bukak radio di pagi hari,
malam hari sama sahaja..
cinta sana cinta sini, aku gila geli..
cinta sana cinta sini, aku gila geli..
buka radio orang putih
propaganda amerika
apa benda yang merdeka? jilat bontot depa.. apabenda yang merdeka?
apa benda yang merdeka? jilat bontot depa.. apabenda yang merdeka?
pabila kawan ramai keliling kita
cakap besar tunjuk belang
tapi bila sorang sorang pengecut pemalu macam semua orang
tapi bila sorang sorang pengecut pemalu macam semua orang
saya ini pun bukan sempurna
tapi saya tahu
dosa dan pahala ku tuhan saja tuhan saja yang tahu
dosa dan pahala ku Ooo Hoo.. tuhan saja yang tahu
geylang si paku gelang
geylang si rama rama
tentang marilah tentang mari lah tentang bersama sama
tentang marilah tentang mari lah tentang bersama sama
geylang si paku gelang
geylang si rama rama
tentang marilah tentang mari lah tentang bersama sama
tentang marilah tentang mari lah tentang bersama sama
Thursday, November 21, 2013
Tuesday, November 19, 2013
UKURAN DALAM SUKAN PING PONG
I. MEJA PING PONG
• Mestilah berbentuk segiempat tepat
dengan ukuran panjang 274 cm, lebar 152.5 cm dan tinggi permukaan permainannya
76 cm dari aras lantai.
II. JARING
• Ketinggian jaring ialah 15.25 cm dari
permukaan meja dan tiang jaring 15.25 cm tinggi. Sebelah luar tiang hendaklah
15.25 cm dari garisan sisi meja.
III. KAWASAN PERMAINAN
• Kawasan permainan mesti berbentuk
segiempat tepat. Panjangnya tidak kurang daripada 14 meter, lebar 7 meter dan
tinggi 5 meter.
• Kawasan permainan boleh dikelilingi
dengan surround yang tinggi tidak melebihi 1.5 meter.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN PING PONG
I. SATU PERMAINAN (A GAME)
• Satu permainan ping pong dipertandingkan
dengan menggunakan sistem 11 mata.
• Setelah 2 mata, pemain atau pasangan
pemain yang menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain
yang melakukan servis dan seterusnya sehingga tamat permainan.
• Setiap permainan akan dimenangi oleh
pemain atau pasangan pemain yang mula-mula mendapat 11 mata; atau
• Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain
mendapat 10 mata (disebut “deuce”) di mana permainan akan dimenangi oleh
pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya, contoh:
12-10, 15-13, 20-18. (di mana susunan melakukan servis dan menerima servis
hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah melakukan servis untuk 1 mata
bergilir-gilir).
• Pertukaran tempat dilakukan selepas
tamat satu permainan. Pemain yang mula menerima servis dalam permainan pertama
akan memulakan servis dalam permainan kedua.
II. SATU PERLAWANAN (A MATCH)
• Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan
dengan kemenangan daripada sebarang nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5
atau 7 permainan.
• Dalam pertandingan yang terakhir,
apabila sampai pada mata yang ke 5, pemain perlu bertukar tempat.
III. PERMULAAN SATU PERMAINAN (START A
GAME)
• Sebelum mula bertanding dalam sesuatu
permainan, pengadil dikehendaki melakukan undian (toss coin) untuk menentukan
pemain yang mana satu akan memulakan servis.
• Terdapat tiga pilihan bagi pemenang
undian:
a) hak memilih untuk memulakan servis;
atau
b) membenarkan pihak lawannya memulakankan
servis; atau
c) melakukan pemilihan tempat.
• Jika pemenang undian melakukan pemilihan
tempat, pihak lawannya ada pilihan sama ada hendak memulakan servis atau
memilih pihak lawannya memulakan servis dahulu.
• Jika pemenang undian memilih untuk
memulakan servis, pihak lawannya hanya boleh melakukan pemilihan tempat untuk
memulakan permainan.
IV. SERVIS ASAS SUKAN PING PONG
• Pemain yang melakukan servis wajib
berdiri di belakang hujung meja ping pong.
• Bola diletakkan di atas tapak tangan
yang terbuka di atas permukaan permainan meja dan melambungkan bola itu menegak
ke atas dan pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di
belakang hujung meja.
• Semasa bola itu menurun, pemain perlu
memukul bola itu dengan raket dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja
sendiri sebelum melepasi ke bahagian atas meja lawan.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring
dan masih dilantun di atas meja lawan, let akan dipanggil dan servis perlu
diulangkan semula.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring
dan bola itu tidak dilantun di atas meja lawan, maka pemain yang melakukan
servis akan hilang satu mata.
V. SATU MATA
• Seseorang pemain akan kehilangan satu
mata kecuali apabila rally itu adalah satu
• Jika gagal melakukan servis yang baik.
