Powered By Blogger

Monday, August 15, 2011

kerja oh kerja..STRESS

pagi tadi aku masuk kerja..woh, banyaknye fail kat atas meja..
"aku akan cuba siapkan sesegera mungkin.." fikirku..lalu seawal 7.40 pagi aku bersedia dengan niat untuk mengerjakan semua seberapa banyak fail tersebut.."setakat yang termampu"..fikirku berkira-kira dengan kemampuan kudratku tudey.

lalu berusaha lah aku sedaya upaya menahan mengantuk mengerjakan tulang empat kerat memandangkan dalam sistem di pejabat, jumlah aliran kerja yang sampai kepadaku adalah sebanyak 90, means ade 90 buah fail yang perlu aku proses..wahhh..dengan nada terkejut selamba, aku berkata..."akan aku kerjakan sehingga bilangannya mencecah sa"..riak dan  semangat takbur sentiasa memenuhi pemikiranku..

setelah berusaha keras..akhirnya pada pukul 12.55 tgh hari..disaat waktu rehat hampir menjelma..ku lihat bilangan fail berkurangan pada skala yang meragukan memberangsangkan.."wah, ada 39 buah fail lagi".."bermakna aku akan berjaya mencapai angka sa sebelum pukul 4.30 ptg ini"..fikirku..

lalu berehat sakan lah aku selama setengah jam termasuk solat zohor.. masuk bertugas menyambung misi menyetelkan fail-fail tersebut..aku dengan penuh dugaan semangat membuka sistem aliran kerja ku..

jeng jeng..
jeng..
.....
...
..
.
.
.
.
.
tahu apa yang jadi?


yeah, fail dalam sistem aku meningkat kepada 70 semula..wahhh? believe it?
oke..setinggi-tinggi penghargaan buat Kak Nor dan En Rosli yang senantiasa bekerja keras..
owh..sungguh menyentuh perasaan..
hilang terus mood mahu settlekan fail-fail yang selanjutnya tu..


oke..sambung kerja esok la pulakkk..



semangat yang pudar..

4 comments:

Followers