Powered By Blogger

Tuesday, November 19, 2013

SEJARAH PING PONG



SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
            Asal usul ping pong bermula di sekitar tahun 1890-an sebagai satu permainan dalam rumah dan menjadi popular di seluruh negara. Sambutan hangat terhadap ping pong bagaimanapun tidak bertahan lama. Sukan ping pong menjadi popular dalam tahun 1920-an, dan kelab-kelab ditubuhkan di seluruh dunia. Nama ‘Ping Pong’ kemudiannya menjadi tanda niaga yang didaftarkan sebagai hak cipta Parker Brothers.
            Oleh sebab itu, nama permainan ini ditukar kepada tenis meja. Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (International Table Tennis Federation - ITTF) ditubuhkan pada tahun 1926. Persatuan Tenis Meja Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1933.

            Pada penghujung abad ke-19, sukan tenis merupakan sukan yang popular dalam kalangan kelas elit. Pada masa itu, mahasiswa-mahasiswa Britain mendapat ilham daripada sukan tenis. Mereka meletakkan buku-buku di tengah meja sebagai jarring dan menggunakan raket kosong yang disaluti velum dan bola yang diperbuat daripada getah dan kayu lembut sebagai peralatan. Pemain ping pong bermain dengan cara berdiri pada kedua-dua hujung meja yang bertentangan.
            Sukan ini mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai dan mula menjadi popular dalam kalangan masyarakat Eropah. Istilah ‘ping pong’ diambil bersempena dengan bunyi ‘ping’ yang dihasilkan apabila bertembung dengan raket, dan ‘pong’ apabila bola melantun di atas meja.
            Pada tahun 1902 seorang profesor pelawat dari Jepun telah membawa balik sukan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti Jepun. Tidak lama kemudian, sukan ini juga diperkenalkan kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan cara itu, sukan ping pong mula berkembang ke seluruh dunia dan mendapat sambutan hangat hampir di seluruh pelusuk dunia.
            Peralatan ping pong telah mengalami banyak perubahan pada tahun 1940-an. Pada mulanya, permukaan raket dilapik getah berbintik nipis (pimpled rubber). Kemudian negara Jepun telah memperkenalkan ‘sandwich rubber’ yang mempunyai lapisan span di bawah lapisan getah bintik yang bintiknya menghadap lapisan span (inverted sponged). Ciptaan ini menghasilkan putaran bola yang jauh lebih kuat berbanding dengan getah berbintik.
            Ciptaan ini juga membenarkan pemain-pemain Jepun yang menggunakan gaya pegang cekak pen (pen holder) menguasai dunia ping pong pada tahun 1950-an dengan corak permainan yang mementingkan corak menyerang dan pergerakan kaki yang pantas.
            Di negara kita, persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun 1952 dan persatuan ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 sebagai Persatuan Ping Pong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan.
            Perkembangan ping pong di negara kita bertambah pesat. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan di dalam negara malah pada peringkat antarabangsa. Pada masa sekarang, ping pong merupakan sukan kegemaran pelbagai kaum di negara kita. Kini, ramai rakyat Malaysia telah menjadikan ping pong sebagai sukan rekreasi kegemaran mereka.
            Sejarah perkembangan ping pong mengalami banyak perubahan dari segi corak permainan sehingga kepada kegunaan peralatan. Pada tahun 1960-an, corak permainan ping pong berbentuk defensif. Pada zaman itu, pemain-pemain menggunakan corak loop drive.
            Dari segi peralatan, pada tahun 1960an, pemain China Xhang Xi Lin menggunakan raket ‘yin-yan’, iaitu sebelah raket menggunakan getah yang biasa manakala yang sebelah lagi menggunakan jenis getah long-pimple. Pada tahun 1971, pemain dari Perancis Jean Paul Weber telah menggunakan getah jenis antispin semasa beliau menyertai kejohanan ping pong dunia yang berlangsung di Nagoya, Jepun.
            Peraturan permainan ping pong juga sering dikaji dari semasa ke semasa demi kebaikan sukan tersebut. Pada tahun 1985, suatu peraturan baru mengenai penggunaan getah raket telah diperkenalkan. Getah raket di kedua-dua belah perlu menggunakan warna yang berbeza, iaitu jika sebelah raket berwarna hitam, permukaan sebelah yang lain wajib berwarna merah. Pengenalan penggunaan dua warna yang berlainan pada raket getah bertujuan untuk mengurangkan kekeliruan apabila pemain menggunakan ‘yin-yan’.
            Untuk menjadikan sukan ping pong lebih menarik, pada tahun 2000, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) telah menambah diameter bola ping pong daripada 38 mm kepada 40 mm. Suatu perubahan pada sistem mata setiap permainan dari 21 mata kepada 11 mata, dan setiap pertandingan ditentukan dalam ‘Best of 5 Games’ atau ‘Best of 7 Games’ pada tahun 2001.
            Kini, di peringkat Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, kedudukan sukan ini semakin kukuh dan terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada sukan ini sebagai salah satu acara Sukan Olimpik, iaitu acara perseorangan dan beregu mula dipertandingkan buat kali pertamanya dalam Sukan Olimpik di Seoul, Korea pada tahun 1988.

