Monday, January 9, 2012

untuk 'si dia' yang menghadapi peperiksaan..

ini sebuah post "khas" buat orang yang sedang hadapi final exam..kalau tak silap aku, sekarang nie musim budak degree exam kn?so aku dengan senang hatinya meng'google' lah beberapa doa untuk merek-mereka yang sedang menghadapi peperiksaan..hehehe..
Amnya kepada semua, 'khas'nya pula adalah kepada 'sorang' tu yang sering mengantuk ketika study..hehehe..(BANGUN! BANGUN! BANGUN!)..selalu sangat study last minit..ieyhh..aku pulak yang terlebih takut dibuatnya!
DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATAPELAJARAN


(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)


Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
...................................................................


DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
...................................................................


DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali


Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
....................................................................

DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')


Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Pastikan korang ulangkaji pelajaran tuu.. Tiap kali lepas solat, jangan lupe berdoa kepada Allah SWT mintak supaya diberi kejayaan dan kesihatan.. okey!!Y(*o*)Y
 
 
p/s: teima kasih kepada tuan punya sumber doa nie..aku cilok sumber dari SINI yang memang sangat baik untuk mereka yang menghadapi peperiksaan!! thanx oll..  

1 comment:

Followers