waaa..
mang da lame x jumpe saing2 tyme skool dolu..
kenangan terindah ngan korang mang susah nk dgambarkan walaupun pada waktu itu kami langsung tidak terfikir untuk meng'gambar'kan saat2 indah bersama kawan2..
aku masih mengingati kenangan-kenangan itu, walaupun ada kalanya ia agak kabur dari ingatan sehingga terpaksa aku memikirkan selame 2,3 hari untuk mengingat sesuatu yang simple seperti.."hmm, nie cam knal, tapi name pe ek..alamak.."..situasi biasa yang dialami oleh otak yang kurang karen nie..
aku pernah belajar di banyak sekolah..ramai kawan2 mengatakan aku ini pelajar yang bermasalah bila kuceritakan perihal ini..
walaupun pada dasarnya aku ini separa 'skema'..haha
sekolah rendah..
aku pernah bersekolah di sekolah kebangsaan kampung baharu serta sekolah kebangsaan pulau rusa..
selepas itu di sekolah menengah, aku pada awalnya masuk ke sekolah menengah agama marang, di bawah kelolaan asrama PERKAYA iaitu satu institusi yang menjaga kebajikan anak yatim di terengganu. selepas itu, aku serta beberapa rakanku bertukar ke sekolah menengah agama (atas) sultan zainal abidin atau singkatannya SMA(A)SZA kuala terengganu..
pada waktu itu, aku hanya memikirkan jarak sekolahku adalah semakin dekat dengan rumahku berbanding di marang..
biasalah bagi anak yang baru bercerai dengan ibu buat pertama kali..
di smaasza, aku kenal dengan ramai kawan-kawan baru..aku masuk ke dunia baru yang setiap remaja pernah melaluinya..di sekolah ini, aku agak terkemudian kerana aku seorang yang agak pasif dan sukar bergaul lagi2 dengan perempuan..
jelas padaku sewaktu sekolah, kaum perempuan kelihatannya lebih matang berbanding dengan kami pelajar lelaki..
di sekolah ini aku belajar banyak perkara2 yang baik-baik, tidak kurang juga perkara yang kurang baik..tetapi itulah yang dinamakan remaja..rasa ingin tahu pada semua perkara..
aku berkenalan dengan rakan-rakan yang membimbingku juga rakan-rakan yang turut sama hanyut dalam dunia persekolahan..
kami bukanlah pelajar yang berdisiplin sepenuhnya..aku pernah 'fly' bersama kawan-kawanku..haha..masih ku ingat pada suatu malam, sewaktu kami pulang dari 'fly' ke bandar, kami terserempak dengan kereta polis peronda..pada waktu itu, aku seram sejuk memikirkan yang kami akan dibawa berjumpa warden asrama..tetapi nasib baik kawanku berjaya meyakinkan polis itu yang kami dalam perjalanan pulang kerumah(dan polis tu percaya..haha).
pernah aku mencuba menghisap rokok(1st tyme dowhh)..
tetapi pada hari yang sama, sewaktu menelefon ibu, beliau menasihatiku agar tidak menghisap rokok..(naluri seorang ibu)..walaupun aku tidak menceritakan padanya..langsung sehingga sekarang..aku tidak pernah merokok lagi selepas itu..syukur alhamdulillah..
aku menyimpan memori persekolahan yang baik dan buruk hanya di ingatan..
seingatku, aku pernah dibergaduh..dibelasah..pernah di'sterika' kat pipi..haha sampai hilang macho ku ketika itu sebab melalak..waaaa(T,T")..
tapi itulah hakikatnya..walaupun merasakan rugi kerana aku tidak membalasnya kepada senior itu..tetapi aku memaafkannya..
sekadar memori terindah walaupun agak pahit..
tetapi ia sangat indah dan menyentuh hati..
selepas tingkatan 3..
kau masuk ke thanawi 1a..kelas kami sangat bes..tetapi..aku yang memang kurang cekap dalam bahasa arab..jadi, aku merasa terbeban pada waktu itu. tenaga pengajar juga ada antaranya adalah ustaz-ustaz yang memang orang arab dan tidak pandai berbahasa melayu..
so, aktiviti seharian kami adalah ponteng..ponteng...ponteng..
sehingga pada suatu hari, ibuku bertanyakan padaku untuk bertukar ke sekolah lain..
aku bertukar ke sekolah menengah kebangsaan jalan 3 (smkj3) bandar baru bangi..
ketika itu, ibu saudaraku adalah penyelia petang di sekolah tersebut..
siapa tak kenal beliau, beliau seorang yang tegas dan slalu menjadi musuh kepada pelajar-pelajar bermasalah..
pada waktu itu aku jadi semakin merendah diri, maklumlah dari sekolah agama terus ke sekolah menengah biasa..tetapi akhirnya aku berjaya menyesuaikan diri walaupun agak kekok..
di sekolah ini, banyak ragam manusia yang aku lihat..
betullah seperti kata pepatah, "jauh perjalanan luas permandangan"..
kekadang aku merasakan yang pelajar di sekolah itu adakalanya lebih bagus dan berdisiplin berbanding kami di sekolah agama..
kerana di sekolah agama dulu, aku selalu ponteng aktiviti malam..dalam hatiku berdetik, "x kena ngan jiwa"..
tetapi di sekolah baru ini, di asrama, kelihatannya pelajar sangat berdisiplin dan ukhuwah antara setiap pelajar sangat erat..
itu lah antara yang sempat aku ingati ketika ini..
kini..
aku kembali ke terengganu..
kali ini di dungun..
tidak terkira sahabat yang ku jumpa di sana sini..
ada yang baik..
ada yang kurang..
ada ayng lama..
dan ada yang baru..
semakin tua usia..
semakin banyak yang kulupakan..
aku ingin mengingati..
setiap detik dalam kehidupanku..
No comments:
Post a Comment