Powered By Blogger

Saturday, May 28, 2011

semester baru untuk pelajar baru..

hari ini aku lihat ramai pelajar baru berjalan-jalan di sekeliling UiTM. Maklumlah, minggu lepas kan mereka minggu orientasi, mana sempat mereka nak berjalan-jalan..
esok hari isnin, kelas akan bermula, ini untuk pelajar diploma saja okey! tadi sewaktu aku berehat-rehat, ada seorang pelajar datang " abang, nie kelas EMBA Meranti ek?" beliau bertanya dengan muka yang penuh keraguan.."betullah tu", jawabku mudah, dalam hati terdetik, pelajar baru nie survey kelas agaknye..maybe esok kelas beliau bermula disini..aku senyum sendirian..
teringat saat aku mula-mula masuk ke UiTM Dungun dahulu, kami terpaksa berjalan kaki dari Kolej Gemia yang terletak agak jauh dari kelas. bila sampai je di kelas..badan sudah berpeluh-peluh..aiseyh, macam jogging ko!
sekarang lain, walaupun jarak antara Gemia dan blok Kuliah tidaklah berbeza dari zaman kami, tapi mereka punya susur gajah, so xde lah peluang mahu berpanas dan berhujan semata demi mengejar segulung diploma dan ijazah kn..
........................................................................................................................
hari ini aku lihat pelajar baru, mereka begitu seronok, maybe sebab jumpa kawan-kawan baru, sewaktu aku dahulu, aku agak sedih kerana rindukan mak..haha korang tengok je kitorang lelaki liar dan ego..tapi kasih sayang kami terhadap ibu bapa kami lebih dari apa yang korang dapat bayangkan..
so, aku selalu masam je muka bila duk dalam kelas..muka maw gado jer..huhoo..
so semua takot nak dekat..dalam hati lecturer agaknye "uish, budak nie..takot weyhh!!kejam lagi zolimmm!!"
tapi, sebenarnye..aku rindu mak aku je dowh..so jangan pk bebukan..aku xisap dadah okey!!
tu lah mase 1st masuk diploma..
dan aku juga selalu dapat tidur di kelas..macam yang biase aku buat pepagi kat sekolah dulu-dulu..habit budak asrama kan, tido dalam kelas..aku rase patut bwat research apsal budak asrama suke tido dlm kelas..aku terbawak habit tu sampai habis degree kot..hah..
lambatnye majlis graduation..lame lagi ke aku menganggur nie..aduyai..

No comments:

Post a Comment

Followers