Powered By Blogger

Tuesday, July 12, 2011

KURSUS JATI DIRI MAIDAM 2011

 inilah aktiviti hari minggu kami untuk minggu nie..gambar 'mungkin' menyusul kemudian..
kames (14/7/11)
                        : bertolak dari ibu pejabat MAIDAM
                        : taklimat/exercise
                        : makan malam
                        : solat maghrib, ceramah
                        : solat isyak
                        : peningkatan semangat kumpulan
                        : makan tengah malam
jemaat (15/7/11)
                        : solat subuh dan kuliah
                        : senaman pagi : kawad
                        : "espirit de corp"
                        : solat jumaat dan makan tgh hari
                        : persiapan survival hutan/taklimat
                           - bergerak ke hutan
                           - makan malam
                           - solat maghrib dan isyak berjemaah
                           - program burung HANTU
sabetu (16/7/11)
                       : ayam berkokok
                       : solat subuh
                          - memasak makanan pagi
                       : kuliah survival/amali
                          - jungle tracking..ikhtiar hidup dan tentu kiblat
                       : masak dan makan tgh hari
                          - singgang batu, nasi dalam buluh, masakan tentera
                       : solat zohor
                       : membersih dan mengemas
                       : deep dalam air panas.
                       : bertolak pulang ke MAIDAM


p/s: aku tak takot pacat=)

BERSIH 2.0 adakah sekadar harapan rakyat?

harapan daripada rakyat, BERSIH 2.0 (pilihanraya bersih dan adil). adakah anda semua bersetuju?

“Only when elections are clean and fair, can citizens be real masters of their own destiny and expect holders of public office to act accountably and effectively.” BERSIH 2.0


apabila rakyat sudah mula muak dengan situasi politik semasa negara, media-media perdana,dan kekangan daripada kerajaan, akhirnya terwujudlah BERSIH 2.0, merangkap suara rakyat berbilang kaum 1malaysia..bersatu menentang polis..polis?
owh, nampaknya situasi agak tegang apabila kerajaan menentang hasrat murni rakyat ini..agaknya, berapa lamakah lagi kerajaan ini akan bertahan?
sama sama kita lihat..
disini ada diselitkan video dari youtube tentang kekasaran polis:
adakah anda seorang dari penentang?atau penyokong?kami tidak meminta anda untuk menyokong kami, sekadar..adil...fair fight..
8 tuntutan BERSIH :
 1. bersihkan senarai undi
 2. reformasikan undi pos
 3. guna dakwat kekal
 4. masa kempen minima 21 hari
 5. akses media bebas dan adil
 6. kukuhkan institusi awam
 7. hentikan amalan rasuah
 8. hentikan politik kotor
bagi aku, perkara yang diminta adalah patut untuk dilaksanakan kerana tuntutan ini tidak menguntungkan mana mana pihak pun cuma mungkin akan 'mengancam' pihak yang KOTOR.
adakah barisan kerajaan sekarang merasa 'TERANCAM' oleh pembawaan BERSIH 2.0? hmm, aku pun berfikir..adakah selama ini kita ditipu? di kuasai perasuah?..jangan malukan negara..sama-sama renungkan..



Berita Harian Online | 500,000 rakyat Bangladesh di Malaysia akan didaftar menerusi biometrik

isu nie pada jun 2011, dikeluarkan di akhbar-akhbar media perdana, menurut Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, program itu, sebahagian program pemutihan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
"Objektifnya ialah menghentikan eksploitasi ke atas mereka ini oleh penyeludup manusia, sindiket atau pihak ketiga kerana kita berpendapat atas alasan kemanusiaan sahaja, kita perlu memeranginya habis-habisan," katanya kepada pada sidang akhbar bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini hari ini.

wow, memang bernas idea tu, tapi aku gusar, jangan lah nanti ada 500,000 undi daripada pekerja Bangladesh sewaktu kita PRU13..mintak jauh..

sumber..:
Berita Harian Online | 500,000 rakyat Bangladesh di Malaysia akan didaftar menerusi biometrik

Friday, July 1, 2011

fastfud..

baru nie aku giler nk melantak GCB..
nie ade pulak iklan dari kfc dekat blog..
dugaannya (kata noh hujan)..
aduyai..makan poket betul la..
seb bek aku xbrape suke pergi pizza tanpa awek aku...hehe..
kalu dengan mimi, baru romentik gi pizza..
skarang mimi dkt kampung so otometik aku xmakan pizza..
kfc..hmmm..nanti aku pk balik..
duk rumah nie bermakne jimat..
bek suh mak aku masak sedap2..
lagi bes..
makk..ooo mak...makkk...

Thursday, June 30, 2011

aku patut bersyukur..

bismillah..hari ini aku ke Mydin Mall, bukan kesana hajatnya tetapi mahu ke Pc Fair Pikom 2011 yang bermula hari ini 30 jun hingga 2 julai..mahu ku ceritakan dalam perjalanan ke mydin mall dari pc fair yang berlangsung di TTC, aku terserempak dengan dua wajah yang amat ku kenali walaupun sudah meningkat usia yang lebih 5 tahun tidak ketemu, masih ku kenali wajah-wajah tersebut..
"agak kencang memori aku mengingat rupa mereka nie", dalam hati memuji memoriku yang belum uzur..
"buat ape kat sini?", lame tak ketemu..itu yang terpacul dari bibir manisku ini, wajah akhimullah dan subha yang sedang senyum lebar ku tatap sambil bergegaran ketawa besar kami bertiga, "sedang menunggu Eddie"..wajah seorang lagi sahabatku terus bermain di fikiran.
mereka juga sepertiku, penganggur..
namun, tiba-tiba mesej masuk, daripada Kak Nora fikirku dalam hati kerana nombor tersebut tiada dalam telefon bimbitku X3-02 ini..aku kenal benar nombor ini kerana beliau menalifon ku tidak lama dahulu untuk bertanya alamat rumah.
alhamdulillah~
"wan masuk 5 haribulan nie"..itu mesej yang kuterima..woh, begitu cepat keputusan diterima, semalam aku ke maidam untuk interview, hari ini telah menerima mesej untuk masuk bertugas minggu depan..
aki dan subha menjadi yang pertama mendengar perkhabaran ini..
namun, mereka masih menganggur..sama sepertiku, kekurangan 'sokongan dari kabel' atau 'orang dalam' memang menyukarkan kami untuk mendapat pekerjaan ketika ini, tambahan pula..
SPA dan jawatan kerajaan sedang "freeze" atau dibekukan..
memang sukar untuk mendapat pekerjaan lah..
selepas berborak seketika sambil menunggu eddie yang tidak kunjung tiba..aku meminta diri untuk pulang kerana adik perempuanku sudah mahu pulang..
sempat juga aku meminta nombor fon mereka berdua, harapanku agar kami semua dipertemukan lagi dan ikatan persahabatan ini akan berkekalan sehingga kami mati, Insyaallah~

Followers