Powered By Blogger

Friday, May 20, 2011

dungun..jumaat 20 mei 2011

sekarang aku berada di UiTM Dungun, iaitu kembali pada tempat aku mula-mula bermula alam universitiku..hari ini aku datang dengan harapan dapat membantu kelab debat UiTM Dungun ini menyelesaikan program tahunan iaitu PDSZA (Pertandingan Debat piala Sultan Zainal Abidin).. sewaktu sampai, aku lihat, ramai anak-anak muda yang bertugas sebagai PMMS (Pembantu Minggu Mesra Siswa) mungkin sudah ditukar namanya kepada Minggu Destini Siswa, aku pernah bertugas sebagai PMMS..banyak kali, lebih kurang 5 kali sepanjang perjalanan hidupku sebagai pelajar disini.
aku masih terkenang, saat aku pertama menjejakkan kaki ke dungun, tempat pertama kakiku jatuh adalah di UiTM ini, iaitu di padang Stadium Gemilang, sewaktu itu, aku sangat berat mulut..langsung terkunci lidah dan bibirku dari bercakap dengan sesiapa pun..sedar-sedar, aku berada di dalam barisan pelajar baru beratur untuk mendaftar..memang agak payah sewaktu zaman itu..kalau diikutkan kini, semua itu tidak lagi dihadapi oleh pelajar sekarang..mereka sekarang terus sahaja mendaftar penempatan..
aku masih ingat saat dikejutkan untuk solat subuh, dalam Minggu Orientasi, senior-seniorku semua garang-garang, kami lambat maka kami wajar dihukum.. hukuman pertama yang aku rasai ialah pumping di perkarangan kolej Kapas..sewaktu subuh menjelma..tapi, semua itu tidak lagi dihadapi oleh pelajar baru kini, mereka sangat manja dan kebudak budakan..fikirku..ini kerana, sekiranya kami menegur mereka, mereka menunjukkan pandangan sinis..owh, memang menyampah..dan pabila dikenakan hukuman atas kesalahan yang dibuat..itu dikategorikan sebagai membuli pelajar baru..kami bukan membuli..kami dipilih sebagai contoh memberikan moral dan tunjuk ajar yang terbaik dari kalangan pelajar UiTM, kami tidak sekali kali akan membuli..
arghh..sudah..aku tidak lagi mahu mengenang kisah-kisah lalu, kisah yang agak sukar..ayokk..rumate udah balik..nanti ku sambung lagi...maluuuu~~

No comments:

Post a Comment

Followers