Powered By Blogger

Friday, May 28, 2010

oops, sory slalu x on9..

sekarang aku di mod bercuti sakan..huho..iye la, ku takot nanti akan dipanggil untuk menjadi facilitator untuk program di  politeknik itu..(x ingat name pe)
dan juga aku telah dipanggil untuk menjadi pembantu minggu mesra siswa untuk sesi baru di uitm..even aku serba salah untuk join oc lagi(da penat boh!!)
'aktiviti cuti terancam' di rumah, just lepak..cat rumah.,.huho, sebab abangku akan berkahwin..
oops..
xjemput..kakaka..
aku pon xtaw tarikh dy..n maybe aku pon xdapat hadir..so sad='(

Thursday, May 20, 2010

promote...promote...download and more...

nie blog izzuddin zulkefli yang kembali beroperasi..
bes jugak la sebab dy bagi link untuk kiter download free..
try la tengok..k..
 aku pown download cite kt sini gak..
kadang2..kakaka

owh..ye ke?

hari ini aku begitu bosan sehinggakan sanggup untuk mengecat rumah..
dan hari ini aku kembali mengadap leptop untuk mengetahui perkembangan alam facebuk dan bloggers..
lazimnya aku akan mendapat sedikit pengetahuan tentang kawan-kawanku yang juga busan kerana sedang bercuti..
nanti aku akan letakkan gambar PDSZA 10..besh taw!!

laila syamimi sudah kembali ke raub untuk bercuti, katanya mungkin akan join kami untuk menjadi facilitator di politeknik di awal bulan jun nanti..tewtapi beliau bersedih dan tertanya-tanya kerana ibunya menyuruh beliau bekerja di kedai kek..huhh..aku pon x taw gak nk jawab ape..
dan juga bosan kerana televisyen di rumahku rosak..langsung rosak..
dan kakakku seawal pagi lagi telah pergi bekerja..bukan aku rindukan dirinya atau meluang masa bersama nya, tetapi, beliau telah mencilok leptop ku..kureng aja..
dan juga hari yang panas tidak sampai ke petang..kerana hujan di tengah hari..jadi baju yang ku jemur..terpakse angkat alek...kakaka..
erm.pe lagi ek...owh..
dan naruto and bleach yang akahn ku baca di onemanga.com...memang besh..
dan aku mengarot setiap hari..
setiap waktu membazir tenaga..
setiap masa membazir duit..
aku memang kene cari kerja..hahaha
jom cari kerja...

p/s: izzuddin zulkefli kembali..aku pn tataw kenape aku tulis ini sebagai pesanan..?

Saturday, May 15, 2010

Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin ke-10

assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan sekalian, maaf kuucapkan kerana sudah agak lama diriku tidak 'on9'. ini berlaku dek kerana diriku yang menyertai PDSZA - 10..

 Piala Idaman...
aku ditugaskan sebagai ketua bagi pegawai delegasi. pegawai delegasi akan membantu mengiringi setiap pasukan IPT yang bertanding juga bertugas sebagai speaker dan time keeper untuk setiap sidang yang berlangsug. jadi agak berat jugalah tugasku sebagai pembimbing mereka untuk menjadi seorang pegawai delegasi yang berjaya di setiap sidang debat.
oleh kerana terlalu sibuk mem'bz' kan diriku, aku langsung terlupa untuk meng'hupdate' dan meng'comment' post kawan-kawan juga meng'balas' apa yang kawan-kawan telah post di blog ku..
xapalah..rasanya aku akan berjaya merehatkan diri selepas 18 mei 2010, hope so..
k..
semoga kawan-kawan selamat bercuti dan selamat berehat k..
selamat hari guru untuk semua..

Friday, May 7, 2010

jumaat yang menyedarkan.

hari ini hari jumaat, dan aku sebagai lelaki muslim diwajib ke masjid untuk solat jumaat.
sewaktu di masjid, ketika aku sampai, waktu agak awal, dan azan belum berkumandang..ku lihat ramai antara orang-orang 'berumur' didepan ku sibuk berbicara..
ketika itu timbul perasaan dan pertanyaan di fikiran ku, "mereka ini patut menjadi contoh"..fikirku.
dan sekarang..aku menjadikan mereka sebagai contoh supaya jangan kita ikuti perbuatan mereka itu..
sewaktu azan berkumandang, mereka masih lagi rancak berborak walaupun perbuatan mereka diperhati oleh kebanyakan manusia yang berada di saf-saf berdekatan..
tiba-tiba, muazzin ter'sebut' ayat untuk azan subuh iaitu "Assolatu Khairun mina.."..lalu berderailah tawa mereka-mereka ini..
sebenarnya, disini aku ingin menceritakan yang aku agak malu dengan perbuatan meraka ini, sebagai pelajar beragama islam, kita patut menghormati muazzin, sesungguhnya menjaid muazzin itu sangat tinggi pahalanya disisi Allah, betul lah, beliau sebagai manusia yang ditugaskan menyeru umat islam mengerjakan solat..
lalu, aku malu dengan perbuatan masyarakat sekelilingku yang turut sama bergelak ketawa ketika itu, bagiku kesalahan itu perkara biasa dan tidak patut bagi kita sebagai muslim mempersendakannya..

aku juga malu terhadap diriku yang selalu menggunakan suara untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, contohnya, pergi karok, mengumpat, mengeluarkan perkataan kesat, berborak perkara yang buang masa..sebagai seorang muslim, sudah jauh muazzin itu meninggalkan ku di belakang dalam mengutip pahala..

aku yang lagha..
kutulis ini sebagai ingatan kepada diriku..juga sahabat seislam sekelilingku, "gelak, gelak juga, belajar jangan lupa, lalala"..

p/s: huho, 'pengeluaran' yang bermakna bagi diriku..sukar perkara berfaedah untuk keluar dari 'kepala' ini..=P

Followers