Powered By Blogger

Thursday, February 11, 2010

Kuala Terengganu,Terengganu, Amerika.

hari ini aku pulang ke kampung..walau jaraknya dengan dungun itu tidaklah sejauh mana..sekadar 116 kilometer sahaja seingatku..
aku melihat bandaraya kuala terengganu semakin berubah..haha mungkin diriku yang agak mundur dan terkebelakang berbanding mereka2 yang sentiasa berada di sini..
di kuala terengganu..kelihatannya banyak masjid2 baru yang didirikan walaupun kebanyakan masjid2 ini seperti tidak berpenghuni..
remaja2 pula seperti berada di negara eropah..
berpeluk-pelukan, berpakaian bayi serta ada yang menunggang 'kenderaan maut'..
aku sangat kagum serta teruja..
wahh..penakluk mana yang menjadikan bumiku sebegitu moden dan agresif..
tidak lupa pada makhluk2 tua yang sentiasa melepak di kedai kopi selama berjam-jam semata-mata untuk minum secawan kopi..
nampaknya selepas ini, semakin sukarlah bagi pencinta alam meng'hijau' sepertiku untuk mencari pekerjaan. mungkinkah aku terpaksa terbang ke langit atau terjun ke laut yang mem'biru' untuk mencari nafkah?
aku sangat bimbang..
pada diri dan sahabat..
semoga kami kekal dengan pendirian dan tidak terpengaruh budaya bawaan 'samseng-samseng' besar ini..


p/s: terengganu memang miskin dengan makhluk2 berilmu yang berdahi licin,harapnya kita akan mengganti mereka yang sudah berumur..insyaallah..

2 comments:

  1. Lu lah belia harapan negeri terengganu. Gua konfem undi lu kalau lu masuk bertanding ADUN Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
  2. cheh..
    politik ibarat kambeng..
    ahli politik ibarat hamba..
    yang dicucuk idung..
    buat kerja untuk orang ramai..
    bila sampaikan yang betul,
    tapi x disukai..
    dicemuh berhari-hari..
    bila buat salah..
    dikata orang berzaman-zaman..
    aku x kuat untuk jadi seorang 'kambeng'
    yang dicucuk idung untuk dijadikan mangsa..
    kambeng itam..

    ReplyDelete

Followers