Powered By Blogger

Thursday, January 5, 2012

aktiviti hujung minggu

arghh..sangat 'tertekan' apabila manga naruto, one piece, bleach, fairy tail tidak dihupdate minggu nih kan? biasalah, ini 'normal' pada setiap akhir dan awal tahun..
lalu, tibalah masa kami meng'explore' manga apakah yang menjadi 'simpanan' saat kebusanan begini..
aku biasanya akan usha mangareader.net..dan banyak pilihan manga-manga menarik yang aku 'save' dalam memori untuk "komik hujung minggu" tak kiralah aku sudah baca atau belum sebelum ini..
minggu nie, aku isikan dengan manga "BAKUMAN" iaitu kisah anak muda mengejar impian untuk menjadi pelukis dan penulis komik yang berjaya dengan berbekalkan bakat dan kerja keras..berbaur dengan persaingan, cinta, dan perjuangan..tiada banyak yang aku mampu ceritakan kerana aku belum berjaya habiskan membacanya.. 
sebenarnya aku agak tertarik dengan komik dari pencipta "Death Note" ini kerana aku suka melukis..yahaha..
kalau minggu-minggu sebelumnya aku habiskan dengan membaca manga-manga, salah satunya adalah "SLAMDUNK"..iaitu kisah menarik seorang pelajar nakal yang ingin memikat hati gadis tetapi telah ter'pikat' dengan sukan bola keranjang, kisah ini dserikan dengan humor dan ilmu bola keranjang yang disampaikan dengan sangat menarik sehinggakan pembaca (termasuk aku) tertarik untuk mendekati sukan ini..
 takehiko inoue sememangnya mangaka 'faveret' aku..

"20th Century Boy" kisah menarik sekumpulan kanak-kanak mencipta teori-teori angan-angan masa kecil, tetapi sewaktu mereka dewasa, 'ciptaan' mereka itu telah di'realisasikan' oleh 'seseorang'..kisah ini sangat kompleks dan mencabar,jauh lebih menarik berbanding "Detective Conan" bagi diriku..20th Century Boy mengangkat watak seorang lelaki normal menjadi 'hero'..kisah ini diserikan dengan pembunuhan, ajaran sesat dan pelbagai kandungan yang sarat dengan penceritaan..sangat menarik..

p/s: ada lagi yang lain..tetapi lain kalilah aku hupdate, hmm..mungkin aku patut bertukar pada anime selepas ini..hmm..nantilah aku fikirkan..okbai..

No comments:

Post a Comment

Followers