ALI sangat ingin untuk jadi seperti AH-SENG yang punya kereta besar..vroom..vroom..lalu didepan rumahnya..ALI ingin menaiki pesawat terbang FARID  yang boleh membawanya jumpa dengan burung helang..fikirnya.
semua itu ALI pelajari daripada kotak-kotak banyak di tepi tilamnya.
dahulu ALI tidak begini. dahulu beliau dapat berlari-lari seperti anak muda lain, mengejar gadis-gadis sunti. pulang ke rumah malam-malam. pergi makan goreng pisang di kedai Pok Cik Tepi Pantai..
namun semuanya berubah bila tiba satu hari..
ALI tertidur dibawah pokok kelapa dimana waktu itu, si Jenin sedang berangan di atasnya. tiba-tiba dunia ALI gelap seketika..saat berubah pabila ALI ternampak kelibat manusia keluar dari air. sangat pelik jika diamati kerana lelaki itu berkaki lapan..
ALI segera berlari dan menceritakan pengalamannya kepada Pok Cik Husin..
dan..inilah tempatnya..disini..kawan-kawan baru ALI begitu seronok bermain..mereka lupa ada genius sedang berfikir untuk menukar television kepada kapal terbang.

Sunday, April 25, 2010

huh?kenape ek?

kenape nafsu digandingkan dengan perkataan 'hawa'?
selalu aku fikirkan..(walaupun bukan selalu..).
mungkinkah sebab..ADAM..xdapat digandingkan dengan nafsu..atas sebab sebab tertentu..
misalnya..

hehe..xley la letak 'nafsu'..sebab..adam..da ada fahmi..wakaka..


p/s: promote adam sket..adam adalah rakan sekelas ku..hehe (maaf ye adam..)

cane nk pisahkan nafsu daripada hawa?
jawapannya..
kalau..
hawa..+ peng? =peng'hawa'..hehe..xley gak nafsu..
kne letak dingin la kan? = penghawa dingin..
wakakaka

esok Islamic Economic..lusa Managerial Economic..

malam nie sedikit sibuk kerna esok saya akan berdepan dengan paper yang agak susah..Islamic Eco..
banyak kena hafal ayat Qur'an..huhu..ruang dalam otak yang sempit nie cam banyak xdigunakan lagi..kena hafal lagi..hehe..
ok, nk hafal dlu..
err..2:275..riba...al-mukminun: 8...trust..al-jumaah..err..Aali-Imran..
ok..t la bg post yang x sibuk..huhu pas paper Managerial eco lusa..huho

p/s: aku study mang sepah2..

Saturday, April 24, 2010

erk..saat genting..99 orang..

uish..dup dap..dup dap..

Friday, April 23, 2010

satu tengah hari yang panas terik..

dengan tiba-tiba aku berpeluh...
nasi yang ku suap ke mulut terasa sedap..da habes..urkk..kenyang..
aku makan nasi kukus di kedai nasi kukus..
tengah hari yang lapar dan panas nie..mang sedap pekena nasi kukus..
fuhh..
tambah lagi dengan teh o ais..ayooyo..fevret2..
hehe..
selepas itu..
kami balik rumah..
dan..
aku sakit perut..=,="
"tu yang x bes tuu..waaaa..cirit..tepi2..nk g jamban!!"

Wednesday, April 21, 2010

sesegar mata yang kuyu..

nak ido dah eh, sok pg paper start kul 9.00 am..huu cuak takot lambat bangun..
huu..td aku solat hajat. terfikir lak eh, "tyme cam nie baru nk berdoa, mintak tolong dari Allah, tyme wat jaat, lewatkan solat, even tinggal solat pun..langsung x pikirkn tyme camnie, ye dak?"
tapi tetibe timbul lak kat kepala aku yang "sib bek aku still ley solat, at least aku berdoa la gak daripada aku wat jaat, tinggal solat, tinggal ngaji sume..seb bek ada final exam, kurang2 ley sedarkan orang biol cam aku nie dari terus wat onar kn.."
syukur alhamdulillah..
..................................
dan aku yang kureng..sempat lagi wat post even aku taw yang study ku dr kelmarin x pernah cukup ntuk bagi aku dapat markah seratus lam final..(carry mark pon cukup makan=P)..ok, back 2 study sebelom tido..tata

Tuesday, April 20, 2010

woh..paper beliaw!!

woh..sok si laila syamimi akan menjawab paper pertama beliau..
dan aku..sebagai pendorong..

