Powered By Blogger

Wednesday, January 11, 2012

jaga diri dan perilaku..

aku agak terkilan dengan beberapa video tentang muslimat yang tersebar di laman Youtube lalu dikongsi di Facebook oleh segelintir sahabat. Terkilan aku dengan perbuatan dan perilaku muslimat yang agak keterlaluan di dalam video tersebut (tidak perlulah aku detailkan perilaku mereka), juga terkilan kerana video ini tersebar dengan 'niat' negatif, fikirku..kerana tajuk yang dkemukakan untuk video tersebut adalah bagiku tidak wajar, sekadar menuding jari kepada sebelah pihak untuk dipersalahkan dan ber'agenda' politik.

aku agak terkesan dengan kata-kata Sayyidina Umar Al-Khattab, "Aku lebih takutkan dosa-dosa dikalangan tentera Islam sendiri berbanding kekuatan musuh", dari kata-kata ini aku berpendapat, sebelum kita memikirkan untk menguasai yang lain, wajarlah kita menguasai diri terlebih dahulu, kerana barangsiapa yang mampu menguasai dirinya, maka beliau akan mampu untuk menguasai dunia. bagiku, perjuangan kepada kebaikan tidak menghalalkan kita untuk melakukan perbuatan buruk. bahkan lagi, perbuatan itu bakal disaksikan oleh masyarakat sekeliling dan generasi mendatang. dalam kes ini, perbuatan muslimat dan penyebar video tersebut bagiku adalah keterlaluan dan tidak akademik..tiada kebaikan yang bakal dicipta melalui hasad dan perbuatan keji.

Adab dan perilaku yang baik patut kita contohi daripada Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda, berperibadi dan berakhlak mulia, bertutur dengan bahasa yang baik, beribadah dengan tekun, berkepimpinan, meguasai bidan ilmu, berekonomi, bersosial, semua ini perlu diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam khususnya, barulah kita akan berjaya di dunia mahupun di akhirat. Akhlak Islamiyah sering disalahtafsirkan kerana perbuatan segelintir umat Islam itu sendiri..contoh pada pandangan kasarnya, cara-cara menutup aurat, adakah umat Islam kini menutup aurat mereka dengan baik? realiti inilah yang harus diperbetulkan oleh kita sebagai umat islam yang bakal mewariskan agama ini dengan sebetulnya kepada generasi akan datang.

bagi aku, kita seharusnya bantu membantu, saling menegur sekiranya ada salah dan silap, tetapi masyarakat kita di Malaysia sekarang seolah sangat berpuak-puak. saling berfikiran untuk menjatuhkan dan bukan untuk 'memperingat', melainkan memperingati dengan kata-kata cemuhan dan kata kata kesat..bukan itu yang diajar kepada kita. Kita wajar menjadikan sesuatu perbuatan sebagai contoh, samada contoh ikutan mahupun contoh larangan iaitu contoh yang baik sebagai ikutan dan yang buruk sebagai tegahan, tetapi masyarakat kita hari ini lebih kepada mencipta suatu contoh lalu di lanyak habisan..boleh mengkritik dan menegur, tetapi hendaklah ianya dilakukan didalam batas-batas syariat dan akhlak Islam itu sendiri..dalam menjaga hubungan kita sesama manusia, adalah lebih penting menjaga hubungan kita dengan Allah.

Islam adalah agama yang sangat indah pada teori dan asasnya, dan keindahan itu akan bertambah teguh sekiranya ianya dapat di praktikkan dan diamalkan oleh seluruh umat Islam itu sendiri.

1 comment:

  1. disebabkan terlebih sosial, terlebih happy menjadikan perilaku kurang terkawal. batas kena ada, sebab itu Islam diturunkan ke dunia

    ReplyDelete

Followers