sudah masuk tahun baru, terasa makin jauh diriku dengan blog ini..
bukan aku 'merajuk' atau 'kemalasan' untuk update, tetapi alam pekerjaan yang aku baru 'jejakkan kaki' ini terasa agak janggal tetapi mengujakan..
lalu, ini agak mengalih perhatianku daripada berblog..maaf ya kawan-kawan..
hari ini, 1. Januari. 2012..
aku bekerja seperti biasa, bangun pagi..bla..bla..bla..balik kerja petang..penat..baring keletihan..walaupun ada saat-saat menarik yang berlaku hari ini seperti kes 'sawan' di kaunter MAIDAM yang agak havoc dan panik..sambutan hari lahir sahabatku 'AMRI' dan tahun baru 2012 dengan juadah tengah hari PIZZA dari PIZZA HUT..
namun, pergerakan hidup ini agak terbatas bila aku di ruang kehidupan yang sama..seperti melakukan dan menghayati perkara yang aku dapat jangka..aku terasa begitu kosong..seperti sebuah robot yang sudah di 'set' kan untuk bekerja..
haha..apalah yang aku harapkan daripada perjalanan hidup mengejar ilmu dan pengalaman ini..akan ku atasi segala perasaan ini dengan mencari solusi yang lebih akademik dan diluar kotak pemikiran..
hmm, oleh kerana solusi itu adalah diluar 'kotak pemikiran'..maka aku agak sukar untuk fikirkannya..
okey lah..masa untuk tidur..satu lagi 'setting normal' untuk otak seorang 'kuli' yang bekerja mengikut telunjuk sendiri..
p/s: aku lampirkan ROBOT untuk tatapan kalian~
teringat pula aku pada lagu Monoloque : "Jika Aku Seorang Robot"..
No comments:
Post a Comment