• Jika gagal melakukan hantaran balik yang
baik.
• Jika memukul bola itu dua kali
berturut-turut.
• Jika pemain atau apa-apa yang dipakai
atau dibawanya tersentuh bola.
• Jika menggerakkan permukaan meja semasa
bola itu dalam permainan.
• Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan
permainan semasa bola itu dalam permainan.
• Jika berkelakuan buruk walaupun selepas
diberi amaran oleh pengadil.
VI. LET
• Rally itu dikatakan “Let” jika:
• Apabila bola servis menyentuh jaring
semasa melepasinya.
• Apabila pemain yang menerima servis
belum bersedia ataupun pasangannya dalam acara bergu.
VII. WAKTU REHAT
• Waktu rehat di antara setiap game adalah
1 minit.
• Semasa berehat, pemain perlu meletakkan
raket di atas meja pertandingan, kecuali dibenarkan oleh pengadil.
VIII. TIME OUT
• Setiap pemain atau pasangan boleh
meminta SATU kali time out yang diperuntukan 1 minit semasa permainan
dijalankan.
• Pemain yang ingin meminta time out cuma
menunjukkan satu tanda ‘T’ dengan tangannya.
• Permainan akan disambung semula apabila
pemain yang meminta time out sudah bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.
IX. PENGGUNAAN TUALA
• Pemain hanya dibenarkan menggunakan
tuala mengelap peluh setelah 6 mata dalam sesuatu permainan.
• Pemain juga dibenarkan menggunakan tuala
semasa pertukaran tempat.
X. WAKTU MEMANASKAN BADAN
• Pemain dibenarkan melakukan latihan di
atas meja pertandingan sebelum pertandingan dimulakan. Waktu memanaskan badan
cuma DUA minit.
SEJARAH PING PONG
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Asal
usul ping pong bermula di sekitar tahun 1890-an sebagai satu permainan dalam
rumah dan menjadi popular di seluruh negara. Sambutan hangat terhadap ping pong
bagaimanapun tidak bertahan lama. Sukan
ping pong menjadi popular dalam tahun 1920-an, dan kelab-kelab ditubuhkan di
seluruh dunia. Nama ‘Ping Pong’ kemudiannya menjadi tanda niaga yang
didaftarkan sebagai hak cipta Parker Brothers.
Oleh
sebab itu, nama permainan ini ditukar kepada tenis meja. Persekutuan Tenis Meja
Antarabangsa (International Table Tennis Federation - ITTF) ditubuhkan pada
tahun 1926. Persatuan Tenis Meja Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1933.
Pada
penghujung abad ke-19, sukan tenis merupakan sukan yang popular dalam kalangan
kelas elit. Pada masa itu, mahasiswa-mahasiswa Britain mendapat ilham daripada
sukan tenis. Mereka meletakkan buku-buku di tengah meja sebagai jarring dan
menggunakan raket kosong yang disaluti velum dan bola yang diperbuat daripada
getah dan kayu lembut sebagai peralatan. Pemain ping pong bermain dengan cara
berdiri pada kedua-dua hujung meja yang bertentangan.
Sukan
ini mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai dan mula menjadi popular
dalam kalangan masyarakat Eropah. Istilah ‘ping pong’ diambil bersempena dengan
bunyi ‘ping’ yang dihasilkan apabila bertembung dengan raket, dan ‘pong’
apabila bola melantun di atas meja.
Pada
tahun 1902 seorang profesor pelawat dari Jepun telah membawa balik sukan ini ke
Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti Jepun. Tidak lama
kemudian, sukan ini juga diperkenalkan kepada orang-orang Vienna dan Budapest.
Dengan cara itu, sukan ping pong mula berkembang ke seluruh dunia dan mendapat
sambutan hangat hampir di seluruh pelusuk dunia.
Peralatan
ping pong telah mengalami banyak perubahan pada tahun 1940-an. Pada mulanya,
permukaan raket dilapik getah berbintik nipis (pimpled rubber). Kemudian negara
Jepun telah memperkenalkan ‘sandwich rubber’ yang mempunyai lapisan span di
bawah lapisan getah bintik yang bintiknya menghadap lapisan span (inverted
sponged). Ciptaan ini menghasilkan putaran bola yang jauh lebih kuat berbanding
dengan getah berbintik.
Ciptaan
ini juga membenarkan pemain-pemain Jepun yang menggunakan gaya pegang cekak pen
(pen holder) menguasai dunia ping pong pada tahun 1950-an dengan corak
permainan yang mementingkan corak menyerang dan pergerakan kaki yang pantas.
Di
negara kita, persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun 1952 dan persatuan ini
didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 sebagai Persatuan Ping Pong Malaya.
Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan.