Thursday, October 31, 2013

phenomena baru dalam dunia siber!

BITSTRIPS..mungkin ada yang barudengar mengenai ni dan mungkin sudah ramai tahu mengenai BITSTRIPS ni..
bitstrips ialah suatu application dimana ianya memberi peluang pengguna untuk membina avatar diri sendiri yang boleh digunakan seperti kartun dan komik. walaupun idea ini seperti biasa sahaja, namun phenomena dan pergerakannya sangatlah mengujakan..
paling penting, application ini digunakan bersama laman sesawang seperti facebook, tumblr dan twitter yang memang telah popular dan menjadi kegilaan masyarakat sekarang.
dalam masa beberapa hari..beribu ribu malahan ratusan ribu pengguna telah menggunakan application ini..termasuk aku..
dan ianya sangat membuatkan aku obses sehingga tiada lagi status tulisan dan semuanya berubah menjadi status komik!!
hmm..apabila terfikir kembali, ianya mengingatkan aku status status 'komixed dan meme' yang pernah naik sekejap beberapa ketika lalu..
anyway, perkembangan dunia semasa..
malaslah aku nak bagi link, korang bukak facebook, taip bitstrips..terus boleh try application dia..selamat mencuba!!!

Saturday, September 28, 2013

Lirik Lagu Nak Dara Rindu - P.Ramlee


Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

untuk chord guitar : SINI

Monday, August 26, 2013

perkara2 yang bermain di minda

sebenarnya banyak perkara yang bermain di minda dan hatiku selama ini yang kurasa mahu ku lakarkan di sini namun atas beberapa alasan, ianya terbengkalai lalu lesap ditelan arus masa..

berdiri di atas kaki sendiri..itulah yang aku hadapi sekarang, semuanya perlu sendiri. daripada mengurus perbelanjaan, membuat kira kira, mengurus diri seperti makan minum dan pakaian, mengurus masa, kerja dan perilaku..harus ku titik beratkan satu persatu. tiada alasan untuk tidak berusaha menyesuaikan diri di sini..

kini, aku di sarawak. tiada saudara mara, rakan rakan semuanya baru, cara kerja, tempat, masyarakat, etika dan cara hidup serta percakapan yang berbeza. sebetulnya aku agak khuatir dengan diri yang kurang ilmu mengenai kehidupan sendiri, sekadar bertatih untuk memulakan hidup walau sebenarnya memang tidak biasa untuk menyesuaikan diri. itulah yang harus ku telan.
teringat kehidupan di terengganu, makan pakai terjaga, makanan terjamin 'halallan toyyiban'..bicara ilmu di mana sahaja, ikut kaki yang rajin, maka tiap malam ilmu bertambah..golongan pengejar ilmu agama dari yang muda sehingga ke tua..begitu berbeza..begitu mengujakan..

berbeza..
sungguh berbeza..

semoga disini ..sarawak ini..
sogokan ilmu agama bakal bertambah..
berat dan malas jemari ini untuk menggerakkan minda yang beku akibat lama tidak menaip..maafkan aku blog..bersawang sudah dirimu tidak ku jenguk..
insyaAllah akan ku cuba mengingat idea menarik untuk di ketengahkan semula..

Friday, May 31, 2013

kotak : masih cinta

cuti..masa untuk melayan perasaan..


Tik.. tik.. tik..
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik.. tik.. tik..
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

 
hmmm, sambung tidur lagi baik..

Followers