Powered By Blogger

Saturday, May 28, 2011

karah 15 banyak nyamuk

uish, 2 post dalam 1 hari...memang garang aku ari nie..wahaha..
aku buat post nie sebab aku kesian kat budak uitm dungun..woih..malam kami semakin terancam kerana kehadiran nyamuk yang sangat lah banyak kot...
kain selimut tidak lagi berguna..sekadar penghilang sejuk aje..
korang taw tak sal nyamuk..ha, aku petik dari wik-ape-die( wikipedia), nyamuk adalah sejenis serangga..yang ade sayap..nyamuk terbang lalu hinggap untuk isap darah..
uish..tu bahasa aku..bukan wikipedia..ok betul-betul lar!
Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.
Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ).
Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protin untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protin, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protin yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Nyamuk)
nyamuk kat Karah 15 nie aku panggil nyamuk bahalol. ianya spesis nyamuk yang kurang ajar. selalu xpernah putus asa untuk ganggu tidur aku dan menyebabkan banyak bintik merah di muka aku..nyamuk jenis ini tidak kire, betis berbulu ke, betis licin ke..sume dy bedal..isap darah banyak pulak tu..sampai sekor tu aku jumpe xboleh terbang ko..amik..dah nk pecah perot dy kot..ayoyo..ape kes da..
eii..aku maw balik rumah la esok..nak balik jugakkkk!!!!

No comments:

Post a Comment

Followers