sebenarnya banyak perkara yang bermain di minda dan hatiku selama ini yang kurasa mahu ku lakarkan di sini namun atas beberapa alasan, ianya terbengkalai lalu lesap ditelan arus masa..
berdiri di atas kaki sendiri..itulah yang aku hadapi sekarang, semuanya perlu sendiri. daripada mengurus perbelanjaan, membuat kira kira, mengurus diri seperti makan minum dan pakaian, mengurus masa, kerja dan perilaku..harus ku titik beratkan satu persatu. tiada alasan untuk tidak berusaha menyesuaikan diri di sini..
kini, aku di sarawak. tiada saudara mara, rakan rakan semuanya baru, cara kerja, tempat, masyarakat, etika dan cara hidup serta percakapan yang berbeza. sebetulnya aku agak khuatir dengan diri yang kurang ilmu mengenai kehidupan sendiri, sekadar bertatih untuk memulakan hidup walau sebenarnya memang tidak biasa untuk menyesuaikan diri. itulah yang harus ku telan.
teringat kehidupan di terengganu, makan pakai terjaga, makanan terjamin 'halallan toyyiban'..bicara ilmu di mana sahaja, ikut kaki yang rajin, maka tiap malam ilmu bertambah..golongan pengejar ilmu agama dari yang muda sehingga ke tua..begitu berbeza..begitu mengujakan..
berbeza..
sungguh berbeza..
semoga disini ..sarawak ini..
sogokan ilmu agama bakal bertambah..
berat dan malas jemari ini untuk menggerakkan minda yang beku akibat lama tidak menaip..maafkan aku blog..bersawang sudah dirimu tidak ku jenguk..
insyaAllah akan ku cuba mengingat idea menarik untuk di ketengahkan semula..
No comments:
Post a Comment