Powered By Blogger

Monday, February 27, 2012

kursus pra perkahwinan

sebenarnya kami menghadiri kursus ini sudah 2 minggu lepas, tetapi tidak sempat aku 'post' kan di blog kerana 'kemalasan' yang melampau. aku bersama amri, riduan, safwan, nordin dan bos ery telah menghadiri kursus pra perkahwinan ini yang bertempat di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
bukanlah dalam niat kami untuk segera mencari pasangan, sekadar ingin memudahkan kerana mahu tak mahu, setiap individu perlulah mengetahui serba sedikit tentang alam perkahwinan sebelum melangkah ke alam tersebut kelak.

kursus ini bertujuan memberi gambaran awal kepada setiap pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan agar tidak menjerumuskan diri kedalam permasalahan juga menerapkan unsur-unsur keagamaan didalam diri setiap individu. merangkumi akhlak, kesihatan, ibadah dan lain-lain tajuk yang bersesuaian untuk memberi gambaran awal perkahwinan, pada pendapat aku ini agak membantu golongan muda dari membuat keputusan yang membuta tuli.

dalam pada itu, aku agak seperti biasa, sekiranya ada pengajar maka 'tertidur' lah aku..memang sukar untuk aku ubah sikap suka tidur dalam kuliah ini..heyh..

No comments:

Post a Comment

Followers