wohh!!
GUD LUCK SAYANG!!..
hehe

Monday, April 19, 2010

sah aku mereng

aku nyanyuk..sampai tangga nak naek ke kelas tingkat 1 pown aku lupe..juga lupa kat mane handset yang sedang aku pegang..apekah? apekan daya..otak lelaki mang susah sket nk berfungsi tyme 'mereng' camnie..dek kerana belaja CTU-hubungan etnik, Fiqh Muamalat dan Managerial Eco serentak kowt..wakaka..memang 'mereng'..
tapi bes gak..sampai lesu badan..
ase cam kepala pusing-pusing pon ade..
xpasal2 aku terfikir akan gado ngan mimi sebab 'bulan' bakal datang lagi..kat dier sebab dier 'malam' a.k.a 'laila' syamimi..namenye..
dan juga dek kerana diriku yang separa 'mereng' nie..haha
bilik sepah2..malas agi ase nk kemaskan..maklumlah..feeling dier x datang..
bile da datang 'feeling'..smooth jer kua..(ish..habat, tu masuk topik laen)..
nantilah aku kemaskan..lepas ada bunyi2 kurang enak daripada makhluk2 IQ tinggi yang berat bontot nih..
ok lah..puas dah asenye mencarot..uish..mencarot itu maksudnye bercakap perkara kotor ke mengarot meraban ek?
soalan yang x patot timbul bagi budak nak pekse cam aku nih.."oit hazwan..pegi study lah!!"

p/s: babai..(ntah kenape ase nk wat p/s lak)..sah aku mereng..

Sunday, April 18, 2010

aku kena mula belajar..

pabila ku bangun daripada tidur, perasaan ku sangat gusar. aku yang bakal menghadapi peperiksaan akhir dalam semester ini, tetapi masih lena tidur sedangkan kawan-kawanku semua sudah mula 'berperangai gila'..
adakah diriku terlalu pandai?tidak..jauh sekali untuk dikatakan bakal pelajar yang akan cemerlang..
tetapi, entah mengapa, diriku seakan tiada deria rasa untuk berusaha seakan mereka..kagumku terhadap sikap mereka..tetapi diriku sendiri sekadar kagum, namun tidak cuba berusaha seperti mereka..
aku gila..
jangan layan aku..
ok..
da puas menaip..haha hilang bosan untuk hari ini..
aku akan kembali lagi..
sekarang masa untuk kembali belajar..kerana aku salah seorang yang tidak tidur..
dan yang nyenyak tidur itu..?
hehe..=P

Saturday, April 17, 2010

sori la..gne paint jer..aku x der scanner=P

lalalala..aku rase da terlalu addicted nk melukis...
tetapi..sayang kertas n dakwat pen lak..
nanti da abes paper exam, ley la aku lukis bnyk sket kowt..haha

aku maw hepi..

wah, final exam tggal lg 4 hari untuk bermula..
hatiku berdebar-debar..
sedih, gembira, takut..semua bercampur gaul dalam hati yang satu ni..
bayangkan, aku gembira kerana selepas exam, aku tidak perlu berfikir untuk ke kelas lagi..
aku takut kerana sebelum aku dapat bergembira, aku bakal menghadapi final exam yang belum tentu menjamin aku dapat keputusan yang cemerlang..
dan aku sedih..kerana selepas tamat semester ini, 'malam' bakal menyambung degree yang entah dimana tempatnya..
wahh..
tapi, sebelum itu semua berlaku..
aku mesti hepi..
aku nak hepi..
habiskan waktu dengan si 'malam'..
belajar sehingga lupa waktu..
dan menjalani hidup seperti orang x cukup makan..
haha..
iyela, duet pon da xder akhir-akhir sem nie..=P
wakaka..nk tolong? klik la nuff..hak3
hehe..aku lukis budak lidi atas..sebab aku kurus cam lidi..lalala

Wednesday, April 14, 2010

apabila "Hello" mendahului "assalamualaikum"..

bila ku sedari, sudah jauh diri kita meninggalkan "jalan asal"..
kembalilah..
"Allah sentiasa ada untuk kita,jangan jadi kambing..yang x kenal sape tuannya.."
...........................
teringat lyric lagu Wali - Aku Cinta Allah
..."Allah jangan tinggalkan aku lagi"...
aku merasakan sangat tidak wajar lirik lagu ini jadi begini..
kerana bagiku, Allah idak pernah meninggalkan kita, hanya kita, hambaNya yang sombong dan angkuh..meninggalkan "jalan Selamat"..
lihat lah diri kita, adakah kita "mendahulukan agama" dalam setiap perbuatan?
adakah kita bakal dapat keberkatan kalau men amik "separuh-separuh"?
fikirkan lah..
aku bukan sempurna..
bagitahu padaku sekiranya aku salah..
perbetulkan aku..

