Powered By Blogger

Saturday, August 13, 2011

segmen promote blog kotak bulat

oke..aku rase nk join sebelom belah ke trawih..
so sket aje aku bebel..
oke..bebebebebebebbbbeeeeeellll..
fulstopp..wahaha..
oke, akceli..aku nk promote belok kotak bulat..
kotak bulat..?entahla..camner ek?
hah..tekan gambo tu kalu nk ke belog beliau..
tarikh tutup arini kul 10 malam..oke..tata..

Friday, August 12, 2011

movie hujung mingguY(^,^)Y

hujung minggu means aku xkerja..
so aku layan movie aje..haha...di samping tu belog..FB..
bazar oops..bazar x.. oke..aku dah banned bazar sebab memenatkan, buang masa dan mengurangkan pahala puase aku..haha
oke, berbalik pada movie hujung minggu..
minggu nie aku layan trilogi "BACK TO THE FUTURE"..
means daripada nombor I hingga lah yg last III..
 oke, masa yang Ist nie tahun 1985 kan,pengenalan hero dy..namenye Marty McFly..Marty nie dy cam prangai tak siyes..bapak dy pulak slalu je kne buli..kesian gile..memang luuuzeerrr ar..
Marty nie kawan ngan Doc..Doc yang wat keter tu..DeLorean..yang boleh merentasi masa bile kelajuan sampai ke 88mph..88 jer?wahaha..ye, 88 jer..
oke, dorang wat eksperimen..ade pulak teroris libya datang tembak Doc..so Marty nek DeLorean tanpa disedari telah ke tahun 1955..iaitu 30 tahun lepas..bes gile..waa..bayangkan, 1985 - 1955?hoh, advance aje ler kan..kt situ, dy bantu ayah dy tackle mak dy..n ayah dy berubah tak jadi luuzerr dah..
 yg nombor 2, bermula sejurus selepas Marty balik dari masa lepas..balik, tgk Doc oke, bangun tido..semua dah berubah..keter..rumah..abang..Biff..Biff?oke..nie la watak jahat dalam citer tu..dari nombor I dan II..watak jahatnye..Biff and da Gang..
oke, Marty pergi le masa depan iaitu tahun 2015..hoh? 4 tahun lagi tu baiii..Chettt!!
dalam citer nie, 2015 tu ade keter terbang..zoomm..DeLorean pon terbang taww...
baju..Nike Air..Pepsi..Hovercraft..haha..
Marty kne bantu anak dy yg akan masuk penjara kalau dy xubah masa depan..
dalam masa yang sama, time tu..Biff tu da tua..pangkat datuk dah..cam citer doremon kauu..oke..xnak nobita..Biff tua telah ke 1955 bawak buku laporan sukan dari tahun 1955 til 2015..lumba kuda..pergh..kaya lah Biff muda cenggitu..kafir suke judi oke..pastu..mission Marty..kembali ke 1955..musnahkan buku tersebut..
dalam masa yang sama..Doc 1985 telah kena lightning..dan sampai ke 1885..70 tahun lepas..
Marty kena jumpa Doc 1955 untuk balik..
 Marty bukak buku sejarah..Doc kena tembak seminggu lepas dy post surat kt Marty guna Western Union..haha 70 tahun baru surat tu sampai..so Marty balik ke masa lepas untuk selamatkan Doc dr ditembak..ade Red indian..Cowboy..dan Clint Eastwood..
moyang Marty kecik agi..kat sini ada Clara..yang Doc selamatkan dari jatuh jurang langsung ubah nama jurang tu dalam peta..kereta xde gasoline..so Marty dan Doc kne guna khidmat kereta api untuk tolak kereta Delorean a.k.a Time Machine balik ke 1985..
yeah..DeLorean hancoo..kene langgar kereta api kt 1985..so da xde time machine tuk amik Doc ngan Clara..
yang lain pulih cam sediakala..
tetiba..Doc kembali guna kereta api stim....stim?..astagfirullahal azim..jgn pikir lucah..stim nie yang kepul-kepul tuuu..aaaa..
oke tamat citer..hepi ending..
kereta DeLorean..a.k.a DOREMON Time Machine..

