Powered By Blogger

Thursday, February 17, 2011

lembut hati?aku yang 'berjurus'..keh3

laila syamimi memarahiku kerana terlalu berlembut dan sukar untuk memarahi tauke cina penjual handphone.
aku terkesima, tidak dapat berkata apa-apa. dilubuk hatiku, "mungkin aku terlalu lembut apabila berurusan?" atau aku yang tidak tahu diriku telah kerugian.
sebenarnya ceritanya bermula pada 3 minggu lepas apabila aku dan laila telah membeli sepasang handphone nokia x3-02 di sebuah kedai di megamall kuantan. masalahnya bermula apabila handphone tersebut tiba-tiba tidak dapat dihidupkan selepas dimatikan untuk di cas, handphone baru mestilah di charge sebelum digunakan untuk membiasakan dengan bateri.
pada waktu itu, kami segera menghantar handphone itu ke kedai tersebut, dan 2 hari kemudian, selepas mendapat balik handphone tersebut, masalah itu masih berlaku, seperti tauke tersebut tidak berbuat apa-apa.
mimi sangat marah! (wahh..), tetapi aku cool saja (hoho..)
mimi menyuruh aku menelefon tauke tersebut untuk berunding..
tetapi..aku tidak reti untuk marah lah..alamak...
so, tauke tersebut pun jadi cool jer..(aiseyh man..)
kesudahannya, mimi sangat marahhhhh!!!(warghhh..)
dan aku sangat takot..
aku akan ke kedai tersebut esok petang untuk menyelesaikan masalah ini..
harapnya, kami dapat setelkan perkara ini secepat mungkin..
insya-allah..


p/s: adakah aku sangat 'berjurus'?..hehe..dalam bahasa terengganu "jurruh" yang bermaksud bersopan..
hmm, patutkah aku sangat bersopan terhadap kaum taukeh ini?
sama-sama nantikan esok..

2 comments:

Followers