bulan lepas sewaktu abangku, Helmi pulang ke kampung, kami telah berjaya menangkap sebanyak 12 ekor merpati yang bersarang di dalam siling rumah, jumlah sebenar lebih ramai, anggaran 60 ke 70 ekor kesemuanya..
kehadiran merpati di dalam siling sebenarnya sudah agak lama, iaitu sekitar beberapa tahun kebelakangan, kewujudan sarang dan pembiakan yang cepat menyebabkan siling rumah menjadi kotor dan berbau. maklumlah, burung merpati bukannya manusia yang pandai mencari jamban untuk melepas..
kerana sudah agak lama 'berbulu' dengan merpati yang tak makan dek halau, aku dan abang melakukan proses tangkapan, itulah 12 ekor merpati yang tidak sempat memboloskan diri tersebut. selepas berjaya menangkap merpati-merpati tersebut, kami sembelih satu demi satu..
proses sembelihan agak senang, tidak seperti menyembelih ayam, merpati bersaiz seperti burung ruak atau anak ayam sahaja. selesai sembelih, kami buang bulu2 mereka dan goreng..
kawan-kawan 'arwah' agak sedih jadi mereka terus tidak pulang selama beberapa hari..tetapi hari ini, nampaknya mereka memulakan 'perang' kali ke 2..so kali ini aku akan berjuang seorang diri untuk menentang burung-burung busuk in..doakan aku terus berjaya meng'hambat' mereka ke lubang cacing (even merpati makan semua cacing tu) dem it..
No comments:
Post a Comment