Powered By Blogger

Friday, May 10, 2013

bersemangat

hari ini tiba tiba bersemangat membuak buak di dalam dada untuk meng'hupdate'..walaupun azam dan sameon(bukan nama sebenar)..err, azam akceli..untuk menghupdate sudah lama bersawang dan berdebu pekat di dada..
aku terkagum..begitu culas diriku menidakkan segala semangat selama ini, namun dengan sekali seru melalui pesanan ringkas (SMS) oleh gadisku bertanyakan "blog nama apa?"
terus diriku sampai ke page ini..seraya dihatiku.."aku masih punya blog"..senyum sendiri..tersipu sipu..malu dengan diri yang tidak berpegang pada janjiku yang ku ukir pada diri sendiri..katanya hatiku dahulu.." mahu hupdate sehari 15 post!"..jilake..bersawang akibat kekebalan lemak tepu dalam otak yang menginginkan tulang empat keratku mengeras setiap kali hadi di page ini..
................................................................................................................
malam ini,,begitu banyak binatang terbang menemani skrin monitor ku..sudah puas aku pelajari bahasa mereka dan setidaknya menasihati agar mereka segera beredar dan tidak mengganggu..namun, begitulah kedegilan..mahu saja aku picit picit perut mereka agar ku digelar pembunuh bersiri malam ini namun apakan daya, tiada mereka menggigit maka tiada lah diriku memicit..

persetankan mereka..
aku lebih tertarik untuk membebel pada sang anjing yang menyalak sedari tenggelamnya mentari petang tadi..apakah pembakar semangat mereka yang begitu bersungguh sungguh bertempik sorak( dalam bahasa anjing)..walaupun mungkin mereka sedar aku sedang membebel keseorangan pada mereka saat ini sambil tidak mampu tidur sedangkan ku tahu esok masih sekolah..
............................................................................................................
oh, itulah, esok masih sekolah..entah kenapa diri tiada bersemangat 'bagaikan mesyuarat di tengah hari, kertas depan mata, otak berlari'..
aku masih cuba..
mencari semangat yang hilang..
dalam diri..
.........................................................................................................
ouch, menggigit..
akhirnya..alasan untuk menjadi pembunuh bersiri..
selamat tidur kawan kawan..
akhirnya aku temu semangat..at least untuk membersihkan skrin komputerku daripada perut perut kecil bertebaran..
#penjahat

No comments:

Post a Comment

Followers