Perkembangan
ping pong di negara kita bertambah pesat. Persatuan ini telah melaksanakan
banyak kegiatan di dalam negara malah pada peringkat antarabangsa. Pada masa
sekarang, ping pong merupakan sukan kegemaran pelbagai kaum di negara kita.
Kini, ramai rakyat Malaysia telah menjadikan ping pong sebagai sukan rekreasi
kegemaran mereka.
Sejarah
perkembangan ping pong mengalami banyak perubahan dari segi corak permainan
sehingga kepada kegunaan peralatan. Pada tahun 1960-an, corak permainan ping
pong berbentuk defensif. Pada zaman itu, pemain-pemain menggunakan corak loop
drive.
Dari
segi peralatan, pada tahun 1960an, pemain China Xhang Xi Lin menggunakan raket
‘yin-yan’, iaitu sebelah raket menggunakan getah yang biasa manakala yang
sebelah lagi menggunakan jenis getah long-pimple. Pada tahun 1971, pemain dari
Perancis Jean Paul Weber telah menggunakan getah jenis antispin semasa beliau
menyertai kejohanan ping pong dunia yang berlangsung di Nagoya, Jepun.
Peraturan
permainan ping pong juga sering dikaji dari semasa ke semasa demi kebaikan
sukan tersebut. Pada tahun 1985, suatu peraturan baru mengenai penggunaan getah
raket telah diperkenalkan. Getah raket di kedua-dua belah perlu menggunakan
warna yang berbeza, iaitu jika sebelah raket berwarna hitam, permukaan sebelah
yang lain wajib berwarna merah. Pengenalan penggunaan dua warna yang berlainan
pada raket getah bertujuan untuk mengurangkan kekeliruan apabila pemain
menggunakan ‘yin-yan’.
Untuk
menjadikan sukan ping pong lebih menarik, pada tahun 2000, Persekutuan Ping
Pong Antarabangsa (ITTF) telah menambah diameter bola ping pong daripada 38 mm
kepada 40 mm. Suatu perubahan pada sistem mata setiap permainan dari 21 mata
kepada 11 mata, dan setiap pertandingan ditentukan dalam ‘Best of 5 Games’ atau
‘Best of 7 Games’ pada tahun 2001.
Kini,
di peringkat Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, kedudukan sukan ini
semakin kukuh dan terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada
perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada sukan ini sebagai
salah satu acara Sukan Olimpik, iaitu acara perseorangan dan beregu mula
dipertandingkan buat kali pertamanya dalam Sukan Olimpik di Seoul, Korea pada
tahun 1988.
Thursday, October 31, 2013
phenomena baru dalam dunia siber!
BITSTRIPS..mungkin ada yang barudengar mengenai ni dan mungkin sudah ramai tahu mengenai BITSTRIPS ni..
bitstrips ialah suatu application dimana ianya memberi peluang pengguna untuk membina avatar diri sendiri yang boleh digunakan seperti kartun dan komik. walaupun idea ini seperti biasa sahaja, namun phenomena dan pergerakannya sangatlah mengujakan..
paling penting, application ini digunakan bersama laman sesawang seperti facebook, tumblr dan twitter yang memang telah popular dan menjadi kegilaan masyarakat sekarang.
dalam masa beberapa hari..beribu ribu malahan ratusan ribu pengguna telah menggunakan application ini..termasuk aku..
dan ianya sangat membuatkan aku obses sehingga tiada lagi status tulisan dan semuanya berubah menjadi status komik!!
hmm..apabila terfikir kembali, ianya mengingatkan aku status status 'komixed dan meme' yang pernah naik sekejap beberapa ketika lalu..
anyway, perkembangan dunia semasa..
malaslah aku nak bagi link, korang bukak facebook, taip bitstrips..terus boleh try application dia..selamat mencuba!!!
bitstrips ialah suatu application dimana ianya memberi peluang pengguna untuk membina avatar diri sendiri yang boleh digunakan seperti kartun dan komik. walaupun idea ini seperti biasa sahaja, namun phenomena dan pergerakannya sangatlah mengujakan..
paling penting, application ini digunakan bersama laman sesawang seperti facebook, tumblr dan twitter yang memang telah popular dan menjadi kegilaan masyarakat sekarang.
dalam masa beberapa hari..beribu ribu malahan ratusan ribu pengguna telah menggunakan application ini..termasuk aku..
dan ianya sangat membuatkan aku obses sehingga tiada lagi status tulisan dan semuanya berubah menjadi status komik!!
hmm..apabila terfikir kembali, ianya mengingatkan aku status status 'komixed dan meme' yang pernah naik sekejap beberapa ketika lalu..
anyway, perkembangan dunia semasa..
malaslah aku nak bagi link, korang bukak facebook, taip bitstrips..terus boleh try application dia..selamat mencuba!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)




