I. SATU PERMAINAN (A GAME)
• Satu permainan ping pong dipertandingkan
dengan menggunakan sistem 11 mata.
• Setelah 2 mata, pemain atau pasangan
pemain yang menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain
yang melakukan servis dan seterusnya sehingga tamat permainan.
• Setiap permainan akan dimenangi oleh
pemain atau pasangan pemain yang mula-mula mendapat 11 mata; atau
• Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain
mendapat 10 mata (disebut “deuce”) di mana permainan akan dimenangi oleh
pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya, contoh:
12-10, 15-13, 20-18. (di mana susunan melakukan servis dan menerima servis
hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah melakukan servis untuk 1 mata
bergilir-gilir).
• Pertukaran tempat dilakukan selepas
tamat satu permainan. Pemain yang mula menerima servis dalam permainan pertama
akan memulakan servis dalam permainan kedua.
II. SATU PERLAWANAN (A MATCH)
• Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan
dengan kemenangan daripada sebarang nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5
atau 7 permainan.
• Dalam pertandingan yang terakhir,
apabila sampai pada mata yang ke 5, pemain perlu bertukar tempat.
III. PERMULAAN SATU PERMAINAN (START A
GAME)
• Sebelum mula bertanding dalam sesuatu
permainan, pengadil dikehendaki melakukan undian (toss coin) untuk menentukan
pemain yang mana satu akan memulakan servis.
• Terdapat tiga pilihan bagi pemenang
undian:
a) hak memilih untuk memulakan servis;
atau
b) membenarkan pihak lawannya memulakankan
servis; atau
c) melakukan pemilihan tempat.
• Jika pemenang undian melakukan pemilihan
tempat, pihak lawannya ada pilihan sama ada hendak memulakan servis atau
memilih pihak lawannya memulakan servis dahulu.
• Jika pemenang undian memilih untuk
memulakan servis, pihak lawannya hanya boleh melakukan pemilihan tempat untuk
memulakan permainan.
IV. SERVIS ASAS SUKAN PING PONG
• Pemain yang melakukan servis wajib
berdiri di belakang hujung meja ping pong.
• Bola diletakkan di atas tapak tangan
yang terbuka di atas permukaan permainan meja dan melambungkan bola itu menegak
ke atas dan pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di
belakang hujung meja.
• Semasa bola itu menurun, pemain perlu
memukul bola itu dengan raket dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja
sendiri sebelum melepasi ke bahagian atas meja lawan.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring
dan masih dilantun di atas meja lawan, let akan dipanggil dan servis perlu
diulangkan semula.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring
dan bola itu tidak dilantun di atas meja lawan, maka pemain yang melakukan
servis akan hilang satu mata.
V. SATU MATA
• Seseorang pemain akan kehilangan satu
mata kecuali apabila rally itu adalah satu
• Jika gagal melakukan servis yang baik.
• Jika gagal melakukan hantaran balik yang
baik.
• Jika memukul bola itu dua kali
berturut-turut.
• Jika pemain atau apa-apa yang dipakai
atau dibawanya tersentuh bola.
• Jika menggerakkan permukaan meja semasa
bola itu dalam permainan.
• Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan
permainan semasa bola itu dalam permainan.
• Jika berkelakuan buruk walaupun selepas
diberi amaran oleh pengadil.
VI. LET
• Rally itu dikatakan “Let” jika:
• Apabila bola servis menyentuh jaring
semasa melepasinya.
• Apabila pemain yang menerima servis
belum bersedia ataupun pasangannya dalam acara bergu.
VII. WAKTU REHAT
• Waktu rehat di antara setiap game adalah
1 minit.
• Semasa berehat, pemain perlu meletakkan
raket di atas meja pertandingan, kecuali dibenarkan oleh pengadil.
VIII. TIME OUT
• Setiap pemain atau pasangan boleh
meminta SATU kali time out yang diperuntukan 1 minit semasa permainan
dijalankan.
• Pemain yang ingin meminta time out cuma
menunjukkan satu tanda ‘T’ dengan tangannya.
• Permainan akan disambung semula apabila
pemain yang meminta time out sudah bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.
IX. PENGGUNAAN TUALA
• Pemain hanya dibenarkan menggunakan
tuala mengelap peluh setelah 6 mata dalam sesuatu permainan.
• Pemain juga dibenarkan menggunakan tuala
semasa pertukaran tempat.
X. WAKTU MEMANASKAN BADAN
• Pemain dibenarkan melakukan latihan di
atas meja pertandingan sebelum pertandingan dimulakan. Waktu memanaskan badan
cuma DUA minit.
No comments:
Post a Comment