Powered By Blogger

Saturday, September 28, 2013

Lirik Lagu Nak Dara Rindu - P.Ramlee


Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

untuk chord guitar : SINI

Monday, August 26, 2013

perkara2 yang bermain di minda

sebenarnya banyak perkara yang bermain di minda dan hatiku selama ini yang kurasa mahu ku lakarkan di sini namun atas beberapa alasan, ianya terbengkalai lalu lesap ditelan arus masa..

berdiri di atas kaki sendiri..itulah yang aku hadapi sekarang, semuanya perlu sendiri. daripada mengurus perbelanjaan, membuat kira kira, mengurus diri seperti makan minum dan pakaian, mengurus masa, kerja dan perilaku..harus ku titik beratkan satu persatu. tiada alasan untuk tidak berusaha menyesuaikan diri di sini..

kini, aku di sarawak. tiada saudara mara, rakan rakan semuanya baru, cara kerja, tempat, masyarakat, etika dan cara hidup serta percakapan yang berbeza. sebetulnya aku agak khuatir dengan diri yang kurang ilmu mengenai kehidupan sendiri, sekadar bertatih untuk memulakan hidup walau sebenarnya memang tidak biasa untuk menyesuaikan diri. itulah yang harus ku telan.
teringat kehidupan di terengganu, makan pakai terjaga, makanan terjamin 'halallan toyyiban'..bicara ilmu di mana sahaja, ikut kaki yang rajin, maka tiap malam ilmu bertambah..golongan pengejar ilmu agama dari yang muda sehingga ke tua..begitu berbeza..begitu mengujakan..

berbeza..
sungguh berbeza..

semoga disini ..sarawak ini..
sogokan ilmu agama bakal bertambah..
berat dan malas jemari ini untuk menggerakkan minda yang beku akibat lama tidak menaip..maafkan aku blog..bersawang sudah dirimu tidak ku jenguk..
insyaAllah akan ku cuba mengingat idea menarik untuk di ketengahkan semula..

Friday, May 31, 2013

kotak : masih cinta

cuti..masa untuk melayan perasaan..


Tik.. tik.. tik..
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik.. tik.. tik..
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

 
hmmm, sambung tidur lagi baik..

Sunday, May 26, 2013

nostalgia zaman kanak kanak

In the Jungle,
the mighty jungle,
the lions sleeps tonight.
In the jungle,
the quiet jungle,
the lions sleeps tonight.

Near the village,
the peaceful village,
the lions sleeps tonight.
Near the village,
the quiet village,
the lions sleeps tonight.

Hush my darling,
don't fear my darling,
the lions sleeps tonight.
Hush my darling,
don't fear my darling,
the lions sleeps tonight.

teringat aku lagu ni..waktu aku sekolah rendah, tahun enam selalu ditugaskan untuk membaca doa bersama pengawas di bilik penyiaran..dan setiap pagi, lagu ini lah yang diputarkan oeh radio sekolah..sehingga kini terngiang ngiang di kepala ku bagai merungkai nostalgia silam zaman kanak kanakku..
aku teringat, itulah zaman dimana kami belajar berbahasa, berbicara di hadapan khlayak..kami di beri tugas untuk membuat penyiaran radio sekolah..menyampaikan pengumuman, menyampaikan nasihat, dan perkataan vocabulary bahasa inggeris..aku masih teringat..
tugasku hanyalah membacakan doa..dengan langkah pertama, itulah suara terketar ketar sehingga terketar lutut dan hampir ku terkaku di sebabkan terlalu terkejut dengan tugasan itu..
kini..selepas dewasa, ianya tinggal nostalgia..zaman nasyid raihan dan hijjaz yang begitu dipuja seluruh anak anak muda..
zaman kanak kanak bermain di masjid dan surau..zaman yang penuh majlis ilmu, begitu rindu zaman itu..
kini tugas kita sebagai pendidik mendidik anak bangsa.. (^_^)

Friday, May 10, 2013

bersemangat

hari ini tiba tiba bersemangat membuak buak di dalam dada untuk meng'hupdate'..walaupun azam dan sameon(bukan nama sebenar)..err, azam akceli..untuk menghupdate sudah lama bersawang dan berdebu pekat di dada..
aku terkagum..begitu culas diriku menidakkan segala semangat selama ini, namun dengan sekali seru melalui pesanan ringkas (SMS) oleh gadisku bertanyakan "blog nama apa?"
terus diriku sampai ke page ini..seraya dihatiku.."aku masih punya blog"..senyum sendiri..tersipu sipu..malu dengan diri yang tidak berpegang pada janjiku yang ku ukir pada diri sendiri..katanya hatiku dahulu.." mahu hupdate sehari 15 post!"..jilake..bersawang akibat kekebalan lemak tepu dalam otak yang menginginkan tulang empat keratku mengeras setiap kali hadi di page ini..
................................................................................................................
malam ini,,begitu banyak binatang terbang menemani skrin monitor ku..sudah puas aku pelajari bahasa mereka dan setidaknya menasihati agar mereka segera beredar dan tidak mengganggu..namun, begitulah kedegilan..mahu saja aku picit picit perut mereka agar ku digelar pembunuh bersiri malam ini namun apakan daya, tiada mereka menggigit maka tiada lah diriku memicit..

persetankan mereka..
aku lebih tertarik untuk membebel pada sang anjing yang menyalak sedari tenggelamnya mentari petang tadi..apakah pembakar semangat mereka yang begitu bersungguh sungguh bertempik sorak( dalam bahasa anjing)..walaupun mungkin mereka sedar aku sedang membebel keseorangan pada mereka saat ini sambil tidak mampu tidur sedangkan ku tahu esok masih sekolah..
............................................................................................................
oh, itulah, esok masih sekolah..entah kenapa diri tiada bersemangat 'bagaikan mesyuarat di tengah hari, kertas depan mata, otak berlari'..
aku masih cuba..
mencari semangat yang hilang..
dalam diri..
.........................................................................................................
ouch, menggigit..
akhirnya..alasan untuk menjadi pembunuh bersiri..
selamat tidur kawan kawan..
akhirnya aku temu semangat..at least untuk membersihkan skrin komputerku daripada perut perut kecil bertebaran..
#penjahat

Followers