Powered By Blogger

Wednesday, July 7, 2010

pencuri..oh pencuri..

di suatu kawasan di atas muka bumi ciptaan yang Maha Esa..aku sekadar pemerhati kawasan kejadian selepas peristiwa kehilangan yang menggusarkan hati si gadis-gadis manis penghuni rumah sewa. ketibaan ku bersama kawan yang seorang itu, si penunggang motosikal yang tegas kerana di jemput untuk memerhati kawasan sekeliling rumah. pagar belakang rumah yang belum siap memberi laluan mudah kepada sesiapa sahaja yang berniat samada baik atau jahat untuk masuk ke kawasan rumah tersebut walaupun pintu pagar di sebelah depan rumah sudah 'gedabak'..hmm, ada-ada sahaja..
ini memberi kegusaran kepada si gadis-gadis mengenai keselamatan mereka untuk tinggal di rumah tersebut. sepatutnya memerlukan lebih keselamatan sekiranya mahu menyewakan rumah atau bilik kepada wanita atau gadis..ingat lah wahai tuan-tuan rumah!!
kehilangan barang yang sekecil itu memberi suatu tanda bahawa tempat itu kurang selamat buat kamu..hmm, kesian gadis ku..xapalah..asalkan dirimu selamat..barang hilang itu boleh ditukar ganti, jangan dirimu bersedih sayang..akan ku sentiasa membantumu..
kepada si pencuri..ingatlah, dunia hanya sementara, sesungguhnya perkara yang ditegah oleh Islam adalah yang akan membawa kemudharatan..ingatlah dalam dirimu..kami tidak akan memaafkanmu!!

1 comment:

  1. klu jmpa.hempok je kepala dia.punyerla blambak keje kat malaysia nih.mencuri gak yg dia nk

    ReplyDelete

Followers