baru sekejap tadi aku pulang dari pasar malam di bandar dungun. pasar malam ini merupakan yang terbesar pernah aku jumpa di negeri terengganu, tidak tahu lah kalau ada pasar malam lain yang belum aku lawati. aku ke pasar malam kerana menemani laila syamimi yang ingin sangat untuk belanja aku makan.hehe..besnye kami bertolak selepas solat maghrib..dalam pukul 8.15 malam..huhu
pasar malam di sini agak meriah kerana dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari UiTM Dungun dan Politeknik kebanyakannya. pendek kata, apa sahaja yang di tawarkan di pasar malam ini agak mengikut arus semasa bagi menarik golongan pelajar ini.
berbalik kepada laila syamimi, beliau kelihata masih agak murung mengenai kehilangan telefon bimbit beliau..jadi sebagai langkah untuk menggembirakan hati yang berduka itu, aku menemani beliau makan dan bersiar-siar..hehe tugas seorang 'pakwe'..ye ke..
masih tidak ku tahu tugas sebenar seorang 'pakwe' sebenarnye..tapi, aku sangat gembira dapat meluangkan masa melihat gadis ini happy..dan apabila melihat senyuman yang terukir di bibir beliau, aku berasa sangat berpuas hati.
jiwang jgk ehh. untung laila syamimi.. haha
ReplyDelete