Tuesday, April 13, 2010

men'curi' masa

terasa diri aman seketika bila diriku tidak terfikirkan soal yang lain selain dari ...*.!!wahaha..
aku fikirkan ape sebenarnya?
adakah fikirkan final exam yang dalam seminggu lebih lagi bakal menjelang akan membuat diri kita tenang?
atau memikirkan akan melakukan presentation di depan khlayak ramai sebentar lagi akan buatkan aku tenang?
mengong la otak aku..xpatut rasanya aku tenang sekarang disebabkan masalah-masalah yang sering saja timbul..
aku terima nasihat daripada kakak yang comment di postku yang sebelum ini, kata beliau, aku sepatutnya jangan cepat mengalah..kalau nk letak jawatan, patut letak jawatan dengan betul...fuuhhh..
haha..
thanks kakak..
sebenarnya tidak perlu, masalahku yang timbul sebelum ini, semuanya da selesai satu-persatu..ada yang jadi perkara yang baik, ada juga yang jadi perkara yang kurang baik, sekadar iktibar kepada kita semua..
alamak..
presentation..
dadadada....

p/s: thanx kawan kerana support, sory sebab da lama x post 'sumthink'..aku kan selalu post selepas ini..

Monday, April 5, 2010

sekadar bualan kosong sang makhluk

mungkin hari ini adalah antara hari yang paling memenatkan sepanjang semester ini di UiTM, bayangkanlah aku langsung tidak berupaya untuk membuka mata ketika di kelas investment petang tadi..
dalam minggu ini, bermula sabtu malam, kami sudah seperti tidak berupaya untuk melelapkan mata menjelangnya malam. assignment, test, projek dinner untuk kelab ISBAC, antara yang kami kerjakan dalam minggu ini..
1st time aku dikerahkan untuk mengerjakan jawatan ketua projek..huhu..xsanggup dah weyhh rasenye..wakaka..
kesimpulannye, kawan serumah ku berkate.."eyhhh, where ader? ingatkn lari dari rumah dah!!". sebaliknya aku ke rumah pada pukul 6.30 petang, iye la, kami gerak ke kelas seawal 7.48 pagi, dan mereka-mereka ini belum pun masuk ke fasa bangun tidur. masih di bayangi mimpi-mimpi indah. hehe bestnye kalau dapat kembali ke alam persekolahan, sewaktu dikejar guru disiplin kerana lambat ke kelas. tiada pun tercalit di fikiranku ketika itu yang aku bakal menjadi seperti sekarang. berkejar-kejaran mengejar masa untuk menyiapkan tugasan. aku bertembung dengan beberapa kawan dari kelab debat dan pidato. kata mereka, "where, mu kena marah baru ni ngan penasihat kelab sebab dah langsung tak nampak batang hidung sewaktu meeting". aku hanya memberi alasan sibuk dan terlupa. sebolehnya, aku berharap agar mereka melucutkan jawatanku sebagai ketua pegawai delegasi PDPSZA itu. kerana, diriku seperti sangat terbeban oleh tugasan-tugasan. langsung tidak berupaya mentelaah pelajaran seperti semester sebelumnya.
ok lah, rasanya sudah sangat banyak aku mengarut dan membebel disini. sekiranya diriku tidak berupaya melawat serta memberi jawapan di blog kawan-kawan dalam minggu ini, jutaan kemaafan ku pohon, bukanlah maksudku hendak berbuat demikian, sekadar diriku kurang berkemampuan untuk mengejar semua perkara ini serentak. terima kasih.

sekadar kata-kata indah dariku:
 - manusia kelihatannya sangat obses mengejar cahaya, mencipta pelbagai lampu agar tidak bergelap, namun sedarilah bahawa semakin hari, hatimu yang bergelap kerana tersesat dalam cahaya yang kamu cipta sendiri.
conclusion..kejarlah 'nur' hidayah dari tuhanmu..

Saturday, April 3, 2010

aku surrender..xlarat..

waaa...hari yang sibuk..
semalam kami bersukaria..
di family day fakulti pengurusan perniagaan..
sekarang, pukul 4.54 pagi..dan kami masih berjaga untuk menyiapkan kertas kerja serta assignment..
pukul 9.00 pg nanti perlu ke unit Hal Ehwal Pelajar untuk interview..
kemudian ke perpustakaan..hantar buku..
kemudian perlu menghubungi en. zubir, untuk berurusan tentang majlis makan malam isbac..
kemudian kelas pada pukul 2 hingga 6 petang..
..................................................
aku terlupa untuk ke meeting kelab debat malam tadi..
mungkinkah jawatanku akan dilucutkan..
alhamdulillah sekiranya begitu..
haha..
aku sudah tidak larat lagi..

kekalahan itu biasa..kemenangan?..normal..

