Powered By Blogger

Thursday, August 11, 2011

bersabar..semua pun ada prosedur! oke!!

peristiwa yang berlaku hari ini:

hari ini datang seorang lelaki ke kaunter, membawa sebuah sampul berisi surat penerimaan dan cek yang diterima daripada MAIDAM cawangan. Pada surat tersebut tertera nota kecil:- "p/s: lelaki ini muflis, xdapat bukak akaun"
aku segera menalifon cawangan tersebut untuk segera menghantar file lelaki ini supaya boleh aku segera mengangkat kes beliau ke bahagian kewangan untuk membuka palang cek atau menunaikan duit dari cek tersebut..masalah sekarang ialah...
tunggu file..
aku pun bangun seraya memberitahu lelaki tersebut,
"pakcik, saya sekarang sedang tunggu orang dari cawangan menghantar file pakcik, so saya boleh angkat ke bahagian kewangan untuk penyelesaian","pakcik boleh tinggalkan cek dahulu,serta salinan pengenalan dan nombor telefon supaya senang kami hubungi apabila siap cek ini"

lelaki itu tiba-tiba agak emo, lalu berkata"habis cek nie, tak dapat lah nak tunaikan hari nie?"

aku menjawab, "ya, sebab saya menunggu file pakcik sampai untuk proses berjalan"

beliau agak tertekan dan berkata "awak nie, macam-macam lah, file lah, ape lah, kalau dulu, saya naik jumpa datuk, beliau sign jer, dah terus boleh bagi saya duit tu,kes nya macam ini jugak, senang aje, dua saat aje, tak ade nak kena tunggu macam nie"

aku menjawab,"pakcik, kami kena ikut prosedur, pakcik sekarang datang jumpa kami melalui kaunter, so kami perlu memproses borang untuk minit ke file, dan angkat ke kewangan untuk tunaikan cek"

"alah, banyak lah, kalau tahun-tahun dulu ok je saya jumpa datuk, beliau sign jer, bukan susah pun, dua saat je", jawab beliau meninggi suara seperti bangga dengan apa yang telah beliau lakukan beberapa tahun dahulu.

aku mengaku agak hilang sabar waktu itu,cuma agak terkawal memikirkan keadaan di bulan ramadhan..lalu aku beritahu itu sahajalah cara yang boleh aku lakukan untuk membantu, dan beliau segera mengambil cek dan surat lalu berlalu dari situ.

p/s: kalau mahu hantar borang dan apa sekalipun melalui kaunter, kami harus mengikut prosedur, bukan xmahu membantu, tetapi bidang kerja dan kuasa membataskan kami. kami nie makan gaji aje..kalau nak cepat dan xmahu mengalah..oke..ikut lah saluran yang awak mahukan..kami xmemaksa dan kami tidak menyuruh..its your choice..
- jangan lah sebab kami nie muda, semua pun nak memperkecilkan kerja kami..

No comments:

Post a Comment

Followers