Powered By Blogger

Tuesday, October 30, 2012

kami budak lama lama..

sewaktu kami kecil dulu, banyak yang kami tempuh..kini semuanya berubah..kadang kadang rindu pula pada zaman dahulu..perkara yang ada dulu dan kini ada yang berubah..itulah nostalgia zaman kanak-kanak kami..

Dahulu dekat perpustakaan budak budak selalu masuk tgk buku..tgk buku yang bergambar sahaja terutama buku gambar binatang cam national geographic tu..kalau baca buku pun, mesti baca buku cerita yang nipis nipis aje..hehe

Tapi bila program nilam, semua sibuk ke perpustakaan, baca sinopsis buku kt belakang tuk salin..perpustakaan bergerak datang sebulan sekali, yang ada kad perpustakaan bergerak aje yang selalu naik, pinjam satu buku..kongsi 10 orang sebab yang lan sibuk nak baca..

bila RMT pagi pagi, ramai yang ada nama datang lambat..yang takde nama sibuk nak makan jugak..selalunya budak gemuk dan kaya sibuk nak makan, yang ada nama kurang pulak nak makan..

kat kelas, pakai pensel box yang ada sharpener..pensel bok pulak yang boleh bukak depan belakang..pensel nak yang ada pemadam kat belakang, yang berbunga bunga HB tu, pensel 2B tak nak pakai sebab selalu patah dan takde pemadam..

Dahulu kat skola ade orang datang jual buku cerita. hari ni bagi list, esok minta duit beli walaupun cerita dalam buku tu dah tau.
sama juga tuk yang jual vitagen.. cikgu bagi list hari ni, esok bawak duit..
dulu juga van Milo dan Nescafe selalu datang ke sekolah dan ramai budak yang beratur tuk dapatkan air free termasuk cikgu..


Main lawan pemadam, pemadam pulak nak yang leper dan lebar so senang menang, masa nak padam, pinjam pemadam rakan sebab sayang nak guna pemadam sendiri untuk main lawan pemadam..
ada yang pakai pembaris bergerigi yang ada air dan benda kelip kelip kat dalam..

Cikgu guna pembaris kuning yang ada pemegang kt tengah, biasanya cikgu guna pembaris tuk tunjuk papan hitam dan rotan budak nakal..
bulu ayam pun jadi rotan gak..

kalau yang duk kt kampung, main laga buah getah..buah getah tu korek keluarkan isi kemudian titikkan lilin kat dalam..yang lagi 'Hardcore' titikkan timah terus..

lagi main ikan laga, pagi jumaat semua keluar awal nak ke bendang tak pun ke kolam tuk menangguk ikan laga..di terengganu ikan laga dipanggil 'Sekilau' dan kalau nasib tak baik, nak menangguk sekilau tapi dapat ikan 'Karin'..haha mengail pula pakai batang salak..tali pendek je, batang salak yang panjang..mengail ramai ramai kt tali air..umpan pulak cari cacing..bila cacing habis..pergi tangkap belalang sebab senang nak tangkap jadikan umpan 'bidang terjun'..

kalau abang abang pulak main lastik yang buat dengan kayu..beli getah lastik kat kedai harga 20 sen..lepas siap, sangkut kat leher tak pun sangkut kat kepala..yang adik adik ikut jer abang sebab adik mak marah main, takut terlastik mata..bila dapat burung, bangga tak terhingga lah..

masa kita kecil, tak kenal apa itu batasan..kotor ke..jauh ke..sakit ke..
budak budak sekarang, takde itu semua..mereka tak kenal selut dan duri..haha
bila di tanya.."err..kotor lah..bahaya lah.."
hehe..kamilah eksperimen untuk dalam mencari experience..zaman sekarang, berudu dengan ikan pun budak budak tak dapat bezakan..huhu..berat 66..

p/s: ada yang aku copy paste jer dari blog orang..sebab bila aku baca..nostalgia tu mengingatkan aku..perkara sama yang berlaku keatas kami..hepi jer jd budak2..haha

No comments:

Post a Comment

Followers