satu hari di hari jumaat..

hari ini jumaat yang puasa..
aku bangun agak lewat..hujan renyai-renyai..
katil agak bersepah..
ambil tuala..
berus gigi..ubat gigi..
buka air..sejuk..
mandi cedok banyak kali air belum habis..
lap..
pakai baju..
kain pelikat..
ambil kunci..
start moto..
sembahyang sunat..
dengar..dengar..mengelamun..hampir terlelap..owh tidak..
balik pula hujan..
tutup mulut rapat-rapat..
air masuk ke mata..jadi merah..
sampai..lap..
bukak baju kain seluar..
tukar..
baring..
facebook..
belog..
ngelamun..cerita..
asar..
tunggu..perut berbunyi..
makan..lepas dengar azan..
mandi..
solat..
start moto..
surau orang ramai..tua..
balik..

belog..
tido..
mesej dan call sepanjang hari sebenarnya...berselang seli..
tamat jumaat..

Thursday, August 11, 2011

bersabar..semua pun ada prosedur! oke!!

peristiwa yang berlaku hari ini:

hari ini datang seorang lelaki ke kaunter, membawa sebuah sampul berisi surat penerimaan dan cek yang diterima daripada MAIDAM cawangan. Pada surat tersebut tertera nota kecil:- "p/s: lelaki ini muflis, xdapat bukak akaun"
aku segera menalifon cawangan tersebut untuk segera menghantar file lelaki ini supaya boleh aku segera mengangkat kes beliau ke bahagian kewangan untuk membuka palang cek atau menunaikan duit dari cek tersebut..masalah sekarang ialah...
tunggu file..
aku pun bangun seraya memberitahu lelaki tersebut,
"pakcik, saya sekarang sedang tunggu orang dari cawangan menghantar file pakcik, so saya boleh angkat ke bahagian kewangan untuk penyelesaian","pakcik boleh tinggalkan cek dahulu,serta salinan pengenalan dan nombor telefon supaya senang kami hubungi apabila siap cek ini"

lelaki itu tiba-tiba agak emo, lalu berkata"habis cek nie, tak dapat lah nak tunaikan hari nie?"

aku menjawab, "ya, sebab saya menunggu file pakcik sampai untuk proses berjalan"

beliau agak tertekan dan berkata "awak nie, macam-macam lah, file lah, ape lah, kalau dulu, saya naik jumpa datuk, beliau sign jer, dah terus boleh bagi saya duit tu,kes nya macam ini jugak, senang aje, dua saat aje, tak ade nak kena tunggu macam nie"

aku menjawab,"pakcik, kami kena ikut prosedur, pakcik sekarang datang jumpa kami melalui kaunter, so kami perlu memproses borang untuk minit ke file, dan angkat ke kewangan untuk tunaikan cek"

"alah, banyak lah, kalau tahun-tahun dulu ok je saya jumpa datuk, beliau sign jer, bukan susah pun, dua saat je", jawab beliau meninggi suara seperti bangga dengan apa yang telah beliau lakukan beberapa tahun dahulu.

aku mengaku agak hilang sabar waktu itu,cuma agak terkawal memikirkan keadaan di bulan ramadhan..lalu aku beritahu itu sahajalah cara yang boleh aku lakukan untuk membantu, dan beliau segera mengambil cek dan surat lalu berlalu dari situ.

p/s: kalau mahu hantar borang dan apa sekalipun melalui kaunter, kami harus mengikut prosedur, bukan xmahu membantu, tetapi bidang kerja dan kuasa membataskan kami. kami nie makan gaji aje..kalau nak cepat dan xmahu mengalah..oke..ikut lah saluran yang awak mahukan..kami xmemaksa dan kami tidak menyuruh..its your choice..
- jangan lah sebab kami nie muda, semua pun nak memperkecilkan kerja kami..

Tuesday, August 9, 2011

wordless wednesday #1

post 1st untuk "wordless Wednesday" dari aku..
Wordless Wednesday: "hari tanpa kata..hanya gambar menceritakan segalanya"..

Followers