Saturday, November 3, 2012

hantu di sekeliling kita

hantu..
banyak kisah hantu yang terjadi di sekeliling kita..
hmm...sewaktu sekolah..sewaktu di universiti..di rumah rumah sewa..jalan jalan yang sunyi..
pendek kata, masyarakat kita memang tidak lari dari memikirkan tentang aktiviti paranormal sebegini..
hantu di gambarkan buruk rupa dari segala aspek..
berterbangan..mengengsot..macam macam lagi yang buruk..

juga ada hantu yang baik rupanya seperti zizan..hantu juga, namanya hantu kapcai..
jelasnya..
masyarakat kita sekarang pun tidak jauh bezanya berbanding hantu..muka yang elok di burukkan dengan macam macam ciptaan..yang pasti..hantu pun akan segan untuk bersua dengan mereka ini..

berbalik pada kisah hantu tadi..ini salah satu hantu yang berjaya dirakam oleh manusia..
saya tinggalkan link:
hantu wanita tiada kaki..

Friday, November 2, 2012

maksud dan pengertian bacaan dalam solat

Allah Maha Besar


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

P/S: aku jumpa ni dalam komputer aku..dah lama benda ni aku simpan..semoga kita dapat menambah kekhusyukan kita dalam menunaikan solat. insyaallah..

Thursday, November 1, 2012

pagi jumaat...

oke, memulakan post mengarot menganjeng habes..
setengah jam yang lepas langit cerah disulami bunyi burung merpati dan ayam ayam kampung berkicauan dengan galaknye menandakan hari ini hari jumaat dan wikend untuk aku..
tiba tiba terdengar suara sayup sayup dari tingkat bawah..
"wannngg..wanggggg..mok panggil"
itulah adikku yang suaranya sedikit garau dan pekat loghat teranung memanggilku untuk bangun dan menghentikan tidur tanpa mimpiku..
"babpe?" balasku sesambil menggeliat dan membaiki ain pelikat yang ku pakai..
"tangkap ayam tu..ye berlaga..abih bekok mate"..seru ibuku sambil menjuihkan mulut pada ayam jantan yang sedikit kurus dan tidak bertenaga..
aiseyh..ayam  ni pandai pula, tahu aja bila kita nak tangkap dy..
selang 10 meter lg..dy dah memulakan larian solo berdesup ke rumah jiran yang sememangnya tidak pernah aku jejaki kerana anak gadisnya yang ramai..juga kerana aku berpelikat..oh.."Allah selamatkan kamu..ayam, nanti petang kita deal balik.."
masuk ke rumah..
....................................................................................................................
baru nak menyambung misi 'cuti' aku hari ini..
terfikir mengenai handphone nokia ku yang di bergayut gayutkan bersama si gadis..hmm..
"mana pulak henpon murah ni.." intai punya intai..kat celahan katil..urgh..kerja gigih semua ni..tak jadi aku nk sambung cuti..do..
...................................................................................................................
bingkas bangkit ke meja komputer..
hmm.."bukak FB lah"..fikirku..arghh..tiada apa yang ingin aku postkan kerana kepala yang masih mamai..
jadi aku meneruskan dengan..'like'..

dem.. itu lah fb..
...................................................................................................................
langit bertukar gelap dan kelam..
suara burung dan ayam tidak kedengaran..
bunyi titisan hujan menghadirkan rima rima membasahi bumbung rumahku..
Alhamdulillah..satu hari bersama 'rahmat' yang mencurah ke negeriku terengganu..
bersama hujan..
semangat bangkit menyegarkan pagiku..
"jangan buang masa lagi"..bentak hati memberikan satu misi..

.........jeng, jeng, jeng..........................

Anuar Zain : Jangan Bersedih Lagi..

Kekasihku ,
Jangan bersedih lagi... Keringkanlah titisan air mata di pipimu..

Kekasihku
Tabahkan hatimu ...Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda ...Melenyapkan
Impian bersama

Jangan dikesali ..Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya ...Membuahkan bahagia

Kekasihku
Aku tahu ...Kita sama saling percaya
Tidak pernah ..Ada dusta

Kasih antara kita

Jangan berduka..kekasihku
Jangan berdendam pada sesiapa

Bersabarlah
Menerima ...Segala-galanya dengan redha

Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi ..Aku masih mengharap
Segalanya kan ..Berulang semula

Followers