Powered By Blogger

Monday, January 2, 2012

2nd day 2012 - Pembaharuan di tempat kerja..

bercerita tentang pembaharuan di tempat kerja, ada yang bertambah baik dan juga wujud pembaharuan yang menambah kerumitan tugasan..haish...mengeluh pun tiada guna..

1)   Pembaharuan pertama ialah mulai tahun 2012, MAIDAM tidak lagi akan menghantar 'kad biru' kepada pemohon iaitu sebagai pemberitahuan tentang borang permohonan pemohon sedang diproses, sebaliknya akan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai ganti 'kad biru' tersebut.

      Pembaharuan ini sedikit sebanyak mengikuti arus perkembangan teknologi semasa dan menjimatkan kos. Ini berikutan penghantaran 'kad biru' melalui pos memakan masa, juga memerlukan kos yang agak banyak berbanding SMS. Tambahan pula, ada antara pemohon yang tidak mempunyai nombor rumah lalu meyukarkan proses pengeposan.

      Keburukannya pula, kadangkala pemohon bantuan zakat tidak memberikan nombor teefon bimbit..hmm, ini agak menjadi kerumitan.

2)   Pembaharuan kedua melalui proses penyediaan voucher dan cheque untuk permohonan yang berjaya..auhh..yang ini sama sama kita explore..wahaha



oke..jom explore..babai!!

No comments:

Post a Comment

Followers