Manchester United kalah 1-2..
uish.."malam" jangan bangga lebey2..
haha..
........................................
ISBAC menang family day pengurusan perniagaan..
ad dari kalangan pasukan lain kurang berpuas hati..
korang patut bersiap sedia la..
da kalah, nk banyak bunyi lak..wakaka..
kitorang ada hero..
"abg lan"..yang bace doa..yay..lalala..

Terengganu sedang berjuang menentang Kedah..ketinggalan 1-2 setakat ini..hmm..sukar ntuk menang..usaha..chaiyok2..

Thursday, April 1, 2010

kisah "malam" dan "pemberian"

"malam", "pemberian" ingin mohon maaf..
"malam" merajuk dengan "pemberian" waktu ini, kerna perbuatan "pemberian" di siang hari tadi..
"pemberian" berasa sangat sesal dengan perbuatan bodohnya itu, harapnya "malam" tidak terus pergi meninggalkannya..dengan mesej akhir sesejuk ais, "malam" membuat "pemberian" menunggu..
bagaimanapun "malam" tetap meninggalkan "pemberian" berseorangan, walaupun katanya dilaman 'mukabuku' yang beliau merindui "pemberian"..
namun, tidak pula dirinya menghubungi "pemberian"..
"pemberian" tertanya-tanya, bagaimanakah mahu memujuk "malam"..
sekiranya tiada "malam", maka "pemberian" akan terus lesu dan tidak bertenaga..
"malam", harapnya dirimu mengingati "pemberian"..
"pemberian" sangat merindui "malam"..
......................................................................
"pemberian", "malam" sangat merinduimu..
"malam" baca di laman 'mukabuku' "pemberian", yang "pemberian" merindui "malam"..
sesungguhnya dirimu salah anggap dengan perbuatan "malam"..
"malam" sekadar ingin memberi waktu untuk "pemberian" bersama teman-teman..
"malam" ingin lihat "pemberian" gembira dibawah sinar sang suria..
"malam" pergi ke tempat yang jauh dan mungkin "pemberian" dan "malam" tidak akan bersua untuk seketika..
sekadar menguji rasa hati, benarkah akan saling merindui..


p/s: anggaplah "pemberian" dan "malam" dua makhluk saling memerlukan..dua makhluk bukan sejenis..

Ranggi Metropolis


Artist: Wings
Saat ini di mana degupan ah...
Sehari sebulan setahun menunggu
Datang ke kota simpang berjuta
Apa tahu cari jalan pulang

Semakin dekat semakin jauh
Semakin hampir sampai penamat hilang
Kita tahu bukannya ke mari
Kabus asap timbul hilang tak menentu

Lorong-lorong hitam
Gelap berpelita
Mana lorong terang
Belum lagi jumpa

Berapa lama aku mencari
Bulan belum jatuh lagi ke riba
Mana kenal apa itu jemu
Panas api yang mengalir di belakang

Di lorong-lorong gelap
Cukup sekali datang

Luka sendiri membalut hati
Lantas terpatri di belakang mimpi
Terlepas dari cengkaman hari
Hanya debu berterbangan bebas

Lorong-lorong sesak
Kerumun mangsa rosak
Nafas degupan ah...
Tak kontemporari ranggi

Semakin dekat semakin jauh
Semakin hampir sampai penamat hilang
Kita tahu bukannya ke mari
Kabus asap timbul hilang tak menentu

Di lorong-lorong hitam
Gelap berpelita
Mana lorong terang
Belum lagi jumpa

Di lorong-lorong gelap
Cukup sekali datang
Nafas degupan ahh...
Tak kontemporari ranggi
 
p/s: kitorang nyanyi lagu nie malam nie..wakaka

rungutan dan boo sangg..

hari nie..kawan-kawan serumah ku, akan pulang ke kampung masing masing..
aku pula terdampar disini..
rasanya hendak saja diriku pulang dan ponteng meeting kelab debat juga isbac..woo..
tapi nanti kne boikot..haha..aku bukan lah kejam sangat..
alamak, dikurniakan jawatan serta tanggungjawab memang sukar bagiku..
aku bukan lah seorang yang berdisiplin, malahan kalau hendak dibandingkan dengan kawan-kawanku, aku nie sepatutnya adalah antara pilihan terakhir..uish..
- aku yang lagi satu: "bwat jer la kerja tu..jangan merungut!!"
- aku yang ini: "baik tuan!"

Followers