semalam aku dapat email untuk menghadiri interview daripada satu syarikat di petaling jaya, dalam email tu disebut 28 haribulan jun tarikhnya, menggesa aku supaya membalas secepat mungkin..aku berfikir dahulu, berfikir adakah aku patut pergi ke petaling jaya..lalu aku tidak membalas..
pagi tadi aku mendapat panggilan daripada MAIDAM untuk menghadiri interview untuk satu program anjuran majlis agama islam tersebut pada 29 haribulan jun..wah, nasib baiklah aku tidak menjawab 'terima' dengan tergesa-gesa semalam..
interview memang sudah menjadi lumrah untuk pencari kerja seperti aku, aku pun tidak tahu apakah kriteria yang mereka mahukan daripada kami para penganggur nie..haruskah aku ber'speaking english' waktu interview? atau adakah aku harus berbahasa melayu sahaja?
adakah aku mesti memakai blazer?atau cukup sekadar memakai 'tie' sahaja? adakah aku harus mengingati semua yang pernah aku pelajari di alam pengajianku di universiti?
aku mengelamun sendirian lagi..tetapi selepas aku menonton filem 'dalam mihrab cinta' yang laila syamimi berikan..aku makin bertambah yakin..bahawa setiap yang berlaku adalah kehendak yang esa, dan aku harus berusaha menjadi hamba yang selalu mengingati tuhanku..interview adalah sekadar suatu proses untuk aku mengatasi kelemahan yang ada dalam diri lalu berusaha untuk membetulkannya dan menjadi dewasa..owh..aku akan jadi orang dewasa..hahaha
better pakai blazer...kuku jangan lupa potong...Kasut jangan lupa dikilatkan....penampilan mesti A++...
ReplyDeletebetter wan pakai rantai besi dengan kunci mangga sekali :)
ReplyDeleteabg lan..wan dpt dh kt maidam, interview smalam..5 julai masuk kerja..
ReplyDelete