Powered By Blogger

Monday, January 2, 2012

konteks pemakaian menutup aurat..

Bekerja di institusi berkaitan perkhidmatan sosial memerlukan kita untuk selalu berdepan dengan masyarakat dan umum. Dalam masa yang sama, institusi tersebut berteraskan Islam sebagai tunjang utama. Lalu adalah menjadi keutamaan kami untuk menasihati masyarakat secara tidak langsung mengenai prospek pemakaian yang menutup aurat.
Ditambah dengan perkembangan fesyen masyarakat kini yang terlalu maju dan amat pesat perkembangannya umpama 'virus' dalam kehidupan masakini. Apakah pakaian yang menutup aurat? Adakah sekadar 'bertudung' itu sudah memadai? Adakah masyarakat umum faham 'konteks menutup aurat' dari pandangan Islam?


Di MAIDAM, kami terpanggil untuk sedikit sebanyak memberi nasihat terhadap para pemohon bantuan zakat amnya golongan wanita yang lebih cenderung menghadapi masalah pemakaian menutup aurat. Sedikit sebanyak kami berharap masyarakat kita akan lebih 'alert' terhadap masalah pemakaian yang mungkin akan membawa kepada masalah yang lebih besar dimasa kelak.



P/S: kami memohon pamphlet daripada pejabat mufti di sebelah berkenaan menutup aurat..harap ini berkesan..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Followers