Alkisah pengemis bertemu dengan seorang pegawai kerajaan di sebuah bandar kecil.
"tuan tolonglah. sudah dua hari saya kelaparan. hulurkan sedikit bantuan untuk saya."
"ya, saya faham masalah kamu. tapi sebagai seorang pegawai saya tidak boleh mengeluarkan wang kerajaan begitu sahaja, kamu perlu mengisi borang terlebih dahulu."
"saya hanya memerlukan wang sekadar untuk membeli makanan untuk hari ini cukuplah."
"ya, saya faham.tapi kamu perlu mengisi borang juga."
"baiklah. berikan saya borang itu."
"oh, disini tidak ada borang itu, pergi ke unit bantuan."
"di mana?"
"di tingkat atas."
pengemis itu pergi ke pejabat yang dimaksudkan.
setelah mengisi borang, dia pun menyerahkannya.
"bila saya boleh mendapatkan bantuan?",tanyanya.
"kami tidak pasti bila,borang ini perlu diserahkan kepada pegawai atasan untuk diluluskan."
"selepas itu barulah saya mendapat bantuan ya?"
"kamu perlu menunggu sehingga kami menghantar pegawai penyelidik untuk menyelidik latar belakang kamu."
pengemis kebingungan.
begitu sukar untuk beliau mendapatkan bantuan untuk membeli makanan dihari itu.
"bilakah pegawai penyelidik akan datang menemui saya?"
"itu bergantung kepada proses dan kelulusan pegawai bahagian penyelidikan. setelah laporan selesai,satu surat pengesahan akan dihantar kepada unit kewangan dan disana, satu surat kelulusan akan ditandatangani oleh pihak bendahari yang akan membolehkan pegawai kewangan mengeluarkan wang tersebut.
dan kamu hanya boleh datang mengambil wang bantuan selepas dikeluarkan surat panggilan bercop pentadbiran."
"apa yang boleh saya buat sekarang?"
"tunggu pegawai penyelidik datang, sekarang beliau sedang menyelidik latar belakang pemohon lain, sekiranya sampai giliran kamu, barulah mereka akan melawat kamu."
"tetapi saya lapar,saya perlukan makanan untuk hari ini."
"maaf, kami perlu mengikut prosedur.kamiingin pastikan tiada penyelewengan berlaku dalam pengeluaran wang."
"tuan sendiri tidak boleh membantu saya?"
"maaf, saya pegawai kebajikan, bukan badan kebajikan"
p/s: realiti hari ini..walaupun mungkin tidak sekejam ini..
tetapi..birokrasi memang menyusahkan..
tiada salah berbudi bicara..tangan yang menghulurkan itu berjuta kali lebih baik dari yang meminta..itu pun kalau ikhlas...
credit to : majalah SOLUSI =)
yeyyy.../ Hha
ReplyDelete