bismillah..hari ini aku ke Mydin Mall, bukan kesana hajatnya tetapi mahu ke Pc Fair Pikom 2011 yang bermula hari ini 30 jun hingga 2 julai..mahu ku ceritakan dalam perjalanan ke mydin mall dari pc fair yang berlangsung di TTC, aku terserempak dengan dua wajah yang amat ku kenali walaupun sudah meningkat usia yang lebih 5 tahun tidak ketemu, masih ku kenali wajah-wajah tersebut..
"agak kencang memori aku mengingat rupa mereka nie", dalam hati memuji memoriku yang belum uzur..
"buat ape kat sini?", lame tak ketemu..itu yang terpacul dari bibir manisku ini, wajah akhimullah dan subha yang sedang senyum lebar ku tatap sambil bergegaran ketawa besar kami bertiga, "sedang menunggu Eddie"..wajah seorang lagi sahabatku terus bermain di fikiran.
mereka juga sepertiku, penganggur..
namun, tiba-tiba mesej masuk, daripada Kak Nora fikirku dalam hati kerana nombor tersebut tiada dalam telefon bimbitku X3-02 ini..aku kenal benar nombor ini kerana beliau menalifon ku tidak lama dahulu untuk bertanya alamat rumah.
alhamdulillah~
"wan masuk 5 haribulan nie"..itu mesej yang kuterima..woh, begitu cepat keputusan diterima, semalam aku ke maidam untuk interview, hari ini telah menerima mesej untuk masuk bertugas minggu depan..
aki dan subha menjadi yang pertama mendengar perkhabaran ini..
namun, mereka masih menganggur..sama sepertiku, kekurangan 'sokongan dari kabel' atau 'orang dalam' memang menyukarkan kami untuk mendapat pekerjaan ketika ini, tambahan pula..
SPA dan jawatan kerajaan sedang "freeze" atau dibekukan..
memang sukar untuk mendapat pekerjaan lah..
selepas berborak seketika sambil menunggu eddie yang tidak kunjung tiba..aku meminta diri untuk pulang kerana adik perempuanku sudah mahu pulang..
sempat juga aku meminta nombor fon mereka berdua, harapanku agar kami semua dipertemukan lagi dan ikatan persahabatan ini akan berkekalan sehingga kami mati, Insyaallah~
No comments:
Post a Comment