Powered By Blogger

Saturday, March 17, 2012

KEHIDUPAN

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Senilagu : Nazrey Johani Senikata : Nazrey Johani Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Suffian Saujana Susunan Muzik : Bard Muffins Perkusi: Hamzah

hari ini..

hari ini adikku pulang dari PLKN, sudah nampak 'kehitaman' akibat sunburn dan keletihan yang amat disitu..kesian betul aku tengok, semoga 3 bulan tersebut memberi manfaat dalam diri beliau, insyaAllah..

hari ini kenduri kahwin kak Amida, iaitu salah seorang rakan sekerja di MAIDAM, aku dan kawan-kawan hadir, tetapi aku tidak lama disitu, tidak sempat berjumpa dengan beliau pun sebenarnya untuk mengucapkan tahniah, kerana terpaksa bergegas untuk menjemput adikku yang baru pulang dari PLKN td..

hari ini ibuku mengajakku menemani beliau untuk ke kenduri kahwin di kampung, dek kerana menjemput adikku dan ke kenduri kak Amida, beliau ke kenduri bersama ibu saudaraku yang tinggal bersebelahan rumahku..

hari ini gusi tidak sihat, mungkin kerana sudah 2 minggu berselang-seli jamuan, kenduri, majlis kesyukuran, jadi pipiku agak bengkak..jadi aku mesti berpantang makan daging dan makanan yang panas-panas..ibu menyuruhku ke klinik untuk berjumpa doktor dan mengambil ubat. dan aku ke klinik sebelum ke kenduri td..

hari ini agak panas, selepas pulang dari menjemput adikku, dan solat..aku merebahkan diri ke katil..lalu terlelap..

hari ini..hmm..
hari ini..hmm...

Friday, March 2, 2012

hujung minggu yang mendung di trengganu..

minggu ini cuaca agak suram dan hujan sekejap sekejap sepanjang hari..
aku berbaring kebosanan..memikirkan apakah yang perlu aku lakukan untuk mengisi waktu terluang..ini berikutan cuti hujung minggu ini agak panjang berbanding biasa kerana tambahan satu hari iaitu ahad cuti special trengganu..bila ingin membaca,rasanya akan cepatlah mata aku terkatup memandangkan hari yang agak sejuk disebabkan kehadiran hujan senantiasa..lalu aku online..melihat facebook..tekan butang 'like' keatas mana mana post sahabat yang patut..masak spageti dengan mak guna resepi dari internet, sedap jugak spageti td..juga tambahan untuk aktiviti hujung minggu orang bujang = 'tidur'..arghh..
tabiat ini memang sukar untuk dibuang..
hidup rasanya seperti seekor beruang..

besnye dapat tidur..Alhamdulillah..
nanti ade idea bes, baru aku buat post yang betul-betul..oke, jom tido...

Wednesday, February 29, 2012

MISTERI : SIAPAKAH 'HAJI YIE' ??

hari ini aku bertugas di kaunter agihan zakat MAIDAM, maklumlah agak banyak cek-cek pemohon yang perlu aku pos kan, jadi sesambil menulis didalam buku pos, lebih baiklah aku membantu pelajar praktikal yang agak sibuk dengan tugasan mereka dengan melayan kerenah pemohon di kaunter agihan zakat..

sewaktu tengah hari, ketika itu suasana agak lengang mungkin kerana cuaca panas terik selepas waktu zohor, terlihat kelibat seorang wanita pertengahan umur berbadan agak gempal dengan muka jernih tersenyum di pintu masuk ke kaunter..

wanita 'misteri' : Assalamualaikum..

aku : Waalaikumussalam kak..nak hantar borang bantuan zakat ke?

wanita 'misteri' : Ye, ni borangnye..cek la dulu kot ade yang tak lengkap..

aku : ye, bak sini borangnye..(sambil meneliti borang tersebut..)

aku : oke, takde masalah ni, kami proses borang nie ye..(-,-)

wanita 'misteri' : iye..err..kat pejabat nie ade sorang pegawai nama "aji yie" kan?

aku : Haji Yie? err..sape tu? bahagian zakat ke?

wanita 'misteri' : iye lah..bahagian ni lah..name dia Aji yie...dia putih-putih, kurus-kurus, cakap 'beralus' je..

aku : Aji yie? tak der setahu saya nama Aji yie kak..Haji Ya ade ler..Haji Zakaria..keh3

wanita 'misteri' : ader..dy bahagian jakat la..awak budak baru kot..lama dah dy kerja sini..bilik dy kat atas..kecik je bilik dy..takpe la, saya gi naik atas jumpa dy sdiri..


aku : oke..

dalam hati, "JAKAT"?..err..= 'Z' AKAT ........kalau A'J'I 'Y'ie?..err..A  'z'  i..  'z'  i... kah? erm..masih menjadi tanda tanya..tapi mungkin juga en AZIZI yang dimaksudkan..

Tuesday, February 28, 2012

Kalaulah 'bau' itu boleh dilihat...

kalaulah bau itu boleh dilihat, nescaya tiada siapa akan kentut di khlayak ramai, semua orang akan memakai pakaian wangi senantiasa dan kita akan cenderung menilai seseorang melalui warna..
haha..apekah?
ok, macam nie ceritanya, tadi sewaktu selesai solat asar, kawanku 'melepas' tapi tiada siapa yang mahu mengaku..aku teringat angan-angan ketika kecilku, iaitu jika aku punyai 'sixth sense'..salah satu keupayaan yang aku selalu mahu adalah melihat bau itu berwarna..contohnya, warna untuk minyak wangi, warna unggu..warna untuk tong sampah, warna kuning..
kalau situasi ini terjadi, contoh:- di pasar malam..

haha, mesti tiada sesiapa yang mahu dirinya terkantoi 'melepas' secara sembunyi..
oke lah, 'madam besar' sudah keluarkan arahan untuk aku buang sampah ke tong besar tepi padang..bai bai bai sikel..

Followers