Powered By Blogger

Friday, May 7, 2010

jumaat yang menyedarkan.

hari ini hari jumaat, dan aku sebagai lelaki muslim diwajib ke masjid untuk solat jumaat.
sewaktu di masjid, ketika aku sampai, waktu agak awal, dan azan belum berkumandang..ku lihat ramai antara orang-orang 'berumur' didepan ku sibuk berbicara..
ketika itu timbul perasaan dan pertanyaan di fikiran ku, "mereka ini patut menjadi contoh"..fikirku.
dan sekarang..aku menjadikan mereka sebagai contoh supaya jangan kita ikuti perbuatan mereka itu..
sewaktu azan berkumandang, mereka masih lagi rancak berborak walaupun perbuatan mereka diperhati oleh kebanyakan manusia yang berada di saf-saf berdekatan..
tiba-tiba, muazzin ter'sebut' ayat untuk azan subuh iaitu "Assolatu Khairun mina.."..lalu berderailah tawa mereka-mereka ini..
sebenarnya, disini aku ingin menceritakan yang aku agak malu dengan perbuatan meraka ini, sebagai pelajar beragama islam, kita patut menghormati muazzin, sesungguhnya menjaid muazzin itu sangat tinggi pahalanya disisi Allah, betul lah, beliau sebagai manusia yang ditugaskan menyeru umat islam mengerjakan solat..
lalu, aku malu dengan perbuatan masyarakat sekelilingku yang turut sama bergelak ketawa ketika itu, bagiku kesalahan itu perkara biasa dan tidak patut bagi kita sebagai muslim mempersendakannya..

aku juga malu terhadap diriku yang selalu menggunakan suara untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, contohnya, pergi karok, mengumpat, mengeluarkan perkataan kesat, berborak perkara yang buang masa..sebagai seorang muslim, sudah jauh muazzin itu meninggalkan ku di belakang dalam mengutip pahala..

aku yang lagha..
kutulis ini sebagai ingatan kepada diriku..juga sahabat seislam sekelilingku, "gelak, gelak juga, belajar jangan lupa, lalala"..

p/s: huho, 'pengeluaran' yang bermakna bagi diriku..sukar perkara berfaedah untuk keluar dari 'kepala' ini..=P

4 comments:

Followers