Powered By Blogger

Thursday, November 1, 2012

pagi jumaat...

oke, memulakan post mengarot menganjeng habes..
setengah jam yang lepas langit cerah disulami bunyi burung merpati dan ayam ayam kampung berkicauan dengan galaknye menandakan hari ini hari jumaat dan wikend untuk aku..
tiba tiba terdengar suara sayup sayup dari tingkat bawah..
"wannngg..wanggggg..mok panggil"
itulah adikku yang suaranya sedikit garau dan pekat loghat teranung memanggilku untuk bangun dan menghentikan tidur tanpa mimpiku..
"babpe?" balasku sesambil menggeliat dan membaiki ain pelikat yang ku pakai..
"tangkap ayam tu..ye berlaga..abih bekok mate"..seru ibuku sambil menjuihkan mulut pada ayam jantan yang sedikit kurus dan tidak bertenaga..
aiseyh..ayam  ni pandai pula, tahu aja bila kita nak tangkap dy..
selang 10 meter lg..dy dah memulakan larian solo berdesup ke rumah jiran yang sememangnya tidak pernah aku jejaki kerana anak gadisnya yang ramai..juga kerana aku berpelikat..oh.."Allah selamatkan kamu..ayam, nanti petang kita deal balik.."
masuk ke rumah..
....................................................................................................................
baru nak menyambung misi 'cuti' aku hari ini..
terfikir mengenai handphone nokia ku yang di bergayut gayutkan bersama si gadis..hmm..
"mana pulak henpon murah ni.." intai punya intai..kat celahan katil..urgh..kerja gigih semua ni..tak jadi aku nk sambung cuti..do..
...................................................................................................................
bingkas bangkit ke meja komputer..
hmm.."bukak FB lah"..fikirku..arghh..tiada apa yang ingin aku postkan kerana kepala yang masih mamai..
jadi aku meneruskan dengan..'like'..

dem.. itu lah fb..
...................................................................................................................
langit bertukar gelap dan kelam..
suara burung dan ayam tidak kedengaran..
bunyi titisan hujan menghadirkan rima rima membasahi bumbung rumahku..
Alhamdulillah..satu hari bersama 'rahmat' yang mencurah ke negeriku terengganu..
bersama hujan..
semangat bangkit menyegarkan pagiku..
"jangan buang masa lagi"..bentak hati memberikan satu misi..

.........jeng, jeng, jeng..........................

1 comment:

  1. haha. misi apekahh ? nanti sambung ea. da sambung, jangan lupa bg link :D

    ReplyDelete

Followers