haha..kat BCR slalu dorang tanye asal nama 'where'..oke macam nie ceritanya,
nama diberi sewaktu kecil oleh parent ku ialah mohd hazwan bin kamarudin..kemudian bila meningkat umur..banyak lah pula nama panggilan yang melekat kat aku..
salah satunya ialah 'where'..
nama nie aku dapat masa aku first time masuk belajar di UiTM Dungun dahulu..
sewaktu mengambil jurusan perbankan di UiTM Dungun, rata-rata clasmate ku berasal dari Besut, Kuala Terengganu dan Kelantan..kebanyakannya berasal dari Besut..so, apabila dorang bercakap.."slanga" Besut dan Kelantan dorang itu menukarkan perkataan 'wan' kepada 'werrr' @ where..
oke, sekarang aku bekerja di kuala terengganu..ramai sahabat ialah orang pure terengganu..
bila berkawan dengan orang terengganu pula, kebanyakan dorang akan panggil aku 'wangg'..biasalah tu..
teringat pula ketika aku bersekolah di Bangi..
dek kerana aku seorang sahaja yang berasal dari terengganu..maka dengan serta merta namaku ditukar kepada 'ganu'..(=,=") haishhh..xder lah marah pun kan..terasa macam mengumpul koleksi nama pula..
sampaikan junior-junior pun panggil aku 'abang ganu'..(T,T") haishh...
oke, ketika aku bersekolah di SMAASZA, Kuala Terengganu..
aku masuk ke sini masa form 1..masa itu beringus lagi lah..cakap pun tunduk ajer..keh3
oke, nak dijadikan cherita..ada lah seorang ustaz tu..agak garang..semua pelajar takut kat dia sebab dia selalu bawak rotan panjang sambil habit dia kejar orang yang tidak turun study..
oke, senior aku cakap muka aku macam muka ustaz tu..(O,o")?? hoh?
so, diorang panggil aku 'ustaz aziz' sampai lah sekarang..wahhhh..
sampai sekarang kot senior ngan schoolmate aku dari SMAASZA panggil aku ngan nama tu..
cheittt..sampaikan ustaz aziz tu pon kenal ngan aku..(T,T")..
oke..tamat cerita sal nama-nama panggilan pada aku..
p/s: apa pun nama panggilan daripada orang kepada kita..jadikan ianya suatu yang positive (+ve), berkelakuanlah yang baik-baik moga yang diingati mereka terhadap kita adalah suatu yang baik.
No comments:
Post a Comment