hadoii..kepala sakit..
kata si dia, ini gara gara aku makan megi..
alamak! terkantoi sudah..
ape pun..
jagan selalu makan megi ye adik adik..
dan aku terasa maw menggunakan cuti untuk berehat sehari di rumah..
oke x?
Monday, October 15, 2012
Mata Pencarian yang Halal..
hari ini aku ke kawasan Tok Jembal dan Gong Badak. Tugas kami sebagai penyiasat MAIDAM adalah untuk menilai dan meneliti cara hidup dan latar belakang pemohon bantuan zakat di Kuala Terengganu.
Rata rata pemohon bantuan zakat adalah mereka yang tergolong golongan miskin dan sederhana.
Namun ada juga diantara mereka yang langsung tidak boleh dikategorikan sebagai asnaf, juga memohon bantuan zakat.penilaian untuk mereka tentulah tidak layak. manakan mungkin, kami yang bekerja mengerah keringat diberi gaji bulanan RM 1000+ ini pun tidak memohon zakat. mereka pula, ada yang mempunyai pulangan RM 500 untuk satu hari! satu hari? "2 hari pulangan pendapatannya bersamaan gajiku sebulan..='("..bagiku, situasi ini sangat sangat di luar dugaan..
ZAKAT..adakah anda faham apa itu zakat?
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
maksudnya: "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
Rata rata pemohon bantuan zakat adalah mereka yang tergolong golongan miskin dan sederhana.
Namun ada juga diantara mereka yang langsung tidak boleh dikategorikan sebagai asnaf, juga memohon bantuan zakat.penilaian untuk mereka tentulah tidak layak. manakan mungkin, kami yang bekerja mengerah keringat diberi gaji bulanan RM 1000+ ini pun tidak memohon zakat. mereka pula, ada yang mempunyai pulangan RM 500 untuk satu hari! satu hari? "2 hari pulangan pendapatannya bersamaan gajiku sebulan..='("..bagiku, situasi ini sangat sangat di luar dugaan..
ZAKAT..adakah anda faham apa itu zakat?
Dari Segi Bahasa
Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Dari Segi Syarak
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarakHikmah Disyariatkan Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
maksudnya: "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
-
Asnaf Fakir
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain. -
Asnaf Miskin
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya. -
Asnaf Amil
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat. -
Asnaf Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam. -
Asnaf Riqab
Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya. -
Asnaf Gharimin
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
-
Asnaf Fisabilillah
Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam. -
Asnaf Ibnu Sabil
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
- Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
- Pengembaraan diharuskan oleh syarak.
Sumber: Lembaga Zakat Selangor
Sunday, October 14, 2012
selamat kembali blog bersawang..
hari ini mulakan post baru pada blog yang sudah bersawang. tak apalah, asalkan aku fikir aku masih punya ingatan untuk kembali ke sini..
kini aku bukan lagi seorang pelajar. semalam terlihat gambar sahabat lama sewaktu bersekolah dahulu..alhamdulillah, beliau sihat..kini sudah graduasi dan mendapat 'Master'! tersangat jeles diri ini yang hanya mampu berangan angan buat masa kini kerana masih belum berkesempatan untuk menyambung pelajaran ke tahap itu..( proud of u, geng!)..
hari ini juga bermula hari bekerja baru dalam minggu ini..
di terengganu, ahad merupakan hari yang 'tragis' kerana hari ini kami mula bekerja..hahaha
takde lah tragis sangat..cuma agak malas untuk bangun pagi pagi dan mandi..uuu
sejuknye...
kesimpulannye, herr.."tak perlu kata apa apa..senyumm.."
p/s: selamat petang ahad..=)

Friday, July 20, 2012
bulan puasa..
esok puasa..itu fakta!
oke, bagi umat islam..selamat berpuasa..
dan kepada aku..selamat kembali ke blog yang sudah berhabuk ni..
(=,=") aku banyak idea nih..
tapi..
err...esok lah post..jom men bedminten dulu..
oke, bagi umat islam..selamat berpuasa..
dan kepada aku..selamat kembali ke blog yang sudah berhabuk ni..
(=,=") aku banyak idea nih..
tapi..
err...esok lah post..jom men bedminten dulu..
Subscribe to:
Posts (Atom)